Assalamualaikum..
sahabatku..pertama kali aku nak minta maaf andai kata2 aku melukakan hati hang.
aku x tau sebetulnya macamana kehiduapan hang la nie..
tapi berpandukan gambar2 dan cerita2 dari sahabat2 kita,aku yakin hang dah sedikit terpesong dari jalan sebenarnya.
aku faham walaupun aku x menangungnya bahawa hang la nie sudah hilang tempat bergantung sekaligus kehilangan seorang pertunjuk.
tapi hang x patut terus membiarkan diri hang hanyut dibawa arus kehidupan ini.
aku mengerti siapa aku nak mencampuri urusan hidup hang,tapi ingat along..aku sebagai seorang sahabat yang sangat menyayangi hang dan keluarga hang seperti keluarga aku sendiri sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk hang
bangun sahabat...bangun dari mimpi yang fana ini..
Jangan lupakan ALLAH,
Hanya Dialah tempat bergantung harap kita,hambanya.
jangan lupakan MAMAMu.
dia yang sudah mengesat air mata kesedihan kerana kehilangan kekasihnya dunia dan akhirat,
jangan biarnya air matanya tumpah lagi angkara anak-anaknya.
Jangan lupakan ADIK-ADIKMU,
yang memerlukan seorang Abang yang mampu membimbing mereka walaupun x sebaik Ayahmu.
DAN jangan lupakan sahabat-sahabatmu yang IKHLAS.
yang sentiasa mendoakanmu agar sentiasa mendapat jalan yang DiredhaiNYA.
Sahabat,
aku rayu padamu..
Kembalilah,
kembali kepada jalan yang sebenarnya.
Maaf sekali lagi andai warkah ini menyebabkan hang benci padaku.
sahabatmu...
No comments:
Post a Comment