Sunday 22 November 2009

(CETUSAN) Salam Dari Pengerusi KUK 2009/2010







Assalamualaikum WBT..

Setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada ALLAH SWT kerana atas inayahnya dapat kita meneruskan kehidupan kita di alam ini.Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang menghadirkan diri dalam Mesyuarat Agung Tahunan 2008/2009 yang lalu dan memilih wakil dari kalangan anda untuk berkhidmat untuk sesi 2009/2010.

Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri saya.Nama saya Mohd.Hafizul Bin Ismail tahun ketiga Mechanical Engineering Korea University.
Berasal dari kedah dan mempunyai pengalaman sebagai Naib bendahari2005/2007 dan AJK keagamaan dan pendidikan 2007/2008.Untuk barisan AJK,maklumat lengkap tentang AJK akan kami hantar kemudian kerana sekarang kami masih dalam proses untuk memilih naib bendahari,naib setiausaha dan juga juruaudit.

Visi dan Misi bagi KUK 2009/2010 adalah untuk menyediakan platform yang terbaik untuk semua ahli bergiat aktif dalam aktiviti berpersatuan dengan menganjurkan program-program yang berbentuk peningkatan jati diri di samping aktiviti yang boleh merapatkan ukhwah sesama ahli di bumi Korea ini.Kami bercadang untuk menganjurkan program-program yang membolehkan semua ahli melibatkan diri secara aktif sebagai urusetia bersama.Rancangan Tahunan untuk sesi ini akan dihantar kemudian setelah semua biro selesai mengadakan perancangan tahunan masing-masing.

Alhamdulillah KUK telah memenangi Anugerah kelab Umno Terbaik selama 2 tahun berturut-turut semasa Perhimpunan Agung UMNO.Untuk sesi kali ini juga insyallah kami akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan anugerah tersebut.

Terima Kasih untuk semua ahli yang menjayakan program DAQ semalam yang merupakan aktiviti pertama KUK bagi sesi ini bersama-sama PPMk dan KiMS dan saya menjemput semua ahli yang mempunyai kelapangan untuk hadir ke Program Sambutan Aidiladha di Kedutaan Besar Malaysia jumaat ini yang juga dianjurkan bersama dengan PPMK.

Kami amat mengalu-alukan sebarang komen dan pendapat dari setiap ahli untuk kebaikkan kita bersama.Sebarang pendapat atau komen bolehlah dihantar ke umnokorea@yahoo.com. Ucapan maaf kepada semua ahli kerana lambat menghantar senarai AJK dan perancangan tahunan kelab atas sebab-sebab pengurusan pentadbiran.

Salam hormat dari saya dan barisan AJK 2009/2010.Semoga berjumpa lagi di aktiviti yang akan datang.



BERSATU-BERSEDIA-BERKHIDMAT

KELAB UMNO KOREA SELATAN(KUK)

...........pijun.........
MOHD HAFIZUL BIN ISMAIL
PENGERUSI.
KELAB UMNO KOREA 2009/2010

No comments:

Post a Comment