Thursday, 4 February 2010

(KOREA) INTERNATIONAL EXPO SOLAR 2010







BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

BARU PULANG DARI EXPO SOLAR YANG DIADAKAN DI KINTEX,ILSAN.EXPO INI DIADAKAN SELAMA 3 HARI BERMULA SEMALAM DAN BERAKHIR ESOK TELAH MENGHIMPUNAKAN PELBAGAI SYARIKAT2 TERKEMUKA DARI DALAM DAN LUAR KOREA.

SETELAH MENDAFTAR SEBAGAI FOREIGN VISITOR,AKU DAPAT PAS MASUK PERCUMA.(KALAU BIASA KENA BAYAR W 5000).BERTOLAK DARI SEOUL STATION DENGAN SHUTTLE BUS YANG DISEDIAKAN,SAMPAI DI KINTECH DALAM JAM 2.45 PETANG.

PAMERAN KALI INI TERTUMPU KEPADA PAMERAN DAN JUALAN BERKAITAN SOLAR DAN GREEN ENERGY.MACAM BIASALAH DI SINI,SYARIKAT2 BESAR SEPERTI SAMSUNG,LG DAN HYUNDAI PASTI AKAN MENYERTAI DENGAN RUANG PAMERAN YANG LEBIH CANGGIH DARI SYARIKAT2 LAIN.

SYARIKAT2 BESAR KOREA TIDAK MENGAMALKAN SEMPADAN DALAM PERNIAGAAN MEREKA.MANA ADA PELUANG UNTUK BISNES,PASTI SYARIKAT2 INI TIDAK AKAN MELEPASKAN PELUANG UNTUK MELABUR.SEBAGAI CONTOH,SELAIN DARI BARANGAN ELEKTRIK,SAMSUNG JUGA MEMPUNYAI RANGKAIAN PERNIAGAAN SEPERTI KENDERAAN, PERKAPALAN,PASAR RAYA,INSURAN,HIBURAN DAN TERBARU INI SOLAR.

PALING MENARIK PERHATIAN IALAH APABILA SATU SATU SYARIKAT KOREA YANG BERJAYA MENCIPTA PANEL SOLAR MUDAH ALIH DALAM SAIZ YANG KECIL DAN RINGAN.PANEL INI BOLEH DIBAWA KE MANA2 DAN SESUAI UNTUK MEMBEKALKAN TENAGA SEBAGAI FUNGSI BATERI.

SETELAH HAMPIR 2 JAM MERONDA KAWASAN PAMERAN,AKU MENGORAK LANGKAH PULANG.

No comments:

Post a Comment