Friday, 5 March 2010

(KEHIDUPAN) TAHUN AKHIR




BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Sem ini merupakan sem penentu sama ada aku boleh abis tahun ini atau kena extend lahi 1 sem.Dengan berbaki lagi 34 kredit aku perlu lulus semua subjek terutamanya the killer physics..

Doakan semoga aku berjaya mengharungi semuanya dengan selamat...insyallah

fighting...

Tuesday, 2 March 2010

(KOREA) KENANGAN BERSAMA USTAZ AMIN







Hari ini 25 Februari 2010 jam 12.00 tengah hari, Seoul disimbahi dengan hujan. Sudahlah memang masih di dalam musim sejuk, ditambah dengan hujan lagi, bergandalah sejuk lagi hari ini.

Hari ini, tidak ada program yang menarik, hanya melihat kawasan perniagaan dan tempat yang biasa orang Malaysia datang untuk urusan borong kerongsang dan product kain-kain bermutu tinggi.

Keluar dari stesen Metro, tiba-tiba saya dipayungkan oleh seorang Korea yang tidak pernah saya kenal. Dia menunjukkan dengan tanda isyarat bahawa sekarang sedang hujan dan mengajak saya bersama-samanya berjalan dengannya di bawah satu payung.

“Baik betul budaya dia orang ni” bisik hati saya.

Jam 8.00 malam, saya diajak oleh Luqman dan Hafizul (pelajar Malaysia di Korea) untuk makam malam di sebuah restoran. Malam ini kami makan masakan belut. Korea terkenal dengan makanan belut.

setelah makan malam, saya di ajak oleh Luqman untuk berjalan di sekitar Universiti Hongik untuk melihat aktiviti mahasiswa pada waktu malam.

Di sekitar Hongik Universiti ini terdapat satu kawasan yang agak meriah. Di sini terdapat baju-baju dan kasut rekaan pelajar-pelajar di sini sendiri.

“Kawasan ini adalah tempat para pelajar di sini berkarya” kata Luqman pada kami semua.

“Baguslah, mereka ada tempat untuk mengembangkan kreativiti mereka” Helmee menambah.

Kami melihat, banyak kedai-kedai baju yang direka oleh Mahasiswa di Universiti ini hingga kepada yang berjenama. Ada syarikat besar yang memberi laluan kepada mahasiswa untuk mereka membentuk reka bentuk mereka sendiri.

Kita boleh lihat design seperti Adidas yang direka untuk tempatan yang tidak terdapat di negara-negara lain.

“Rokok kat sini sangat nipis” kata Hafizul (seorang lagi pelajar Malaysia di Korea)

“Kalau di Malaysia, kandungan TARnya 1.5 mg sedangkan di sini kandungan TAR hanya 0.2 mg sahaja” tambah Hafizul lagi.

Saya yang tidak biasa di dalam perkara rokok ini hanya mendengar mereka bercerita ketika melihat anak-anak muda Korea melepak sambil menghisap rokok.

Sejak dari mula datang lagi, saya agak pelik dengan tiang-tiang lampu di Korea ini. Ia diletakkan dililit dengan satu benda berduri kecil.

“Kenapa ye dia orang letak benda ni” tanya saya pada Hafizul.

“Ooo, untuk mengelakkan orang menampal poster di tiang-tiang ustaz” Hafizul memberikan jawapannya.

“Bagus ye, kalau di Malaysia, tiang-tiang serabut ditampal dengan poster-poster.

Kami melihat banyak tempat hiburan untuk mahasiswa di sini, tetapi hanyalah sebagai tempat melepak, tidak seperti di Itaewon yang banyak rumah-rumah maksiat.

“Orang di sini suka minum arak, dan arak Korea di sini dipanggil Soju” Luqman menambah.

“Saya ada berbual dengan doktor di sini dan mereka memberi tahu bahawa ramai orang Korea yang diserang cancer perut kerana terlalu banyak minum Soju” Hafuzul menambah pula.

Terperanjat kami apabila di sapa dengan sekumpulan gadis-gadis bertudung. Dari gayanya kelihatan seperti orang Malaysia.

