Tuesday, 24 July 2012

Post pasal aku

Assalamualaikum.. Bila member komen pasal diriku...menarik Nama dia Hafizul, orang panggil dia Pijun. Dia ni kawan aku yang sama-sama pergi Beijing hari itu. Dia berasal dari Kedah. Aku kenal dia dalam episod kehidupan yang unik, ketika aku pun tak kenal nama dia masa tu. Tahulah jua cerita serba sedikit pasal keluarga dia. Sekarang dia adalah salah seorang kawan aku yang tengah menjadi begitu hangat. Dibicarakan dalam pelbagai blog, jadi buah mulut penentang kerajaan dan mungkin juga kepada penyokong kerajaan sedia ada. Ini MUNGKIN jadi 'individual political breakthrough' kepada kawan aku. Mungkin juga aku yang tak tahu! Begitulah senario politik yang diwawancarakan oleh peminat politik, khususnya. Setiap komentar yang dikeluarkan tak akan sesiapa puas hati. Bila masuk sesuatu dimana kau kena sokong sesuatu, kadangkala visualiti terhadap pihak lawan akan jadi semua tak betul. Macam aku geng kambing, kau geng monyet. Monyet cakap kambing makan rumput tapi tak boleh terbang panjat pokok pun. Kambing pun nak cari salah monyet, cakap 'kau tu makan pisang tak keluar tanduk macam aku pun'. Sebab kedua-duanya ada sifat cuba menandingi yang lain. AKU PUN BENCI PROTOKOL! Kebosanan mencipta kelainan.

Monday, 2 July 2012

Kuliah Magrib Surau Al Ikhwan



3 perkara yg perlu dilakukan sebelum dicabut nyawa (kematian)

1. Bersedekah
-rujuk surah Munafiqun ayat 10.
-bermaksud dari perkataan arab 'sadaqa'- membenarkan. Kerana dia membenarnya perkataan Allah dan rasul.
-sedekah dari pandangan islam boleh mendatangkan keuntungan kepada ai penyedekah (Baqarah - 261)
-4 sudut pandang- zahir,akal,nafsu,iman..
-Hadis Nabi "Rawatlah dirimu dgn sedekah'
-tak salah niat sedekah utk dapatkan balasan dari Allah. (keperluan) selain dari ubudiah ( tujuan)