Tuesday, 6 October 2009

(Nasihah)BERSABARLAH

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...

Masalah adalah rencah dalam kehidupan.Tidak ada manusia yang hidupnya tidak diuji dengan masalah.Tetapi acapkali manusia kalah dengan masalah.Dikatakan bahawa Aminurrasyid telah berkata,"semua masalah di dunia ini boleh dibahagikan kepada 2 macam:pertama,yang boleh dicari jalan keluarnya.ubatnya adalah goncangan jiwa.Dan kedua,yang tidak dapat dicari jalan keluarnya,ubatnya adalah SABAR.

Sabar adalah UBAT paling mujarab untuk menyembuhkan MASALAH.ALLAH menyuruh manusia sentiasa bersabar dgn segala ujianya.Sesuai dgn firmanNYA:


وَٱصۡبِرُوٓاْ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ ٱلصَّـٰبِرِينَ مَعَ


....sabarlah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar(8;46)

Bijaksana berkata:
"jalan keluar yang tidak memberi jalan keluar adalah SABAR"

Jadikan SABAR sebagai zikir harian kita.Peganglah SABAR dengan sekuat hati.Hadapilah setiap masalah dengan SABAR.



إِنِّىٓ أَخَافُ ٱللَّهَ‌ۚ وَٱللَّهُ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
(sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangat berat azab seksaNya)
SALAM ANAK PERANTAU

Monday, 5 October 2009

(KOREA)가을 kembali lagi...


kenangan autumn di 경주


autumn the man's season..



Sesi mengungai selalu disini.


Anugerah ALLAH yang x terhinali buat rakyat bumi sonata.


BISMILAHIRAHMANIRAHIM...








Autumn menjenguk lagi.Sedar x sedar nie kali ke 5 pijun merasai autumn di bumi sonata ini.Sejujurnya pijun x la brapa minat sgt kat autumn nie.Autumn adalah musim di masa pijun akan berasa sayu dan perasaan akan cepat tersentuh.kata org korea.."봄은 여자의계절 가을은 남자의 계절".

Tapi sebenarnya autumn nie adalah masa yang paling sesuai utk kita bermuhasabah diri kita.Melihatkan daun2 yang mula berguguran menyebabkan kita akan mula melihat kembali ke dalam diri.Melihat kembali bahawa hidup nie juga seperti DAUN2 yang berguguran.Sampai masanya kita akan gugur layu seperti daun2 itu.

Semalam adalah sesi mengungai bersama Paknap.Kalau di sekolah dulu ada sesi memadang pada hampir setiap petang.Di sini pijun akan memastikan akan ada satu waktu untuk pijun ke tepi sungai dan merehatkan PEMIKIRAN DAN MINDA.


Apakah sesi mengungai ini?.hahah.sebenarnya sesi ini adalah sesi ke tepi sungai.Korea ini dianugerahkan ALLAH sungai2 yang cantik dan tenang.Ditambah pula dgn sikap org KOREA itu sendiri yang sentiasa MENGHARGAI DAN MEMELIHARA anugerah ALLAH kepada mereka.Lihat saja jalinan2 sungai seperti 한강,청계천 dan 안양천.Melepak di tepi2 sungai2 ini sambil menikmati ALAM cintaan ALLAH adalah satu 'hadiah' buat pijun.ketenangannya sangat luar biasa.Mampu menghilangkan keluh kesah diri.
Semalam banyak juga isu2 yang dibincangkan bersama Paknap.Isu kepimpinan,isu jati diri,perjuangan,dan juga DAKWAH.Alhamdulillah byak juga idea2 bernas telah dilahirkan dan insyallah akan dipraktiskan.



SALAM ANAK RANTAU.

Sunday, 4 October 2009

(KEHIDUPAN)RAMADAN DAN SYAWAL...


(MENIKMATI REZEKI SYAWAL BERSAMA RAKAN SEPERJUANAGAN)




(SEGALA PUJIAN HANYALAH LAYAK UNTUKNYA)






(GAMBAR KELAS YANG WAJIB DIAMBIL SETIAP TAHUN.)

















BISMILLAHIRAMANIRAHIM...

Alhamdulillah masuk kali ini dah kali ke 5 Pijun menyambut Ramadan dan Syawal di bumi sonata ini.Tahun ini berlainan sikit sbb pijun memulakan Ramadan di bumi Anbiya dan hari ke2 puasa di bumi Khalifah.

Tahun ini Ramadan lebih berharga sbb pijun berjaya utk ke masjid sekerap mungkin kerana jarak antara rumah ngan masjid agak dekat iaitu kira2 20 minit menunggang motor.(terima kasih BLACKIE atas kesetiaanmu.)