Ketika hampir rupanya memang betul, sekumpulan Mahasiswi Jepun yang bercuti di Korea.

“Iskh, datang dari Jepun hanya perempuna-perempuan, tak bahaya ke?” tanya saya pada Luqman. Mereka semua mengenali Luqman.

“Di Jepun lagi teruk keadaan, jadi, bila dia orang datang ke Korea ni tak ada benda, Korea lebih selamat dari Jepun” kata Luqman setelah menyapa Mahasiswi dari Jepun yang dikenalinya itu.

“Tapi kalau berjalan di negara Arab jangan buat hal, kalau hanya perempuan-perempuan aje yang jalan, memang hilanglah jawabnya” saya menambah.

Setakat ini, negara Arab yang telah saya pergi, kebanyakkan orang perempuan kena berhati-hati kecuali Maghribi. Di sana, pelajar muslimah kita naik teksi pukul 2-3 pagi pun selamat.

Barangkali, kerana bersepadan dengan Eropah dan terlalu banyak orang Eropah di Maghribi, menyebabkan cara pergaulan masyarakat sana lebih baik.

Bak kata pepatah Melayu, lain padang lain belalang, begitulah setiap negara berbeza. Tetapi, dengan banyak bergaul dan memahami budaya orang lain menjadikan kita lebih menghormati orang lain dan lebih menghargai apa yang ada pada kita.

Sesungguhnya, alam ini sebuah Universiti yang luas, sesiapa yang sentiasa memerhatikan alam, dia akan dikurniakan keluasan ilmu dan pengalaman.

“Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Itaewon Seoul

26 Februari 2010 jam 12.40 tengah malam

(KOREA) BLOG USTAZ AMIN

Sebelum bertolak ke Korea ini, saya bertemu dengan Saudara Kamil, Presiden Pelajar Malaysia di Korea ini. Beliau akan bersama di dalam beberapa program yang diatur di Korea ini.

Pada hari ketiga saya di sini, Saudara Kamil tidak mempunyai kesempatan untuk bersama saya. Dia meminta sahabatnya Hafizul untuk bersama saya.

Setelah beberapa urusan, kami pergi ke tempat sukan Ski, ada beberapa babak yang ingin diambil oleh Helmee. Beliau datang ke sini bersama saya untuk membuat beberapa pengambaran.

Tempat yang kami tuju ialah jalan ke Ildong, iaitu Bearstown yang terletak di Naechon. Ia lebih kurang hampir sejam perjalanan dari Seoul. Kami sampai ke tempat ini pada jam 2.30 petang.

Hafizul membawa kami ke sebuah kedai menyewa peralatan yang biasa disewa oleh orang Malaysia. Sewanya Sewa pakaian tebal ini ialah 20 Won bersamaan dengan RM60.

Saya diberikan pakaian tebal, dengan kasut khas terasa macam memakai pakaian angkasawan pula. Sampai di kaki bukit di Naechon ini, kami solat zuhur dahulu.

Hafizul mengajar kami cara meluncur.

“Ada dua perkara ustaz yang perlu tahu, pertama jangan jatuh, kalau jatuh kena ada caranya, kedua, bagaimana nak bangun kalau jatuh” kata Hafizul.

Memang susah sukan ini, tapi susah bukan kerana benda ini, tetapi kerana tidak biasa.

Apabila papan luncur ini tegak, ia akan terus meluncur tanpa brek. Memang beberapa kali jatuh.

Jika ingin memberhentikan papan, kaki kita hendaklah membuat seolah-olah huruf A

Sukan ini akan senang dikuasai jika seseorang itu mempunyai asas sukan yang berasaskan kaki seperti pernah bermain skate board, roller skate, atau kuda-kuda dalam seni mempertahankan diri.

“Hati-hati ustaz waktu nak bangun, kaki tu jangan sampai terlipat macam tu, boleh patah tu” kata Hafizul ketika mengajar saya bangun setelah jatuh.

