PERANTAUAN INI BANYAK MENGISAHKAN KISAH-KISAH SUKA DAN DUKA..PERANTAUAN INI ADALAH SATU PERJALANAN DEMI MENCARI SATU KEHIDUPAN YANG ABADI..
Sunday, 12 December 2010
Duit
Hari nie aku nak crita skit pasai aku dan duit..
"DUIT BUKANLAH SEGALA GALANYA TETAPI SEGALANYA PERLUKAN DUIT"
menjadi kebiasaan aku 2 bulan skali,pada hari ahad petang aku akan mengemaskini segala buku akaun aku.Aku ada 6 akaun bank sepanjang berada di sini.dari 6 itu 5 aktif dgn pelbagai urusan dan satu mati.
Aku suka membahagikan duit aku ke merata bank jika mendapat elaun atau bonus lain.So akaun semasa aku akan ada jumlah yang cukup2 utk aku guna sebulan itu.Dan alhamdulillah aku rasa cara ini agak berkesan utk mengawal perbelanjaan aku.
Walaupun aku bukanlah ada banyak side income,tapi aku mampu ada benda apa yang org lain ada.aku mampu melancong ke banyak tempat dan mampu sedikit sebanyak menyumbang kepada family aku.ALHAMDULILLAH.
semua ini adalah berkat pengurusan kewangan yang teliti.Mmg dari kecil lagi aku mmg cerewet tentang duit nie.save abis kalau ada duit.Diceritakan semasa kat asrama dulu,aku bawak rm10 ja sebulan.siap duit tue leh wat tambang balik hujung bulan lagi.Tapi sedih bukan nak katala,org leh leh senang2 makan kat kantin,sedangkan aku kena berkira2 panjang utk makan di kantin.Alhamdulillah rezeki aku sentiasa murah dgn rezeki yang tak disangka.
Berbalik soal duit tadi.Tadi aku baru selesai nak tutup beberapa bank aku.Aku nak kumpulkan semua duit yg aku ada utk bekalan utk balik msia nnti dan juga utk tambang umrah.Aku berkira kira kena ada 3 juta juga utk tujuan tue.Insyallah cukup kot.
Aku sentiasa terbayang bayang rupa aku akan ke Mekah nnti bersama Tokwan aku.YA ALLAH,mudahkanlah perjalanan ke depan aku nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment