Monday 30 November 2009

(KEHIDUPAN) RUMAH TERBUKA AIDILADHA








BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Alhamdulillah kami warga Villa Cinta menganjurkan rumah terbuka semperna Aidiladha.sebenarnya dah laam berniat nak wat sikit rumah terbuka masa raya lepas tapi masa tak mengizinkan.Kali ini alhamdulillah ada sedikit masa sebelum minggu depan bergelumang dgn exam dan final project.

Menu kali ini adalah nasi minyak,ayam masak merah,acar,telur rebus kicap,kastard,sirap cider dan buah-buahan.Tetamu adalah dalam 130 orang terdiri daripada pelbagai lapisan batch dan bangsa.Tetamu terhormat seperti biasa En hanisan,Big Boss kami.

HAti berasa puas sangat untuk jamuan kali ini.Buat semua ahli rumah..수고했다..dan untuk tetamu..감사합니다..

Tuesday 24 November 2009

(CERTUSAN) Sunyikah aku?

Bismillahirahmanirahim...

Tadi setelah selesai sesi interview oleh seorang member korea dari Ynsei kami bebual-bual seketika.Kerana beru pertama kali berkenalan banyak la benda dia nak tahu dari aku..

tapi apabila sampai ke satu soalan.

"awak nie sepanjang duduk dia korea nie x ada teman rapat ke?

"maksud awak?awek?"

"aa..awek..sekarang nie semua remaja perlu ada seoran teman untuk berkongsi rasa.awak nie duduk sini kja study ja.X SUNYI KE?"

Aku terdiam tanpa sebarang jawapan..


SUNYIKAH AKU?.....erm....ya,aku kesunyian..

Sunday 22 November 2009

(CETUSAN) Salam Dari Pengerusi KUK 2009/2010







Assalamualaikum WBT..

Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada ALLAH SWT kerana atas inayahnya dapat kita meneruskan kehidupan kita di alam ini.Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang menghadirkan diri dalam Mesyuarat Agung Tahunan 2008/2009 yang lalu dan memilih wakil dari kalangan anda untuk berkhidmat untuk sesi 2009/2010.

Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri saya.Nama saya Mohd.Hafizul Bin Ismail tahun ketiga Mechanical Engineering Korea University.
Berasal dari kedah dan mempunyai pengalaman sebagai Naib bendahari2005/2007 dan AJK keagamaan dan pendidikan 2007/2008.Untuk barisan AJK,maklumat lengkap tentang AJK akan kami hantar kemudian kerana sekarang kami masih dalam proses untuk memilih naib bendahari,naib setiausaha dan juga juruaudit.

Visi dan Misi bagi KUK 2009/2010 adalah untuk menyediakan platform yang terbaik untuk semua ahli bergiat aktif dalam aktiviti berpersatuan dengan menganjurkan program-program yang berbentuk peningkatan jati diri di samping aktiviti yang boleh merapatkan ukhwah sesama ahli di bumi Korea ini.Kami bercadang untuk menganjurkan program-program yang membolehkan semua ahli melibatkan diri secara aktif sebagai urusetia bersama.Rancangan Tahunan untuk sesi ini akan dihantar kemudian setelah semua biro selesai mengadakan perancangan tahunan masing-masing.

Alhamdulillah KUK telah memenangi Anugerah kelab Umno Terbaik selama 2 tahun berturut-turut semasa Perhimpunan Agung UMNO.Untuk sesi kali ini juga insyallah kami akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan anugerah tersebut.

Terima Kasih untuk semua ahli yang menjayakan program DAQ semalam yang merupakan aktiviti pertama KUK bagi sesi ini bersama-sama PPMk dan KiMS dan saya menjemput semua ahli yang mempunyai kelapangan untuk hadir ke Program Sambutan Aidiladha di Kedutaan Besar Malaysia jumaat ini yang juga dianjurkan bersama dengan PPMK.

Kami amat mengalu-alukan sebarang komen dan pendapat dari setiap ahli untuk kebaikkan kita bersama.Sebarang pendapat atau komen bolehlah dihantar ke umnokorea@yahoo.com. Ucapan maaf kepada semua ahli kerana lambat menghantar senarai AJK dan perancangan tahunan kelab atas sebab-sebab pengurusan pentadbiran.

Salam hormat dari saya dan barisan AJK 2009/2010.Semoga berjumpa lagi di aktiviti yang akan datang.



BERSATU-BERSEDIA-BERKHIDMAT

KELAB UMNO KOREA SELATAN(KUK)

...........pijun.........
MOHD HAFIZUL BIN ISMAIL
PENGERUSI.
KELAB UMNO KOREA 2009/2010

Friday 20 November 2009

(CETUSAN) Hidup dan Tanggungjawab








BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

Pagi jumaat yang sangat dingin..Suhu pagi ini adalah -2.ditambah pulak ngan heater rumah yang tidak berfungsi,amat mendinginkan jasmani dan rohani.