Hari ini saya betul-betul belajar beberapa perkara. Bukan luncur sukan ski ini, bukan seronok melihat orang jatuh atau sakit kaki dan punggung ketika jatuh. Tapi ada dua perkara besar yang boleh dipelajari.

1. Jangan jatuh, jika terjatuh ada caranya, kaki tidak boleh terkepak dan ia boleh menyebabkan cedera.

2. Mempelajari kaedah untuk bangun ketika telah jatuh, kena ada cara yang betul untuk bangkit setelah jatuh, kalau tidak, kaki boleh terkepak dan juga boleh cedera.

Ketika membawa papan luncur dengan berpeluh walaupun di dalam suasan sejuk, saya berfikir sendirian.

Sebenarnya, prinsip sukan salji ini boleh diaplikasikan di dalam kehidupan.

Di dalam rumah tangga, kita kena jaga jangan sampai rumah tangga itu hancur dan pecah. Tetapi jika itu keadaan dan ketentuannya, bagaimanan ingin membina kebahagiaan kembali setelah di hancur. Bagaimana untuk tidak terus kecewa dan terus menyalahkan orang lain. Bagaimana untuk membina kembali keyakinan diri.

Di dalam perniagaan, kita hendaklah belajar untuk tidak gagal di dalam perniagaan, tetapi jika gagal, bagaimana ingin bangun kembali setelah jatuh. Bagaimana untuk tidak merasa malu berpindah dari rumah banglow ke rumah teres kecil ketika rumah banglow terpaksa dijual untuk menyelesaikan hutang.

Dalam kerjaya, disuruh agar kita terus maju di dalam kerjaya, tetapi jika gagal, bagaimana ingin membina kembali jatidiri. Bagaimana untuk tidak merasa rendah diri dan sentiasa murung kerana gagal di dalam kerjaya.

Dalam belajar, kita disuruh untuk belajar bersungguh-sungguh kemudian lulus dengan cemerlang, tetapi jika tidak cemeralng, apa yang harus dibuat? Adakah lari dari kawan-kawan? Murung menangis di dalam bilik? Atau bangkit kembali membina semula?

Ramai orang mempelajari bagaimana ingin berjaya, tetapi tidak ramai yang mempelajari bagaimana ingin bangun setelah jatuh.

Kedua-dua perkara ini sama penting di dalam hidup kita.

Kehebatan seseorang bukan sahaja kehandalannya di dalam membina, tetapi kehebatan seseorang termasuk kehandalannya di dalam membina kembali setelah jatuh.

Carilah contoh tokoh hebat di dunia ini. Semua mereka mempunyai kedua-dua kemampuan ini iaitu kemampuan membina dan kemampuan bangun ketika jatuh.

Semoga, walau siapa pun kita, kita mempunyai kedua-dua kemampuan ini, agar apa keadaan sekalipun, kita akan sentiasa tenang, sentiasa tabah dan sentiasa sabar menghadapi ujian-ujian hidup.

Firman Allah:-

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita. (surah al-Ahqaf ayat 13)

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Faqir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

10 Rabul Awal 1431/ 24 Febuari 2010

Jam 10.12 malam

www.ustazamin.com

Friday, 19 February 2010

(korea) out from seoul

bismillahirahmanirahim

hari ke 3 di ulsan.menjadi pemandu utk keluarga ef.nanti cerita aku upfate kenf

Sunday, 7 February 2010

(KEHIDUPAN) AKTIVITI

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

BULAN FEBUARI MENJENGUK MENANDAKAN CUTI AKAN BERBAKI LAGI SEBULAN SEBELUM MEMULAKAN SESI PENGAJIAN YANG PADAT.BULAN INI BANYAK PROGRAM DAN AKTIVITI PERLU DILAKSANAKAN SEBELUM MENUTUP BUKU AKVITI BAGI CUTI WINTER 2009/2010.

