Saturday 17 October 2009

(NASIHAH) ADAB2 MENUNTUT ILMU




BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

Sambil menyiapkan report ME experiment pijun sempat mendengar satu siri ceramah dari Dato Hj Shamsuri Hj Ahmad.Beliau merupakan seorang penceramah tersohor di utara tanah air.Pijun pernah mengikuti satu siri ceramahnya semasa pulang ke malaysia pada Summer 2007 di Masjid Sultanah Bahiyah ,alor setaq.

Ust shamsuri membawakan kitab Bahru-mazi.Tajuknya ialah adab2 menuntut ilmu.Pernahkan kita terfikir walaupun kita belajar bersungguh-sungguh tetapi kita tak dapat result seperti yang diidamkan.Apakah silapnya?..

Sebenarnya kita kekurangan KEBERKATAN dalam menuntut ilmu akibat tidak mengikut adab2 yang telah digariskan.Pijun sedikit terkilan kerana ramai rakan2 pijun yang sanggup mengutuk guru2 yang mengajar.Memberi gelaran yang bukan-bukan.Pernah terfikirkah kita jikalau guru tersebut tidak menghalalkan apa yang diajarkannya.Bukankah kita tergolong dalam golongan yang rugi?.

Antara adab2 dengan guru yang digariskan dalam islam ialah

1)Apabila berjumpa dengan guru berilah salam terlebih dahulu sebelumnya

2)Jangan cakap banyak di hadapan guru

3)Jangan lakukan perkara yang tidak diizinkan/disenangi oleh guru

4)jangan bertanya dgn niat untuk menjatuhkan guru

5)Jangan menyangkal kata2 guru dan membandingkan katanya dengan org lain.Jika terdapat perbezaan pendapat dgnnya hendaklah berbincang bukan di khayalak ramai

6)Jangan berbisik-bisik dihadapan guru.

7)Jangan buruk sangka dengan guru.


Diharap dengan sedikit adab2 ini dapatlah kita amalkan dan memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.

ANDA MAMPU MENGUBAHNYA..

No comments:

Post a Comment