Hampir 2 minggu berlalu sejak entry yang terakhir.Masa amatlah menghambat kehidupan.Alhamdulillah banyak perkara yang berlaku dalam masa 2 minggu ini.

ANNUAL GRAND MEETING KELAB UMNO KOREA

Allah telah memberi kesempatan untuk menerajui salah satu cabang kepimpinan dlm institusi pelajar di sini.Kelab UMNO Korea walaupun namanya sangat dikaitkan dengan satu parti politik di Msia yang terkenal dengan isu dan masalah politiknya tapi Kelab ini hanyalah bernaung di bawah parti itu.Kelab ini adalah 95% bebas politik.Tujuan penubuhannya adalaha untuk menyatupadukan danmengasah bakat kepimpinan yang ada dalam diri setiap pelajar.Kita bernaung dgn UMNO semata2 untuk memperoleh bantuan2 yang landasan yang tepat seiring dengan UMNO sebagai parti pemerintah.

Sebagai seorang ketua,INSyallah pijun akan sedaya upaya membawa satu perubahan selari dengan konsep memperkasakan agama islam dan bangsa Melayu.Melayu tidak dapat dipisahkan dengan islam.Melayu gah kerana Islam.untuk memantapkan Melayu perlu terlebih dahulu memperkemaskan ajaran Islam dalam diri melayu itu.

Insyallah program-program akan disusun dan dirancang untuk maanfaat kita bersama.CUma pohon 2 perkara dari semua AHLi.
KOMITMEN DAN KEPERCAYAAN.


LAWATAN DARI UNIMAP.

Dari 12 hingga 19 november ada delegasi dari Unnimap yang terdiri dr Abg Ammar,Prof Madya Dr hamid,dan Prof Dr MAt Noor melawat korea untuk menghadiri seminar ASEAN INI CHEMICAL.Abg Ammar adalah menantu DAtin NOridah,guru biologi di SMSTSP.Jadi pijun berkesempatan untuk menemani sepanjang berada di seoul.

Banyak aktiviti dan Lawatan telah kami lakukan.Antaranya yang sempat pijun turut serta adalah lawatan ke Keduataan MAlasysia dan SEoul National University.Penyarah2 ini sangat 'sempoi' dan banyak perkara yang dapat dipelajari sepanjang bersama mereka.



insyallah banyak lagi program2 yang menanti di hadapan.Semoga ALLAH sentiasa mengistiqamahakan kita dalam perjuanagan.

Wednesday 11 November 2009

TABUNG RAYUAN PALESTIN




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

KIMS DENGAN KERJASAMA PPMK NGAN KUK AKAN MELANCARKAN TABUNG RAYUAN UNTUK MEMBANTU MANGSA-MANGSA KEKEJAMAN ISRAEL DI PALESTIN TERUTAMANYA DI SEMENANJUNG GAZA.KITA SEMUA DAPAT MEMBACA DI DADA-DADA AKHBAR DAN MENONTON DI KACA TELEVISYEN BETAPA DERITANYA RAKYAT-RAKYAT PALESTIN DIGANTUNG TIDAK BERTALI DI TANAH AIR MEREKA SENDIRI.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PROGRAM INI ANDA BOLEH MELAYARI WEBSITE INI..

http://demialaqsa.kimsnet.info/

UNTUK SUMBANGAN ANDA BOLEHLAH TERUS KE AKAUN BERIKUT;

BANK:SHINHAN
NO ACC: 110-212-858370
NAMA:HAFIZUL (BENDAHARI DAQ)

ATAU

BANK:KOREA EXCHANGE BANK(KEB)
NO ACC:620 157145 421
NAMA:MOHD HAFIZUL

ATAU KEPADA WAKIL KAMI:

KODE/YONSEI: HAFIZUL (85)
HANYANG :HAIKAL(85)
DYTC :UMAIR(67)
SNU :ASYRAF(74)
SKK/INHA :ISZAIDY(85)

SUMBANGAN INI LEBIH BERASASKAN KEMANUSIAAN DAN BUKANNYA KEAGAMAAN SEMATA-MATA KERANA KITA SEDIA MAKLUM BAHAWA BUMI PALESTIN JUGA DIDIAMI OLEH NON-MUSLIM.

SEMOGA TUHAN MEMBALAS SEGALA KEBAIKKAN ANDA..

SALAM HORMAT:

...PIJUN....
MOHD HAFIZUL ISMAIL
BENDAHARI DAQ

(Cetusan) Seminggu Berlalu..


(LOGO DAQ)



BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...

Sudah seminggu berlalu sejak post terakhir.Maaflah kerana masa memenag sangat mencemburui pijun untuk menulis.Sibuk dengan kengkangan peperiksaan menyebabkan hati berasa tawar untuk menulis.Alhamdulillah sekarang berada di fasa terakhir sibuk.Minggu lepas dengan paper Dynamics,Project Pro_E dan minggu nie dengan paper Physics,Presentation Financial,Project ADAMS.Insyallah Minggu hadapan pijun akan lapang sedikit.

