Sunday, 25 October 2009

(KOREA) SEOUL INTERNATIONAL AEROSPACE AND DEFENCE 2009


(PERTUNJUKKAN UDARA DI TAPAK LUAR OLEH USAF)


(PROVOS AIR FORCE KOREA YANG COMEL-COMEL.DEPA NIE BUKAN PANDAI SERIUS..LAWAK SIAL DENGAN POSS DEPA)


(MBT K1 BY HYUNDAI ROTEM..MALAYSIA DIKATAKAN BERMINAT UNTUK MEMILIKINYA)


(HADAPAN BOOTH INDONESIAN AEROSPACE..PENGELUAR PESAWAT PENGANGKUT..IKUT MAKLUMAT TUDM TELAH MEMBELI 8 UNIT CN 325..erm...indon pon dah potong msia dlm defence)


(ENTERENCE..PAMERAN KALI INI DIAKAN DI SEOUL AIRPORT IAITU ROKAF BASE KE 18)

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

Hujung mggu nie agak sibuk dengan aktiviti luar walaupun exam baki berbaki minggu hadapan.Sabtu diisi dengan Mesyuarat Jawatankuasa Aman PAlestin dan jamuan En hanisan.Petang cuba berkejar ke Exhibition tapi malangnya kami(bersama paknap)tiba agak lewat memadangkan tempat pameran yang jauh terletak di luar seoul.kami x sempat masuk kerana hampir ditutup iaitu kira2 jam 5 ptg.

Ahad berbekalkan semangat waja pijun bertolak awal dari umah dalam jam 9 pagi bersama BLACKIE.jarak ke tempat pameran kira2 30Km dan kami berjaya sampai jam 10.15 pagi.Memandangkan masih baru dibuka jadi orang ramai masih belum ramai..

Pameran kali ini mempamerkan teknologi2 dari serata dunia.Buat kali pertamanya Korea telah mempamerkan teknologi2 terbarunya termasuk MBT K1 dan K2 serta Helicopter yang bakal memasuki pasaran tahun hadapan.Buat pengetahuan semua,Menteri Pertahanan malaysia telah datang ke sini mggu lepas dan berbincang untuk memperoleh aset ATM terbaru untuk RMK 10.Menurut sumber Malaysia berminat untuk mendapatkan MBT K@ buatan HYUNDAI dan KIFV buatan DOOSAN.

Pijun telah mengadakan sedikit perbincangan dgn GEneral MAnager DOOSAN DEFENSE.BEliau optimis untuk memasuki pasaran malaysia tahun hadapan.Sekarang ini usaha melobi sedang giat dijalankan.Dan beliau meramalkan industri pertahanan akan berkembang dan memerlukan ramai sumber manusia dari malaysia.Peluang cerah untuk sesiapa yang berminat untuk join industri pertahanan.

Banyak perkara yang baru dapat dipelajari dalam pameran ini.Teknologi korea yang canggih hasil dari penyelidikannya membuatkan Korea mampu menghasilakn sendiri hampir semua Aset2 pertahanan seperti Fighter,MBT,Kapal pengangkut,Helikopter dan senjata2 ringan.insyallah kalau ada masa pijun akan buat penyelidikan dan ulas tentang teknologi2 ini.

Selepas menghabiskan kira2 3jam di tapak pameran pijun terus bergerak ke Sport Day PPMK 2009 di DYTC.

No comments:

Post a Comment