Friday, 16 October 2009

(NASIHAH) UNTUK BAKAL-BAKAL PEMIMPIN




BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…

Insyallah bermula dari esok hingga 24 hb ini akan menyaksikan bakal2 pemimpin komuniti pelajar Malaysia di Korea medaftarkan nama masing2 untuk pemilihan 4 orang AJK tertinggi PERSATUAN PELAJAR MALAYSIA KOREA(PPMK).Selamat mendaftarkan calon masing2 dan untuk yang bertanding pijun ada sedikit perkongsian yang molek dikongsi bersama..Nasihat ini dipetik dari kitab LA-TAHZAN(jangan bersedih).Moga memperoleh manfaat bersama:

JAWATAN ADALAH BEBAN DAN TANGGUNGJAWAB

SATU DRPD HAL YANG AMAT DIPEREBUTKAN MANUSIA SEMASA HIDUP DI DUNIA INI ADALAH KEDUDUKAN.IBNUL WARDI BERKATA:

“BEBAN BERAT KERANA KEDUDUKAN SUDAH MELEMAHKAN KESABARANKU WAHAI DERITAKU,SEMUANYA KERANA INTERAKSI DENGAN SEMUA KERENDAHAN’

MAKSUD RANGKAP PUISI INI IALAH BAHAWA KEDUDUKAN ITU SANGAT MAHAL HARGANYA,DAN BOLEH MENJEJASKAN KESIHATAN.TIDAK RAMAI ORANG YANG MAMPU MEMBAYAR KOS SEHARI-HARINYA,BERMULA DARI KERINGAT,DARAH,NAMA BAIK,WAKTU REHAT,KEHORMATAN,HINGGALAH HARGA DIRINYA.SABDA BAGINDA RASULUALLAH SWT “JANGANLAH ENGKAU MENUNTUT KEKUASAAN.’SABDANYA YANG LAIN MENYEBUT.”ALANGKAH BAHAGIANYA ORANG YANG MENYUSUI,DAN ALANGKAH SENGSARANYA ORANG YANG ‘MENYUSU”.

ALLAH SWT BERFIRMAN,ERTINYA:
“KUAT KUASAKU(DAN HUJAH-HUJAHKU MEMBELA DIRI),TELAH BINASA DAN HILANG LENYAP DARIKU.”
(SURAH AL-HAQQAH:29)


SEORANG PUJANGGA BERMADAH

BIARKANLAH DUNIA DATANG MENEMUIMU DENGAN SENDIRINYA,BUKANKAH AKHIR DUNIA ADALAH KEBINASAAN.
BAYANGKAN BAHWA DUNIA INI DATANG DENGAN TIAP2 SESUATUNYA.LANTAS KE MANA IA AKAN PERGI?SUDAH TENTU MENUJU KEFANAAN.

“DAN TETAP KEKAL WAJAH TUHANMU YANG MEMPUNYAI KEBENARAN DAN KEMULIAN.”
(AR-RAHMAN:27)


SEORANG YANG SOLEH TELAH BERKATA KEPADA ANAKNYA,”JANGANLAH KAMU MENJADI KETUA SEBAB KETUA TERPAKSA SERING MENAHAN RASA NYERI.”

MAKSUD DARI UCAPAN ORANG SOLEH ITU IALAH BAHAWA JANGAN TERLALU SENANG UTK MENONJOLKAN DIRI DAN INGIN MENJADI PEMIMPIN.SEBAB KRIRIKAN,UMPATAN PENGHINAAN DAN SERANGAN ITU SASARANNYA ADALAH ORG2 YANG BERADA DI BARISAN PALING HADAPAN.

Separuh manusia adalah musuh bagi org yang memegang kawalan kekuasaan jika dia adil.

'tepuk dada tanyalah iman......'

2 comments:

  1. Salam pijun. Menarik perkongsian tu.

    Nak kongsi juga satu madah dipetik dari Nota Hati Seorang Lelaki karangan Ust Pahrol Md Juoi.

    "Seorang pemimpin bukanlah seorang yang berpangkat tinggi. Adakalanya gelanggangnya hanya sekangkang kera, namun peranannya seluas maya pada. Adakalanya pangkat mereka cuma kuli biasa, namun jasanya memgatasi hartawan, bangsawan dan sarjana".

    Mari sama2 kita renung :)

    ReplyDelete
  2. TERIMA KASIH LIKUKEHIDUPAN...

    PERJUANGAN BUKANLAH HAK MILIK PEMIMPIN SAHAJA..
    TETAPI HAK MILIK SETIAP INSAN SELAGI MANA LIDAH MEREKA MAMPU MENYEBUT
    "aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain ALLAH dan masih MUHAMAD itu pesuruh ALLAH"

    ReplyDelete