Monday, 5 October 2009

(KOREA)가을 kembali lagi...


kenangan autumn di 경주


autumn the man's season..



Sesi mengungai selalu disini.


Anugerah ALLAH yang x terhinali buat rakyat bumi sonata.


BISMILAHIRAHMANIRAHIM...








Autumn menjenguk lagi.Sedar x sedar nie kali ke 5 pijun merasai autumn di bumi sonata ini.Sejujurnya pijun x la brapa minat sgt kat autumn nie.Autumn adalah musim di masa pijun akan berasa sayu dan perasaan akan cepat tersentuh.kata org korea.."봄은 여자의계절 가을은 남자의 계절".

Tapi sebenarnya autumn nie adalah masa yang paling sesuai utk kita bermuhasabah diri kita.Melihatkan daun2 yang mula berguguran menyebabkan kita akan mula melihat kembali ke dalam diri.Melihat kembali bahawa hidup nie juga seperti DAUN2 yang berguguran.Sampai masanya kita akan gugur layu seperti daun2 itu.

Semalam adalah sesi mengungai bersama Paknap.Kalau di sekolah dulu ada sesi memadang pada hampir setiap petang.Di sini pijun akan memastikan akan ada satu waktu untuk pijun ke tepi sungai dan merehatkan PEMIKIRAN DAN MINDA.


Apakah sesi mengungai ini?.hahah.sebenarnya sesi ini adalah sesi ke tepi sungai.Korea ini dianugerahkan ALLAH sungai2 yang cantik dan tenang.Ditambah pula dgn sikap org KOREA itu sendiri yang sentiasa MENGHARGAI DAN MEMELIHARA anugerah ALLAH kepada mereka.Lihat saja jalinan2 sungai seperti 한강,청계천 dan 안양천.Melepak di tepi2 sungai2 ini sambil menikmati ALAM cintaan ALLAH adalah satu 'hadiah' buat pijun.ketenangannya sangat luar biasa.Mampu menghilangkan keluh kesah diri.
Semalam banyak juga isu2 yang dibincangkan bersama Paknap.Isu kepimpinan,isu jati diri,perjuangan,dan juga DAKWAH.Alhamdulillah byak juga idea2 bernas telah dilahirkan dan insyallah akan dipraktiskan.



SALAM ANAK RANTAU.

No comments:

Post a Comment