Tuesday, 6 March 2012

Full time student

Melalui hari2 sbgai full time student di NIOSH Bangi setelah setahun. Happy

Thursday, 26 January 2012

New Technology

Dah boleh berblog ikut ipong dah. Hahaha. Lpas nie klau rajin leh update selalu. Skrang aku tengah bermalas malas di hadapan tv d atas kerusi mala
S d dalam rumah

Wednesday, 28 December 2011

Berakhirnya 2011

Salam...

Sedar x sedar dah sampai dah hujung taun 2011...tahun yg menyaksikan bnyak transisi prubahan dalam kehiduapan aku...tahun nie merupakan tahun dimana aku belajar utk berubah dari satu stage kehidupan ke stage yg baru iaitu stage alam pekerjaan..banyak kisah suka dan duka sepanjang tahun ni..

Aku masih gagal dalam mencari erti hidup yg sebenar benarnya lagi dan aku gagal dalam mncari cinta sejati..perkenalan aku dgn seorang gadis tempohari akhirnya xkemana apabila tempoh yg dberinya sangat lama. Mungkin sikap kurang bersabar aku turut menjadi punca perpisahan...Alhamdulillah aku tidak menangisi perpisahan itu kerana aku sudah bersedia dgn segala kemungkinan hidup.

Soal kerja.aku perlu mengintai lebih bnyak peluang utk aku mempertingkatkan potensi diri...mungkin aku x boleh lama di YPMR..

Insyallah bermula taun depan aku akan melanjutkan pengajian MBA aku di UNImap. Semoga Allah memudahkan pengajian aku...

Aku perlu lebih tabah dan cekal utk mengharungi 2012...Insyallah akan ku hadapi segala kemungkinan yg hadir dlm hidup nie dgn penuh
Bergaya...hahah

안영 2011.....환영 2012...

Pijun
7pm....Taman Tasik Darulaman,Jitra

Monday, 4 July 2011

TAHUN 2011-BAKAL MENGUBAH SEGALANYA

Assalamualaikum..

Last entry adalah pada 28 dis 2010, so means that nie adalah entry first 2011 walaupun dah abis setangah tahun 2011.

Tahun ini mencatatkan satu lagi perubahan fasa dalam kehidupan aku..perubahan dari fasa pelajar universiti kepada pekerja.Alhamdulillah, aku ditakdirkan berkhidmat di YPM realities Sdn Bhd dgn Boss kelab aku.

Mcm2 peristiwa yang berlaku pada tahun ini.tahun ini merupakan tahun perubahan segalanya dari segi sikap, mentaliti dan perwatakan aku.

Alhamdulillah, aku ada segalanya..cuma masih kekurangan sesuatu yang paling penting dalam kehidupan iaitu.......


........................CINTA..........................................

Tuesday, 28 December 2010

KERJA

Ahad..

Tadi makan kebab bersama athir dan acap..bakal sonbae aku di LG A/C.Banyak benda terutamanya pasai kerja yang kami bincangkan.Alhamdulillah dalam kehidupan aku nie aku banyak berjumpa dengan orang-orang yang betul dan membantu aku dalam kehidupan.Cerita mereka, kerja di LG memang memenatkan dan gajinya juga tidak berapa besar.Tapi di sebalik tue banyak bnda2 positif lain yang diperoleh.”Mana ada benda yang mudah dalam hidup nie” ujar acap.”Biar susah dulu bro…jangan susah kemudian”ujar athir plak..so aku bertekad insyallah aku akan ke sana.Ada hikmah disebalik setiap kesusahan yang kita hadapi.

Bercakap tentang susah..aku memang sudah terbiasa dengan hidup susah sejak dari kecil lagi.Mungkin sekarang nie boleh dikatakan agak ‘senang’ sikit.Tapi aku tetap x dpat melupakan saat2 kehidupan susah kami dahulu.Dibesarkan dalam keluarga yang sangat sederhana, aku menghadapi kesusahan hidup itu dan aku paham betapa jeritnya mak ngan abah aku membesarkan kami sekeluarga.Dengan hutang keliling pinggang,mak aku gigih berjaga setiap awal pagi untuk menjual kuih demi mencari sesuap nasi.Sekarang nie org tua aku boleh menarik nafas panjang kerana 2 org anaknya mampu belajar ke luar Negara dan insyallah aku akan pastikan adik adikku mendapat pendidikan sesempurna mungkin utk mencari yang yang Berjaya dalam kebolehan masing2.

Berbalik pasal kerja aku merancang untuk kuatkan azam walaupun sesukar mana sekalipun aku perlu menghabiskan setahun yang pertama.Selepas itu barulah aku akan plan lain.Sama ada nak sambung MBA atau terus berkhidmat dengan company tue.Semuanya tertakluk dari perkembangan dari semasa ke semasa.

“Ya ALLAH,Sesungguhnya aku hambamu hanya mampu merancang tentang apa jua tentang kehidupan kami,tapi keputusannya kami berserah kepadaMU..Berkatilah kehidupan kami dan berilah kami perjalanan hidup dapat terus kepada keredhaanmu,Ya ALAH”..

Wednesday, 15 December 2010

Blog "perjalanankupijun"

Aku mula terbabit dalam dunia pemblogan ini sejak tahun 2006.Sebabnya?..aku sunyi dan ingin mencurahkan kisah sunyi aku dalam blog nie.

Memula nak jadikan blog ini sebagai 'private',tapi mungkin ada baiknya jika dikongsi.Ambik yang baik burang yang buruk.

Tujuan aku membuka blog baru adalah sebagai langkah baru dalam penceritaan hidup aku.Tak nak sedih-sedih dah..

http://perjalanankupijun.blogspot.com/

Nie link dia..semoga ada manfaat bersama..

-pijun-

Monday, 13 December 2010

Perasaan bercampur aduk





Entah mengapa.malam nie perasaan aku agak bercampur aduk.Mengenangkan lagi 3 hari saja untuk menamatkan pengajian aku.Aku berdoa semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Mendengar ramai member2 aku dah dah abis exam.'alangkah bertuahnya mereka' kataku.Tapi aku sedar,abis exam bukan bermakna abis segalanya.Keputusan aku untuk meneruskan khidmat sebagai Pengerusi KUK telah menyebabkan tergalas banyak tanggungjawab di bahuku.Ingin rasanya aku bersara dari semua ini dan menjadi orang biasa sahaja.Yang bisa menikmati hidup tanpa tanggungjawab.

HIDUP TANPA TANGGUNGJAWAB??..

Aku sedar bahawa hidup ini adalah perjuangan.dan perjuangan x akan selesai selagi mana mata ini belum tertutup rapat buat selamanya.Kadang-kadang 'bisikan' itu datang.."hentikan semua wahai pijun,nikmatinya kehidupan seperti org lain"
kadang2 biasa tapi ada kalanya bisikan itu kencang sekali.Aku memohon dari ALLAH supaya menyelamatkan aku dari terjerumus ke kesesatan.

Aku menyedari,apa yang aku perlukan sekarang ini adalah..PENEMAN.yang sudi yang sentiasa bersamaku dikala aku senang atau susah.kerana 'kesunyian' selalu membuatkan manusia sentiasa hilang punca..

(mood kesunyian dikala kedinginan)..