Tuesday, 26 January 2010

(KOREA) 2 HARI DI KAUNTER

BISMILLAHIRAHMANIERAHIM..

Berurusan di kaunter merupakan benda yang agak leceh bagi sesetengah orang.Tapi bagi aku,aku suka berurusan di kaunter..terutamanya di Korea.Semua urusan akan dikendalikan dengan cekap dan mesra.Perkhidmatan kaunter kat sini mmg terbaik berbanding tempat2 lain di dunia..

Semalam dan hari ini merupakan hari yang penuh ngan pengalaman bagiku.Selama 2 hari berturut-turut aku berurusan di kaunter.Urusan yang sebelum ini lancar akhirnya menjadi satu yang leceh..aku cepat panas kalau sesuatu urusan tidak diselesaikan dengan lancar.

Pertama semasa berurusan di imigresen seoul untuk urusan extend resident certificate.Hampir 2 jam aku menunggu giliran,nasib baik time tu ada rubhen dan ammar.Taklah tercangak bodoh dalam pejabat tu jaa..apabila tiba giliran awek kaunter tu cakap dokumen x cukup.dia nak keputusan peperiksaan.apa kejadahnya nak result.telinga pun dah naik merah.nasib baik dia awek+ cakap lembut.terpaksa la balik Kode untuk amvik dokumen tu.

Keesokkan harinya ke KB BANK untuk transfer duit kat adik di US.Rasanya Petugas kaunter tu x pernah wat TT kot.Tercangak di kaunter hampir sejam setengah.last2 gagal jugak.huisss...nasib baiklah makcik kaunter tu berkali2 meminta maaf.

Pengalaman macam ini sebenarnya jarang berlaku di sini.Servis kaunter di sini mmg terbaik kalau nak dibandingkan dengan malaysia.Mereka melayan setiap pelanggan mereka seperti raja tak kira di sektor awam ataupun swasta.Pengalaman dimaki semasa berurusan di kaunter malaysia membuatkan aku acapkali panas telinga.

itu sedikit perkongsian pengalaman

1 comment:

  1. yg pasai result plg pelik..
    ada ka polisi imigresen mcm ni kt tempat len?
    klau result x bagus x bleh extend lbh2 kata akak tu..mcm lawak pun ada..^^

    ReplyDelete