Sunday, 11 October 2009

(CETUSAN) MENGAPA SAYA MENULIS




BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

"Waa pijun dah ada blog",begitulah reaksi kawan2 bila mengetahui pijun mempunyai blog.Tidak ramai yang mengetahui kewujudan blog ini.sengaja tidak dihebohkan kerana masih belum sempurna lagi.Perancanganya cukup 50 entry baru nak dilancarkan secara rasmi.

Mungkin ramaia yang tidak mengetahui yang pijun mula menulis ini semenjak tahun 2005 lagi.Blog pertama pijun banyak menceritakan tentang keluh kesah pijun semenjak mula sampai di korea.Kiranya entry2nya pun banyak yang bersifat peribadi dan tidak sesuai untuk bacaan umum.(tapi kalau sapa2 yang berminat nak tau PM la)

Tujuan sebenar pijun menulis ialah kerana banyak benda yang nak pijun kongsikan dengan kalian semua.4 tahun lebih Korea ini banyak memberikan pengalaman2 yang berguna kalau dapat dikongsikan bersama.Bak kata Utz Hasrizal(www.saifulislam.com).ERTI HIDUP PADA MEMBERI.Tiada apa yang mampu pijun berikan kepada masyakarat kecuali dengan cerita2 yang insyallah sedaya upaya pijun akan menulis sesuatu yang memberikan manfaat kepada pembaca.

Sebenarnya pijun mmg berminat membaca blog2.Xkiralah blog itu politik,agama,kehidupan dan sebagainya.Lebih bersifat 'silent reader' mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa blog2 yang selama ini mmg diikuti oleh pijun.Blog fromperantauheart ini akan berbentuk bacaan santai.Tetapi pijun akan menyelitkan sedikit pengajaran.Dan jikalau ada entry2 yang berbentuk kontroversi diharap pembaca tidak melenting.Semua itu adalah cetusan perasaan pijun yang ikhlas dari sanubari.jikalau ada apa2 yang x berkanan dengan apa2 kandungan blog ini diharap dapat terus berhubung dengan pijun.

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini.Sebarang komen2 amatlah dialukan..


إِنِّىٓ أَخَافُ ٱللَّهَ‌ۚ وَٱللَّهُ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
(sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangat berat azab seksaNya)

No comments:

Post a Comment