Saturday, 13 October 2012

Dalam Kenangan...Tok Che Mon bt Man

Al-Fatihah Tanggal 12.10.2012 jam 2 pagi , di usia 69 tahun, Tok..meninggalkan kami buat selama lamanya untuk pergi menemui PenciptaNYA.. Sesungguhnya Tok seorang yang sangat menyayangi anak dan cucu cucunya.Dulu masa Tok masih kuat Sebutlah apa yang teringin nak dimakan, pasti Tok akan menyediakannya. Pengalaman membesar bersama Tok akan terus kekal dalam lipatan sejarah. "YA ALLAH, Kau ampunilah segala dosa Tok, rahmatilah beliau dan masukkanlah beliau di kalangan orang-orang yang beriman"

Tuesday, 28 August 2012

Pertunanganku

Assalamualaikum... Tanggal 22 Ogos 2012 bersamaan 4 Syawal 1433H aku selamat ditunangkan dengan Siti Nur Dina Bt Hj Ali, seorang gadis baik yg diperkenalkan oleh Mak Long aku...Perkenalan aku dengannya tidak lama.Mula berhubung pada 4 mac 2012 dan kami terus mengambil keputusan untuk bersama. cadangan untuk bertunang kali pertama pada hujung Mei tidak berjaya kerana Org tuanya masih belum bersedia. Alhamdulillah berkat kesabaran Allah, telah membuka hati kedua Org Tuanya untuk menerima peminangan kami. Alhamdulillah, ramai org yg gembira dan bahagia dngan pertunangan ini, terutamanya kedua org Tuaku..Moga Allah mengizinkan jodoh kami hingga ke pernikahan seterusnya hingga ke Syurga..InsyaAllah.

Tuesday, 24 July 2012

Post pasal aku

Assalamualaikum.. Bila member komen pasal diriku...menarik Nama dia Hafizul, orang panggil dia Pijun. Dia ni kawan aku yang sama-sama pergi Beijing hari itu. Dia berasal dari Kedah. Aku kenal dia dalam episod kehidupan yang unik, ketika aku pun tak kenal nama dia masa tu. Tahulah jua cerita serba sedikit pasal keluarga dia. Sekarang dia adalah salah seorang kawan aku yang tengah menjadi begitu hangat. Dibicarakan dalam pelbagai blog, jadi buah mulut penentang kerajaan dan mungkin juga kepada penyokong kerajaan sedia ada. Ini MUNGKIN jadi 'individual political breakthrough' kepada kawan aku. Mungkin juga aku yang tak tahu! Begitulah senario politik yang diwawancarakan oleh peminat politik, khususnya. Setiap komentar yang dikeluarkan tak akan sesiapa puas hati. Bila masuk sesuatu dimana kau kena sokong sesuatu, kadangkala visualiti terhadap pihak lawan akan jadi semua tak betul. Macam aku geng kambing, kau geng monyet. Monyet cakap kambing makan rumput tapi tak boleh terbang panjat pokok pun. Kambing pun nak cari salah monyet, cakap 'kau tu makan pisang tak keluar tanduk macam aku pun'. Sebab kedua-duanya ada sifat cuba menandingi yang lain. AKU PUN BENCI PROTOKOL! Kebosanan mencipta kelainan.

Monday, 2 July 2012

Kuliah Magrib Surau Al Ikhwan



3 perkara yg perlu dilakukan sebelum dicabut nyawa (kematian)

1. Bersedekah
-rujuk surah Munafiqun ayat 10.
-bermaksud dari perkataan arab 'sadaqa'- membenarkan. Kerana dia membenarnya perkataan Allah dan rasul.
-sedekah dari pandangan islam boleh mendatangkan keuntungan kepada ai penyedekah (Baqarah - 261)
-4 sudut pandang- zahir,akal,nafsu,iman..
-Hadis Nabi "Rawatlah dirimu dgn sedekah'
-tak salah niat sedekah utk dapatkan balasan dari Allah. (keperluan) selain dari ubudiah ( tujuan)

Saturday, 23 June 2012

Ayat yg membuat hati aku tersentuh...

Assalamualaikum."When I first met him, he brought along the joy.he taught me to be strong;to be happy;to love myself.n, to love others as well.starting that day on, i make du'a that God will always by his side thru thick n thin.n, HE makes me possible 2 be there by his side 4 d sake of HIM,insyaAllah.even if i leave dis worldly land,may the blessings remain.may Allah help us thru dis journey. I'll try n I'm sorry."

Sbelum ni, yg prnah hadir.ada yg selalu buat sy gembira.ada yg sntiasa buat sy sedih.tp, semuany dh berakhir...dan, sy tkut pd ketidakpastian.sy tutup rapat2 hati.bimbang jka trlalu attach pd seseorg, sy akn kehilangn.tp, ditakdirkn sy jumpa ssorg yg buat sy gembira,sedih,ketawa,gila2,bfikir,m'hargai,jd diri sndiri,etc.sy mcm kmbali jd sprt 5thn dulu.yg hpy-go-lucky,sderhana n alive.juga takut semua ni 1 lg ujian dr Allah.Allah nk uji lg hati ni spy sy kuat.sedangkan, sy sndiri x tahu perasaan dia.benarkah.. @ sy hnyalah 1 lg buku yg perlu dibaca?yg sy sedar, dia sudah isi sbuah tempat dlm hidup sy.yg sblum ni sy tutup.dia penting wlupun sy mngkin tdak bnyk kelebihan.maaf, awk brdepan dgn org mcm sy...


Tuesday, 3 April 2012

Kerja

Memulakan tugas setelah sebulan setengah bercuti...hari ini agak meletihkan dan malam ni perlu stay di ofia utk menyiapkan assgment...

Bru trasa nikmatnya jd full time stndt. Tapi hidup x selamanya indah kan?

Aku merinduinya dkala cuaca suram. Ya Allah tabahkanlah hatiku ini

Sunday, 18 March 2012

Kuliah subuh Masjid Rahimah.

Ilmu tasawuf bermaksud ilmu membersihkan hati...ustaz membacakan tajuk riak lagi ini. Membawakan contoh nabi SAW bersembahyang waktu di masjid tapi solat sunatnya di rumah bagi mengelakkan sifat riak. Mereka yang solat tapi x leh tinggal kemaksiatan dikategorikan mereka2 yg lalai dlm solat sperti yg dimaksudkan dlm surah Al Maun. Mereka akan dicampakkan dlm neraka.