SELASA 2.2

KE IMMIGRESEN SEOUL UNTUK MENUNTUT RC YANG DIPROSES MINGGU LEPAS.ALHAMDULILLAH DAPAT EXTEND RC SAMPAI 30.3.2011.
SELESAI DI IMMIGRESEN KE POST OFFICE UNTUK MEMBUKA AKAUN POST.POST KOREA MENAWARKAN KADAR CAJ YANG BERPATUTAN UNTUK SEMUA URUSAN PENHANTARAN WANG DARI ATAU KELUAR DARI KOREA.
MELEPAK DI KYOBO BOOKSTORE.X BELI BUKU PUN.SAJA BELEK2 2 3 BUKU TENTANG WAR.

RABU 3.2

PAGI2 BUTA DAPAT PANGGILAN DARI KODE MENAWARKAN PART TIME JOB SEBAGAI TRANSLATOR UNTUK MESYUARAT ANTARA PROTON DENGAN SEOUL CITY COUNCIL.ALHAMDULILLAH ADA GAK REZEKI SIKIT2.
PETANG BALIK KODE UNTUK GUNTING RAMBUT DAN CUKUR SIKIT2.BAGI KEMAS SKIT..baru ada self-onfident untuk jumpa org2 besar.

KHAMIS 4.2

SEHARIAN DI KINTEX UNTUK INTERNATIONAL SOLAR EXPO 2010.

JUMAAT 5.2

8.30 PAGI KE SEOUL LOTTE HOTEL UNTUK JUMPA DELEGASI MALAYSIA.DIPERKENALKAN DENGAN DATUK SOLLAH HASAN,KETUA PENGARAH JPJ DAN ROMBONGAN DR PROTON.ALHAMDULILLAH,MASA MEETING PUN SEOUL COUNCIL DAH SEDIAKAN TRANSLATOR.HUISS...SUSAH BETUL MEETING TUE.KIRANYA HR NIE DAPAT REZEKI PERCUMA JELAH.
SEBELUM SEMBAHYANG JUMAAT SINGGAH DI SALAM RESTAURANT.ALHAMDULILLAH RZEKI LAGI.DIBELANJA OLEH ABG SUKIMIN,PEMBANTU DUTA MALAYSIA.
LPAS SMAYANG TERUS BALIK HOSTEL.TERSADAI KELETIHAN.

SABTU 6.2

TENGAHARI KE YONGSAN BERSAMA DAUSE.SAJA RONDA2 TENGOK GANGDET2 TERBARU.BANYAK GAK BNDA2 TERBARU ADA KAT PASARAN KOREA NIE.ERM..DAH PASANG CITA2 UNTUK MEMILIKI 2 3 GAGDET SEBELUM MENAMATKAN PENGAJIAN TAHUN HADAPAN.
LEPAS ASAR KE RUMAH EN ZUL.BARANG YANG DIA BELI ROSAK.MINTA TOLONG SERVISKAN.ALHAMDULILAH KALAU KE RUMAH DIA MMG REZEKI YANG BANYAK TERHIDANG DI HADAPAN MATA.MOGA ALLAH TAMBAHKAN REZEKI EN ZUL SEKELUARGA.PAS NIE ADA SATU 'PROJEK BESAR' NGAN CIK ZUL.

AHAD 7.2

INGAT HARI NIE NAK LEPAK2 KAT HANYANG JA..



........................SEKIAN.............................

Thursday, 4 February 2010

(KOREA) INTERNATIONAL EXPO SOLAR 2010







BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

BARU PULANG DARI EXPO SOLAR YANG DIADAKAN DI KINTEX,ILSAN.EXPO INI DIADAKAN SELAMA 3 HARI BERMULA SEMALAM DAN BERAKHIR ESOK TELAH MENGHIMPUNAKAN PELBAGAI SYARIKAT2 TERKEMUKA DARI DALAM DAN LUAR KOREA.

SETELAH MENDAFTAR SEBAGAI FOREIGN VISITOR,AKU DAPAT PAS MASUK PERCUMA.(KALAU BIASA KENA BAYAR W 5000).BERTOLAK DARI SEOUL STATION DENGAN SHUTTLE BUS YANG DISEDIAKAN,SAMPAI DI KINTECH DALAM JAM 2.45 PETANG.

