Tuesday, 13 October 2009

(NASIHAH) MIDTERM ..tips2 peperiksaan cara ISLAM


BISMILLAHIRAMANIRAHIM

Insyallah bermula minggu hadapan kebanyakkan University di Korea ini akan mengadakan peperiksaan pertengahan semester.(중간 고사) Or MID-TERM EXAM.Selamat menduduki peperiksaan kepada anda semua.Buatlah yang terbaik kerana ALLAH sukakan yang terbaik dari hambaNYA.

Ada sedikit pesanan yang berguna untuk menghadapi peperiksaan yang pijun jumpa di http://pmiusm.multiply.com/journal/item/37.Semoga memberi manfaat bersama.

Some Exam Tips that may come in handy
_______________________________________

Exam Preparation Tips

REVISING + EXAMS = HEADACHE?

It needn't be the case, just follow the directions to achieve great results every time, Insha'Allah.

1. Always, always, always begin with Bismillah.

2. Examine your niyaah (intention) and correct it if necessary.

3. Honour your teachers no matter how strange their teaching methods seem to you. Respect and reverence for teachers are amongst the distinguishing marks of being a Muslim student.

4. Begin making preparations well before the examinations begin. Plan out a REALISTIC timetable that will result in you having covered [or at least scanned] all the material well before your first exam. Use this final period to look at and attempt past exam papers and to compensate for any unforeseen delays.

5. Use your teachers. If you have a problem, ASK!! You will find the vast majority of teachers only to happy to help [and inadvertently give out many heavy hints as to what's on exam paper!]

6. Always revise with a sheet of paper at hand so that you can build up a list of topics which you want to discuss with your teachers. DON'T rely on your memory. If you do, you will only be reminded when you are in the exam hall trying to answer a question on your forgotten queries.

7. When revising make notes. It may seem as though you are just reproducing your notes, but perservere, believe it or not what you are doing is one of the most effective ways of revising.

8. Give yourself regular breaks, but make sure that they don't go on for longer than intended.

9. Make sure you are unlikely to be disturbed whilst studying. This means turning off the TV and asking others to answer the phone. Discipline pivotal to success.

10. Turn off the radio. Listening to haram music takes the barakah [blessings] out of your studies. If you absolutely must listen to something try some nasheeds [Islamic Songs]

11. Always iron out problems as soon as possible. If you don't then you may well encounter problems when trying to understand the work that comes later.

12. If you are getting frustrated and feel as though you are getting nowhere then try to take comfort that from the saying of the Prophet: "For him who embarks on a path of seeking knowledge, Allah will ease for him the way to Paradise." [Muslim].

13. If you are having problems calming your nerves on exam day, remind yourself of the ultimate purpose of life and indeed the ultimate examination; before Allah [SWT] on the Day of Judgement. This should help you to put your present worries into context.

14. Before you begin on the exam paper, take a couple of minutes out to supplicate to your Lord, asking Him to grant you success only on the condition that it's good for your deen and patience in the event that it's not. Then begin in the name of Allah.

15. As you come out of the exam hall, remember to thank Allah if the exam went well. If however it didn't go as well as you had hoped, put your trust in Him. Know that such things are sent to test us and are an opportunity for us to shed some of our sins and show our contentment with his divine decree.

[Extracted from: 'TRENDS' magazine]

So, let us put these words into practice, gain the momentum and get great results! As what we listen to everyday, 5 times a day, Hayya ala alFalah (Let us strive to victory).

Wallahuaalam

(NASIHAH) REDHA


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Keredhaan akan mendatangkan ketenangan,kedamaian,kekuatan hati dalam menghadapi keraguan,begitu juga dalam menghadapi masalah yang bertindih-tindih dan yang muncul bertubi-tubi.Hati yang redha akan yakin sepenuhnya kepada janji ALLAH dan rasulnya.Hati orang seperti ini seolah-olah dibisikkan suara:

Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka: Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.
(al-ahzab:22)

sebaliknya tidak menerima akan membuatkan hati tidak tenang,ragu dan cemas,tidak gigih.Hati menjadi bergejolok dan terganggu.Orang2 yang mempunyai hati ini akan mengakui kebenaran jika datang kebenaran,dan akan berpaling jika mereka dituntut untuk memenuhi tugas mereka.Apabila mereka diberi kebaikan maka mereka akan merasa tenang,tetapi ketika diuji mereka akan berubah menjadi susah hati.mereka akan rugi dunia dan akhirat.




ANDA YANG MENENTUKAN

Sunday, 11 October 2009

(CETUSAN) MENGAPA SAYA MENULIS




BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

"Waa pijun dah ada blog",begitulah reaksi kawan2 bila mengetahui pijun mempunyai blog.Tidak ramai yang mengetahui kewujudan blog ini.sengaja tidak dihebohkan kerana masih belum sempurna lagi.Perancanganya cukup 50 entry baru nak dilancarkan secara rasmi.