Syawal juga disambut meriah di Kedutaan kerana malam raya pertama kalinya semua staf dan pelajar bergotong royong menyiapkan juadah hari raya.semoga ikatan ukhwah seperti ini akan diteruskan sampai bila2..Inyallah.

Tradisi rumah terbuka pun banyak di sini.Dimulakan dgn rumah dato'duta pada hari raya pertama.serterusnya rumah Ehsan dan Cik Zul minggu kedua dan insyallah esoknya rumah cik sarini.Pijun masih menghitung waktu yang sesuai untuk mengadakan rumah terbuka.Rencananya minggu hadapan selepas menghabiskan exam fizik..

semoga semua berada DALAM KEREDAAN ALLAH HENDAHNYA..AMIN...












Thursday, 1 October 2009

(KEMBARA)IKHWAH MESIR..

(AKTIVITI RASMI:MAKAN BERJEMAAH)
(LAH DI MANSURAH)

(FURHAN DAN ALHAM DI ISKANDARIAH)


(TABA DAN SYAM DI DAMANHUR:DEPA NIE SEMUA SUPER2 SENIOR)



(KENANGAN TERAKHIR SEBELUM PULANG,GENG2 KAHERAH )




BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..




Pijun ada mengadakan ziarah ke Istanbul dan Mesir selama 3 mggu bermula dari 2.8.2009 hingga 23.8.2009 selama 3 mggu.Alhamdulillah ziarah kami dipermudahkan Allah dgn bantuan sahabat kita dia istanbul,faiz dan sahabat2 di Mesir.

Pijun nak ceritakan tentang serba sikit tentang sahabat2 kita di Mesir.Kami menumpang tinggal secara rasmi di rumah saudara Ali di Toba Ali,hayur Hasyir.Alhamdulillah setibanya kami dari Istanbul kami diberikan layanan A++.Walaupun ada masalah komunikasi yg menyebabkan kami sangkut di airport hampir 3 jam,tapi sahabat kita,Syazwan dan Bilal x jemu mengunggu.

Kebanyakkan sahabat kita di sana mengikuti kuliah Al-ahzar dlm 3 bidang utama,SYariah,Lugrah,dan dakwah(kalau x silap).Mereka ini kebanyakkan atas biaya sendiri disamping mendapat bantuan zakat dari negeri masing2.Menurut temuabual kami ngan Pengarah JPMK(Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah),terdapat 7000 Pelajar Malaysia di Mesir termasuk dgn pelajar tajaan dlm bidang perubatan.Jumlah itu adalah hampir 20 kali ganda dari jumlah komuniti kami si Korea.lJadi x hairanlah kalau anda pasti akan kerap berjumpa ngan org 'Malisie' ini kalau ronda2 di sekitar Kaherah.

Berbalik kepada cerita sahabat2 kita,walaupun mereka ini hidup dalam keadaan yang agak 'daif' tetapi sikap yg paling terpuji ailah apabila mereka sanggup melakukan apa saja demi melayan kami 'tetamu2' mereka.Layanan yg terbaik itu menyebabkan kadang2 kami berasa 'kurang selesa' kerana terasa seperti kami sgt menyusahkan.Sebagai contoh kami diberikan bilik khas di rumah itu dan pada awal ketibaan kami seluruh warga kawasan itu datang ke 'hotel' kami utk berziarah dan beramah mesra.Dan apabila kami nak bergerak ke satu kawasan pasti akan dibekalkan dgn 'pegawai khas' utk mengiringi kami.Tiba di setiap kawasan pasti disambut dan diberikan penginapan dan makan secara percuma..ooo..terasa betapa VIP nya kami di sana.Sehinggakah pada majlis2 rasmi pun pasti ada dialu-alukan kedatangan kami..

Untuk pengetahuan,sebenarnya trip kami ke mesir adalah dirancang dan dikelolakan oleh 4nap dan Ammar.manakala Pijun dan kong hanyalah ahli bersetuku tapi lelap.수고 kpada 4nap dan ammar.Contact person2 di mesir adalag pihak ISMA yang merupakan pengelola kepada usrah yang disertai beliau.Manakala contact person di istanbul ,Saudara Faiz ditemui secara kebetulan dan Alhamdulillah beliau lapang dan menawarkan diri utk membantu kami

Sesungguhnya sahabat2 kita di Mesir dan Istanbul betui2 mengamalkan Sunah nabi dalam melayan tetamu.Walaupun baru mengenali mereka,tetapi atas layanan yg diberi menyebabkan kita bersana sgt mesra dgn mereka dan berasa seperti berada dgn keluarga sendiri.