PAMERAN KALI INI TERTUMPU KEPADA PAMERAN DAN JUALAN BERKAITAN SOLAR DAN GREEN ENERGY.MACAM BIASALAH DI SINI,SYARIKAT2 BESAR SEPERTI SAMSUNG,LG DAN HYUNDAI PASTI AKAN MENYERTAI DENGAN RUANG PAMERAN YANG LEBIH CANGGIH DARI SYARIKAT2 LAIN.

SYARIKAT2 BESAR KOREA TIDAK MENGAMALKAN SEMPADAN DALAM PERNIAGAAN MEREKA.MANA ADA PELUANG UNTUK BISNES,PASTI SYARIKAT2 INI TIDAK AKAN MELEPASKAN PELUANG UNTUK MELABUR.SEBAGAI CONTOH,SELAIN DARI BARANGAN ELEKTRIK,SAMSUNG JUGA MEMPUNYAI RANGKAIAN PERNIAGAAN SEPERTI KENDERAAN, PERKAPALAN,PASAR RAYA,INSURAN,HIBURAN DAN TERBARU INI SOLAR.

PALING MENARIK PERHATIAN IALAH APABILA SATU SATU SYARIKAT KOREA YANG BERJAYA MENCIPTA PANEL SOLAR MUDAH ALIH DALAM SAIZ YANG KECIL DAN RINGAN.PANEL INI BOLEH DIBAWA KE MANA2 DAN SESUAI UNTUK MEMBEKALKAN TENAGA SEBAGAI FUNGSI BATERI.

SETELAH HAMPIR 2 JAM MERONDA KAWASAN PAMERAN,AKU MENGORAK LANGKAH PULANG.

Tuesday, 2 February 2010

(PENJELASAN) RUMAH 90 JUTA?

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..


SINOPSIS.
KAMI BEREMPAT,HAFIZUL,RUBHEN,ZAKI, DAN FIKRI DIMINTA OLEH TUAN RUMAH UNTUK MENGOSONGKAN RUMAH SELEWATNYA HUJUNG BULAN 2 ATAS SEBAB RUMAH YANG DIDUDUKI SEKARANG AKAN DILELONG DISEBABKAN TUAN RUMAH MENGALAMI MASALAH KEWANGAN.OLEH SEBAB KONTRAK RUMAH MASIH BERBAKI SETAHUN,TUAN RUMAH BERSETUJU UNTUK MENANGGUNG SEGALA PERBELANJAAN PERPINDAHAN.

SETELAH BERBINCANG DENGAN EN HANISAN,BELIAU BERSETUJU MEMBENARKAN KAMI MENCARI RUMAH BARU MENGGUNAKAN WANG RUMAH LAMA(55 JUTA) DAN BAKI DARI RUMAH2 YANG AKAN DITUTUP DALAM KAWASAN KODE.TERDAPAT 4 BUAH RUMAH AKAN DITUTUP DAN JUMLAH KESELURUHAN BAKI RUMAH YANG DITUTUP DIANGGARKAN BERNILAI 100 JUTA WON.

KAMI DIMAKLUMKAN OLEH EJEN RUMAH BAHAWA HARGA RUMAH DI KAWASAN KODE TELAH MENINGKAT KEBELAKANGAN INI.HARGA RUMAH PALING MURAH UNTUK 3 ORANG DIANGGARKAN SEKITAR 50-60 JUTA.DISEBABKAN KAMI BEREMPAT,JADI RUMAH YANG SELESA UNTUK DIDUDUKI DENGAN HARGA 60 KE 70 JUTA AMATLAH MUSTAHIL.

PENYELESAIAN.

KAMI MENDAPAT SATU BUAH RUMAH YANG SELESA UNTUK 4 ORANG DENGAN HARGA 90 JUTA.RUMAH INI MAHAL KERANA BERADA DI TINGKAT 2.WALAUBAGAIMANAPUN KELUASAN RUMAH(46 METER PERSEGI) INI LEBIH KECIL DARIPADA RUMAH ASAL KAMI(50.1 METER PERSEGI).