Walaupun sibuk tetapi diri berasa puas.Hari2 dihabiskan dengan melepak di 'office' sehingga jam 10 malam membuatkan diri kurang membuat kerja2 yang tak berfaedah.Sekarang ini pijun tengah menguruskan bahagian kewangan untuk Projek Demi AL-Aqsa(DAQ).linknya ialah.

http://www.demialaqsa.kimsnet.info/

Dilantik sebagai bendahari.Alhamdulillah kami berjaya mencapai sasaran sumbangan untuk palestin iaitu W1000 000 melalui kutipan-kutipan yang dijalankan pada setiap acara yang melibatkan pelajar malaysia.

Insyallah doakan semoga pijun dikurniakan masa lagi untuk istiqamah menulis pada masa hadapan.


SALAM ANAK RANTAU......

Monday 2 November 2009

(CETUSAN) MENGAPA TIDAK PRESIDEN?





BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

2 MINGGU NIE MEMANG MINGGU YANG AGAK PACK.DITAMBAH PULA DENGAN PEPERIKSAAAN YANG MENJELMA SETIAP MINGGU MENJADIKAN HARI2 PIJUN HANYA BERTEMANKAN BUKU DAN NOTA2 PEPERIKSAAN.INSYALLAH MASIH BERBAKI 2 KERTAS LAGU UNTUK 2 MINGGU INI.HAMPIR SEBULAN HIDUP PIJUN AKAN DITEMANI PEPERIKSAAN.

SEMALAM SEMASA ANUAL GRAND DINNER PIJUN DITEGUR OLEH BEBERAPA KENALAN YANG BERTANYAKAN PERIHAL TIDAK TURUT SERTA DALAM PEMILILAN PRESIDEN PPMK 09/10.AGAK TERKEJUT KERNA PERKARA ITU MENJADI BUAH BUALAN MASYARAKAT DI SINI.BANYAK JUGA KHABAR2 YANG DIBAWA OLEH ANGIN SEJUK AUTUMN.KAHABAR YANG MENGATAKAN PIJUN AKAN OPTIMIS UNTUK MENCARI POSISI YANG SESUAI DARI PRESIDEN KE BENDAHARI TERUS KE PRESIDEN UMNO.

KETENANGAN DI KODE AGAK TERKOCAK DENGAN ANGIN ITU.SELAMA DI SINI BELUM PERNAH KEDENGARAN KHABAR2 SEPERTI ITU.MUNGKIN ITU UNTUNGNYA JIKA ANDA KELUAR BERGAUL DENGAN MASYARAT.BANYAK BERITA DAN KHABAR2 AKAN ANDA DENGARI.

IZINKAN PIJUN MEMBUAT SEDIKIT PENJELASAN.POSISI PRESIDEN PPMK BUKANLAH SASARAN DAN IMPIAN PIJUN.SEJAK DARI AWAL LAGI PIJUN DAN MEMBUAT KEPUTUSAN UTNTUK TIDAK TURUT SERTA.DITAMBAHKAN PULA OLEH TANDA2 HASIL DARI SOLAT ISTIKARAH YANG DILAKUKAN.JALAN PPMK BUKANLAH JALAN TERBAIK UNTUK PIJUN BERJUANG.

TIDAK SEMUA AKTIVITI PPMK SETIAP TAHUN PIJUN SUKA.TETAPI KADANG2 TERPAKSA JUGA HADIR ATAS SEBAB UKHWAH.CONTOHNYA SEPERTI HARI MUHIBBAH.KONSEP PERSEMBAHAN DI ATAS PENTAS KURANG DISENGANGI.RASANYA KALAUPUN PIJUN MENJADI PRESIDEN MUNGKIN PERKARA2 ITU PAYAH UNTUK DIHAPUSKAN ATAS SEBAB MASIS ADA KAUM2 LAIN YANG PERLUKAN HIBURAN.

MEMANG ADA BANYAK PIHAK YANG MENGUSULKAN AGAR PIJUN BERTANDING.PIJUN X MEMBERI JANJI AKAN PENGLIBATAN PIJUN DAN HANYA BERKHIDMAT KALAU DIPERLUKAN.RASANYA CALON2 YANG BERTANDING KALI INI MAMPU UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN ANDA SEMUA.TERIMA KASIH DAN MAAF KEPADA SEMUA YANG MENYOKONG PIJUN SELAMA INI.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG YAKIN AKAN BATANG TUBUH YANG LEMAH INI.INSYALLAH SEMANGAT PERJUANGAN TIDAK PERNAH PADAM DAN BILA2 MASA AKAN SEDIA BERJUANG.

INSYALLAH PERANCANGAN SETERUSNYA TELAH DIRANCANG DAN INSYALLAH AKAN DITERUSKAN.SEKARANG INI PIJUN NAMPAK SATU JALAN YANG SESUAI UNTUK PERJUANGAN INI...jalan apa?...tunggu..



SALAM PERANTAU.....