Tuesday, 2 February 2010

(PENJELASAN) RUMAH 90 JUTA?

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..


SINOPSIS.
KAMI BEREMPAT,HAFIZUL,RUBHEN,ZAKI, DAN FIKRI DIMINTA OLEH TUAN RUMAH UNTUK MENGOSONGKAN RUMAH SELEWATNYA HUJUNG BULAN 2 ATAS SEBAB RUMAH YANG DIDUDUKI SEKARANG AKAN DILELONG DISEBABKAN TUAN RUMAH MENGALAMI MASALAH KEWANGAN.OLEH SEBAB KONTRAK RUMAH MASIH BERBAKI SETAHUN,TUAN RUMAH BERSETUJU UNTUK MENANGGUNG SEGALA PERBELANJAAN PERPINDAHAN.

SETELAH BERBINCANG DENGAN EN HANISAN,BELIAU BERSETUJU MEMBENARKAN KAMI MENCARI RUMAH BARU MENGGUNAKAN WANG RUMAH LAMA(55 JUTA) DAN BAKI DARI RUMAH2 YANG AKAN DITUTUP DALAM KAWASAN KODE.TERDAPAT 4 BUAH RUMAH AKAN DITUTUP DAN JUMLAH KESELURUHAN BAKI RUMAH YANG DITUTUP DIANGGARKAN BERNILAI 100 JUTA WON.

KAMI DIMAKLUMKAN OLEH EJEN RUMAH BAHAWA HARGA RUMAH DI KAWASAN KODE TELAH MENINGKAT KEBELAKANGAN INI.HARGA RUMAH PALING MURAH UNTUK 3 ORANG DIANGGARKAN SEKITAR 50-60 JUTA.DISEBABKAN KAMI BEREMPAT,JADI RUMAH YANG SELESA UNTUK DIDUDUKI DENGAN HARGA 60 KE 70 JUTA AMATLAH MUSTAHIL.

PENYELESAIAN.

KAMI MENDAPAT SATU BUAH RUMAH YANG SELESA UNTUK 4 ORANG DENGAN HARGA 90 JUTA.RUMAH INI MAHAL KERANA BERADA DI TINGKAT 2.WALAUBAGAIMANAPUN KELUASAN RUMAH(46 METER PERSEGI) INI LEBIH KECIL DARIPADA RUMAH ASAL KAMI(50.1 METER PERSEGI).

SETELAH BERBINCANG DENGAN EN HANISAN,BELIAU BERSETUJU UNTUK MEMBENARKAN KAMI MENYEWA RUMAH TERSEBUT DENGAN PENAMBAHAN 35 JUTA BAKI DARI RUMAH YANG DITUTUP.DEPOSIT 9 JUTA TELAH DIBAYAR PADA 22.1.S009 DAN BAKI 81 JUTA AKAN DIBAYAR PADA 20.2.2009.

MASALAH.

TERDAPAT BEBERAPA CAKAP2 BELAKANG YANG TIDAK BERPUAS HATI DENGAN HARGA RUMAH INI.SAYA MENDAPAT MAKLUMAT YANG ADA YANG MENUDUH KAMI MENDAPAT RUMAH TERSEBUT DENGAN MEMBODEK,KRONI DAN BEBERAPA TUDUHAN LAIN.

SAYA INGIN MENEGASKAN DISINI BAHAWA HARGA RUMAH TERSEBUT BUKANLAH SATU ISU BESAR YANG PERLU DIHEBOH-HEBOHKAN ATAS SEBAB2 BERIKUT.

1.HARGA RUMAH KODE YANG SEMAKIN MENINGKAT.UMUMNYA SEMUA SEDIA MAKLUM BAHAWA HARGA RUMAH DI KAWASAN KODE DAN YONSEI ADALAH YANG TERMAHAL DI SEOUL.KEBANYAKKAN RUMAH2 YANG DIDUDUKI SEKARANG MURAH KERANA HARGA2 LAMA.

2.SUSAH UNTUK MENCARI RUMAH YANG SELESA UNTUK 4 ORANG DENGAN HARGA BAWAH 80 JUTA.DISEBABKAN KEBANYAKKAN PERALATAN RUMAH DEBELI BERSAMA MAKA KAMI SEPAKAT UNTUK TERUS TINGGAL BEREMPAT.

PERSOALAN.

JIKA HARGA RUMAH KAMI DIPERTIKAIKAN UMUM.MAKA ADA BEBERAPA BUAH RUMAH YANG JUGA PERLU ANDA PERTIKAIKAN.SECARA PENGIRAAN SEORANG DARI KAMI AKAN MENDAPAT PERUNTUKAN 22.5 JUTA

1.TERDAPAT SEBUAH RUMAH YANG BERHARGA 70 JUTA YANG DIDUDUKI OLEH 2 ORANG PELAJAR.(SEORANG PELAJAR MENDAPAT 35 JUTA)

2.SEBUAH RUMAH BERHARGA 48 JUTA UNTUK 2 ORANG(SEORANG MENDAPAT 24 JUTA)

3.SEBUAH RUMAH BERHARGA 70 JUTA UNTUK 3 ORANG,SEORANG SENIOR AKAN TAMAT BULAN 8 INI.(SEORANG PELAJAR 23.4 JUTA)

4.SEBUAH RUMAH YANG BERHARGA 30 JUTA YANG DIDUDUKI OLEH SEORANG PELAJAR.

(DOKUMEN2 RUMAH INI BOLEH DIDAPATI PADA AJK PERUMAHAN PPMK.


HARAPAN.

SAYA BERHARAP DENGAN PENJELASAN INI MAKA TIDAK TIMBUL SEBARANG ISU2 DAN CAKAP2 BELAKANG SELEPAS INI.SAYA SEDIA BERSEMUKA DENGAN SESIAPA SAHAJA YANG TIDAK BERPUAS HATI TENTANG ISU2 INI ATAU ISU2 YANG LAIN.SAYA MENARUH HARAPAN YANG TINGGI UNTUK MELIHAT KEMATANGAN DAN PEMIKIRAN YANG TERBUKA SESUAI DENGAN STATUS KITA SEBAGAI PELAJAR LUAR NEGARA.

SEBARANG PERSOALAN BOLEH DITUJUKAN TERUS KEPADA SAYA.



SEKIAN.



........HAFIZUL.........

2 comments:

  1. penjelasan mantap dan jelas. kalau ade yg nk argue, pk semasak-masaknye dulu ye. setiap orang ada haknya tersendiri, xperlu pertikai hak orang lain. ^^;;

    ReplyDelete
  2. sapa la yg x pueh ati tu..
    klau kita wat bende btul nak takut apa..^^

    ReplyDelete