SETELAH BERBINCANG DENGAN EN HANISAN,BELIAU BERSETUJU UNTUK MEMBENARKAN KAMI MENYEWA RUMAH TERSEBUT DENGAN PENAMBAHAN 35 JUTA BAKI DARI RUMAH YANG DITUTUP.DEPOSIT 9 JUTA TELAH DIBAYAR PADA 22.1.S009 DAN BAKI 81 JUTA AKAN DIBAYAR PADA 20.2.2009.

MASALAH.

TERDAPAT BEBERAPA CAKAP2 BELAKANG YANG TIDAK BERPUAS HATI DENGAN HARGA RUMAH INI.SAYA MENDAPAT MAKLUMAT YANG ADA YANG MENUDUH KAMI MENDAPAT RUMAH TERSEBUT DENGAN MEMBODEK,KRONI DAN BEBERAPA TUDUHAN LAIN.

SAYA INGIN MENEGASKAN DISINI BAHAWA HARGA RUMAH TERSEBUT BUKANLAH SATU ISU BESAR YANG PERLU DIHEBOH-HEBOHKAN ATAS SEBAB2 BERIKUT.

1.HARGA RUMAH KODE YANG SEMAKIN MENINGKAT.UMUMNYA SEMUA SEDIA MAKLUM BAHAWA HARGA RUMAH DI KAWASAN KODE DAN YONSEI ADALAH YANG TERMAHAL DI SEOUL.KEBANYAKKAN RUMAH2 YANG DIDUDUKI SEKARANG MURAH KERANA HARGA2 LAMA.

2.SUSAH UNTUK MENCARI RUMAH YANG SELESA UNTUK 4 ORANG DENGAN HARGA BAWAH 80 JUTA.DISEBABKAN KEBANYAKKAN PERALATAN RUMAH DEBELI BERSAMA MAKA KAMI SEPAKAT UNTUK TERUS TINGGAL BEREMPAT.

PERSOALAN.

JIKA HARGA RUMAH KAMI DIPERTIKAIKAN UMUM.MAKA ADA BEBERAPA BUAH RUMAH YANG JUGA PERLU ANDA PERTIKAIKAN.SECARA PENGIRAAN SEORANG DARI KAMI AKAN MENDAPAT PERUNTUKAN 22.5 JUTA

1.TERDAPAT SEBUAH RUMAH YANG BERHARGA 70 JUTA YANG DIDUDUKI OLEH 2 ORANG PELAJAR.(SEORANG PELAJAR MENDAPAT 35 JUTA)

2.SEBUAH RUMAH BERHARGA 48 JUTA UNTUK 2 ORANG(SEORANG MENDAPAT 24 JUTA)

3.SEBUAH RUMAH BERHARGA 70 JUTA UNTUK 3 ORANG,SEORANG SENIOR AKAN TAMAT BULAN 8 INI.(SEORANG PELAJAR 23.4 JUTA)

4.SEBUAH RUMAH YANG BERHARGA 30 JUTA YANG DIDUDUKI OLEH SEORANG PELAJAR.

(DOKUMEN2 RUMAH INI BOLEH DIDAPATI PADA AJK PERUMAHAN PPMK.


HARAPAN.

SAYA BERHARAP DENGAN PENJELASAN INI MAKA TIDAK TIMBUL SEBARANG ISU2 DAN CAKAP2 BELAKANG SELEPAS INI.SAYA SEDIA BERSEMUKA DENGAN SESIAPA SAHAJA YANG TIDAK BERPUAS HATI TENTANG ISU2 INI ATAU ISU2 YANG LAIN.SAYA MENARUH HARAPAN YANG TINGGI UNTUK MELIHAT KEMATANGAN DAN PEMIKIRAN YANG TERBUKA SESUAI DENGAN STATUS KITA SEBAGAI PELAJAR LUAR NEGARA.

SEBARANG PERSOALAN BOLEH DITUJUKAN TERUS KEPADA SAYA.



SEKIAN.



........HAFIZUL.........