Sunday 28 November 2010

November 2010 menutup tirai




Assalamualaikum wbt.

November 2010 hampir melabuhkan tirainya.Bermakna secara rasminya aku ada setengah bulan untuk mengakhiri status aku sbgai pelajar.Insyallah.Segala galanya berjalan dengan baik.Baik dari segi pelajaran mahupun kehidupan.Tapi bezanya kali ini aku kembali banyak merenung tentang perjalanan hidupku masa masa depan.Baik dari segi kerjaya,keluarga,kelab dan lain2.

Program2 sepanjang november.

1.Program Bersama Boss Shariff
2.Annual Dinner PPMK
3.AGM KUK
4.Meeting Winter Camp
5.TOEIC test.

Bulan nie pon gempaq dengan bedilan Korea Utara terhadap selatan.Namun kesannya kurang di tanah besar.Majoriti rakyat sini pon semacam x kosah dengan provokasi ini.

Tentang KUK Alhamdulillah ada perubahan kempimpinan.Banyak muka2 baru bibawa masuk menggantikan muka lama yang meletakkan jawatan.Diharap selepas ini KUK akan terus mantap biarpun aku berada nun jauh di selatan.

Tentang study,insyallah semua beres utk aku grad.Skrang nie perlu prepare skit2 utk final fluid dgn pengajian kepala otak.

Kehidupan?..erm...masih banyak yang perlu direncanakan..apa yang menjadi harapan besar aku adalah kelapangan yang ALLAH kurniakan utk aku dapat mengerjakan umrah pada bulan 3 tahun dpan.

DAOAKAN AKU....

1 comment: