Tuesday, 28 December 2010

KERJA

Ahad..

Tadi makan kebab bersama athir dan acap..bakal sonbae aku di LG A/C.Banyak benda terutamanya pasai kerja yang kami bincangkan.Alhamdulillah dalam kehidupan aku nie aku banyak berjumpa dengan orang-orang yang betul dan membantu aku dalam kehidupan.Cerita mereka, kerja di LG memang memenatkan dan gajinya juga tidak berapa besar.Tapi di sebalik tue banyak bnda2 positif lain yang diperoleh.”Mana ada benda yang mudah dalam hidup nie” ujar acap.”Biar susah dulu bro…jangan susah kemudian”ujar athir plak..so aku bertekad insyallah aku akan ke sana.Ada hikmah disebalik setiap kesusahan yang kita hadapi.

Bercakap tentang susah..aku memang sudah terbiasa dengan hidup susah sejak dari kecil lagi.Mungkin sekarang nie boleh dikatakan agak ‘senang’ sikit.Tapi aku tetap x dpat melupakan saat2 kehidupan susah kami dahulu.Dibesarkan dalam keluarga yang sangat sederhana, aku menghadapi kesusahan hidup itu dan aku paham betapa jeritnya mak ngan abah aku membesarkan kami sekeluarga.Dengan hutang keliling pinggang,mak aku gigih berjaga setiap awal pagi untuk menjual kuih demi mencari sesuap nasi.Sekarang nie org tua aku boleh menarik nafas panjang kerana 2 org anaknya mampu belajar ke luar Negara dan insyallah aku akan pastikan adik adikku mendapat pendidikan sesempurna mungkin utk mencari yang yang Berjaya dalam kebolehan masing2.

Berbalik pasal kerja aku merancang untuk kuatkan azam walaupun sesukar mana sekalipun aku perlu menghabiskan setahun yang pertama.Selepas itu barulah aku akan plan lain.Sama ada nak sambung MBA atau terus berkhidmat dengan company tue.Semuanya tertakluk dari perkembangan dari semasa ke semasa.

“Ya ALLAH,Sesungguhnya aku hambamu hanya mampu merancang tentang apa jua tentang kehidupan kami,tapi keputusannya kami berserah kepadaMU..Berkatilah kehidupan kami dan berilah kami perjalanan hidup dapat terus kepada keredhaanmu,Ya ALAH”..

No comments:

Post a Comment