PERANTAUAN INI BANYAK MENGISAHKAN KISAH-KISAH SUKA DAN DUKA..PERANTAUAN INI ADALAH SATU PERJALANAN DEMI MENCARI SATU KEHIDUPAN YANG ABADI..
Tuesday, 13 October 2009
(KEMBARA).BANGKOK (winter 2008)
(dalam train..kerusi akan dilipat malannya utk dijadikan katil)
(Kong dan jerawatnya)
(inilah train yang akan membawa anda sampai ke PADANG BESAR)
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
Winter lepas pijun dan kong(nama manja br iszaidy) berkesempatan untuk meronda2 sekitar bangkok dalam perjalanan pulang ke Malaysia.sebenarnya kami sengaja memilih flight ke bangkok dan mengambil train pulang ke Msia.Disamping harga tiket flight yang murah(sekitar 420 000won)kami juga berkesempatan menambahkan cop di passport kami.(bercita-cita utk menghabiskan helaian passport sebelum expired).
Tapi sayangnya antara kami berdua tiada sapa pun yang membawa kamera.huhuhu.Malangnya gambar2 di bangkok tak dapat ditangkap..Cuma sempat ambik gambar sikit pakai nset .kami Menaiki pesawat EVA AIr(taiwan).Pesawat ini walaupun murah tetapi layanannya agak baik berbanding Turkish Air.Kami juga berkesempatan menaiki BOEING 777 semasa balik ke seoul(kebanyakkan pesawat ke seoul hanya A330,jarang2 ada pesawat besar ke sini).
Di bangkok kami menginap di sebuah rumah tumpangan(aa..bukan rumah tu aa)berhampiran Stesen keretapi Hua Lampong.harganya murah.30 Baht semalam.Berhampiran dengan motel itu ada 2 restoran halal milik org patani.rasanya sedap dan Murah.Alahamdulillah walaupun cuma 2 hari di sana kami mampu meronda banya tempat di Bangkok.Bangkok merupakan satu bandaraya yang maju.Boleh menandingi Kuala Lumpur.
Soal makanan jgn risau.terdapat banyak masjid di Bangkok.Islamnya juga ramai dan kuat.Di airport lagi anda boleh mndapatkan makanan halal.Pijun cadangkan supaya anda mencuba Pat Thai iatu sejenis keteow kering yang sedap.Boleh didapati dari penjaja jalanan di Kao SAn road.jangan lupa juga menikmati sup dagingya yang lazat.kami makan dekat rumah kedai di masjid husin kalau x silap.
Cuma anda semua perlu berhati-hati sikit.jangan mudah tertipu dgan tawaan org siam yang menawarkan pakej berjalan-jalan.Harganya pasti akan mengapak anda.Semasa berjalan buat muka konfiden.biar nampak cam org tempatan(muka org msia dekat2 sama dgn muka org siam..tambah2 Kong..semua org siam akan cakap siam ngn dia..hahaha).kami cuma tertipu sekali sahaja semasa naik bot di sungai Chao Praya.kena 700baht utk 2 jam..sungguh boring.
Keesokkanya harinya kami menaiki train Bangkok-butterworth pada jam 2.15 petang.train ini ada tiap2 hari pada jam 2.15 ptg.Harganya ke butterworth ialah 1250 baht.(sekitar rm130).Pijun nasihatkan supaya anda membawa buku atau barang2 yg boleh menghilangkan boring kerana perjalanan akan mengambil masa selama 20 jam.utk makan dia kata makanan yg train halal.tapi seeloknya beli bungkus di kedai patani tu sebelum menaiki train.
Train akan berhenti banyak tempat.Ntah la ..nama tempat tue.Pijun layan novel ja dlm train.Akan mula masuk sempadan Padang besar pada jam 11 pagi.Disitu semua penumpang perlu turun dan cop passport.Selepas itu kepala train siam akan berpatah balik dan gerabak anda akan ditarik oleh kepala KTM.
Pijun selamat sampai di alOR STAR jam 1 tghari.ambik teksi trus blik umah(saja nak wat suprise)..
Wat sahabat2 yg ddk dekat2 kawasan utara pijun cadangkan supaya anda dapat mengikuti trip camni,.mmg best dan berbaloi..
salam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 jam dlm train= mati kutu ler...
ReplyDeletebdak laki xper la kot trip cmnih mnrik..