Teringat kata2 kong semasa sebelum menaiki pesawat pulang.."aku kalau ingat perangai puak arab nie,malaih dah nak mai sini,tapi dok kenang2 budak2 kita nie terasa nak kerap plak mai sini"..

JAZAKALLAH KASIRAN BUAT SAHABAT2 KITA..MOGA ALLAH JUALAH YANG MAMPU MEMBALAS JASA KALIAN.

Wednesday, 30 September 2009

(SETUSAN)BLOG YANG DIMINATI

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

Pijun nak berkongsi serba sedikit minat dlm blog ini.Ada beberapa blog 'wajib' yg mmg kerap dikunjungi dan hampir setiap hari pijun selalu melayarinya.Antara blog berikut mengikut kategori ialah:

KELUARGA

1.SILVERSARINA
http://silversarina.blogspot.com/
(BLOG INI BYAK MENCERITAKAN KEHIDUPAN SEORANG IBU 'TUNGGAL' YANG MEMBESARKAN 2 ORG ANAKNYA SETELAH SUAMI DAN 3 ORANG ANAK BELIAU MERANTAU KE LUAR NEGARA)

2.TINTAUTARA
http://tintautara.blogspot.com/
(BLOG INI ADALAH BLOG MAK AMMAR(67).SEORANG IBU YANG AKTIF DLM KERJA2 SOSIAL DAN BANYAK MEMBERI TUNJUK AJAR DLM BLOG BELIAU.)

POLITIK

1.PERISIK RAKYAT
www.perisik-rakyat.com
(BNYAK INFORMASI POLITIK YANG DIPAPARKAN.JUGA BERITA2 BERSERTA GAMBAR2 YANG EKSLUSIF)

2.TUKAR TIUB
www.tukartiub.blogspot.com
(SINDIRAN2 POLITIK NEGARA)

AGAMA & MOTIVASI

1.SAIFUL ISLAM
www.saifulislam.com
(BLOG YANG AGAK RAMAI PEMINATNYA.PENGALAMAN MENGIKUTI PROGRAM BERSAMA USTAZ HASRIZAL(PEMILIK BLOG) MENYEBABKAN PIJUN TERASA DEKAT DGN PENULISNYA.)

2.SYARILKADIR
www.syahrilkadir.wordpress.com
(BELIAU ADALAH SEORANG BEKAS WARTAWAN.BLOGNYA BYAK MENCERITAKAN PENGALAMAN BELIAU SEPANJANG MENJADI WARTAWAN SEHINGGA SKRANG.BYAK MENCERITAKAN TENTANG ISU2 KEHIDUPAN)



Dan bnyak lagi blog2 yang menarik di luar sana.Nasihat pijun, membaca blog mmg satu hobi yang bermanafaat tapi awas!,D jugK blog2 yang kureng dan x sesuai utk dijadikan panduan.

ANDA YANG MENENTUKAN....

Monday, 28 September 2009

(CETUSAN)PERANTAUAN INI..

Bismillahirahmanirahim...

Sepanjang 22 tahun hidup,byak menyaksikan pelbagai rencah2 kehidupan.pahit manis kehidupan byak mengajar pijun erti hidup.Mengapa pijun cenderung utk memilih 'perantau' sebagai tema hidup?.Email pun 'anak_perantaukedah"...Sebenarnya pijun sgt cenderung ngan merantau ini.Bg pijun,merantau itu sendiri kehidupan.Pijun mula merantau sejak berusia 13 tahun semasa dihantar ke Asrama penuh di Perlis.Perantauan terus ke Pahang,Selangor dan akhirnya terdmpar di BUMI SONATA ini.Banyak cerita2 yang pijun kutip sepanjang perantauan ini,dan rugi rasanya kalau disimpan seorang diri.Inyallah dgn medium blog ini dapatlah pijun berkongsi serba sedikit tentang perantauan ini..

INYALLAH..MOGA2 KITA DAPAT MEMPEROLEH MANFAAT BERSAMA..

SALAM PERANTAU

Bismillahirahmanirrahim...perantauan dimulakan..

assalamualaikum..

entry pertama utk blog ini.Alhamdulillah berjaya dihasilkan pada hari ini isnin,28.9.2009 jam 10.05 pagi.Insyallah blog ini akan menjadi medan utk pijun berkongsi serba sikit pengalaman2 yang diperoleh sepanjang perantauan ini..

Moga semua akan memperoleh manfaat bersama...Insyallah

http://www.youtube.com/watch?v=noyl1PKkBdE