Mungkin ramaia yang tidak mengetahui yang pijun mula menulis ini semenjak tahun 2005 lagi.Blog pertama pijun banyak menceritakan tentang keluh kesah pijun semenjak mula sampai di korea.Kiranya entry2nya pun banyak yang bersifat peribadi dan tidak sesuai untuk bacaan umum.(tapi kalau sapa2 yang berminat nak tau PM la)

Tujuan sebenar pijun menulis ialah kerana banyak benda yang nak pijun kongsikan dengan kalian semua.4 tahun lebih Korea ini banyak memberikan pengalaman2 yang berguna kalau dapat dikongsikan bersama.Bak kata Utz Hasrizal(www.saifulislam.com).ERTI HIDUP PADA MEMBERI.Tiada apa yang mampu pijun berikan kepada masyakarat kecuali dengan cerita2 yang insyallah sedaya upaya pijun akan menulis sesuatu yang memberikan manfaat kepada pembaca.

Sebenarnya pijun mmg berminat membaca blog2.Xkiralah blog itu politik,agama,kehidupan dan sebagainya.Lebih bersifat 'silent reader' mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa blog2 yang selama ini mmg diikuti oleh pijun.Blog fromperantauheart ini akan berbentuk bacaan santai.Tetapi pijun akan menyelitkan sedikit pengajaran.Dan jikalau ada entry2 yang berbentuk kontroversi diharap pembaca tidak melenting.Semua itu adalah cetusan perasaan pijun yang ikhlas dari sanubari.jikalau ada apa2 yang x berkanan dengan apa2 kandungan blog ini diharap dapat terus berhubung dengan pijun.

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini.Sebarang komen2 amatlah dialukan..


إِنِّىٓ أَخَافُ ٱللَّهَ‌ۚ وَٱللَّهُ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
(sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangat berat azab seksaNya)

(KOREA) KOREA UNIVERSITY


(BLACKIE BERPOSSING DI MAIN CAMPUS KODE)

(DI HADAPAN ADMIN BUILDING)

(SEKITAR KAMPUS.TERBAHAGI KEPADA 3 KAMPUS UTAMA..SCIENCE,HEALTH AND MAIN CAMPUS)

(GATE YANG PALING DEKAT UNTUK KE SCIENCE CAMPUS)

GLOBAL KU..FRONTIER SPIRIT)
BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM

INI ADALAH SEMESTER KE2 PIJUN DI KOREA UNIVERSITY SETELAH BERJAYA MENGHABISKAN 2 TAHUN DIPLOMA DI DONGYANG TECHINAL COLLEGE.KOREA UNIVERSITY ADALAH TOP 3 UNIVERSITY TERBAIK DI KOREA BERSAMA-SAMA SEOUL NATIONAL UNIVERSITY DAN YONSEI UNIVERSITY.ALHAMDULILLAH PENGAJIAN DI SINI SANGATLAH MENARIK DENGAN HAMPIR 80% KELASNYA DALAM ENGLISH(BERBEZA DENGAN UNIVERSITY LAIN DI KOREA KEBANYAKKAN KELAS MASIH DALAM KOREAN).KOREA UNIVERSITY JUGA DIKENALI SEBAGAI KODE ATAU KU.IN KOREAN 고려대학교

ENJOY GAMBAR-GAMBAR YANG PIJUN TANGKAP HARI INI.LAWA GAK U AKU NIE..HAHAHAH

Saturday, 10 October 2009

(KOREA) CHONG GYE CHON 청계천


(E-MART yang terletak berhampiran 청계천)









BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Baru pulang dari berjongging di 청계천.Seoul dikagumi kerana telah memulihkan sebatang alur yang mengalir dari tengah bandar raya Seoul hingga ke Hanggang.Sungai(alur) ini yang dahulunya tercemar teruk lebih teruk dari sungai kelang telah mengalami proses trasformasi di bawah arahan Lee Myung Bak yang semasa itu menjawat jawatan Mayor of Seoul.Lee walaupun tak berapa disenangai oleh kebanyakkan rakyat korea kerana corak pentadbiran yang tak menarik kerana leh bersifat perniagaan tetapi dia akan dikenang kerana berjaya menberi nafas baru kepada sungai2 di seoul.Sekarang ini telah rancak diadakan proses transformasi di semua sungai2 di korea termasuklah projek Ranaissense hangang.

청계천 adalah kebanggan rakyat seoul.Sungai ini mampu mengamit sesiapa saja yang melihatnya.Salah satu punca ketenangan rakyat seoul termasuk pijun sendiri.Sungai ini mengalir dari City Hall terus ke Dongdaemun,Hanyang dan berakhir di Hanggang.

Alhamdulillah rumah sekarang ini dekat saja dgan sungai ini.So hampir setiap minggu boleh ke situ.Disamping itu boleh membeli belah barang keperluan rumah kerana terletak berdekatan dengan pasaraya E_MART.


salam hujung minggu..

(KEHIDUPAN) KAJILAH


(MEJA KERJA PIJUN...TENGAH MENYIAPKAN REPORT)
BISMILAHIRAHMANIRAHIM..

Pijun sekarang nie tengah menyiapkan report fizik sambil mendengar ceramah dari Ustaz kazim Elias.Ini mmg hobi pijun.Dengar ceramah sambil membuat kerja terutama yang tak memerlukan sangat pemikiran seperti menulis report.

Nak berkongsi sedikit apa isi yang ustaz Kazim perkatakan.Mengenai isu mengkaji.Dalam Al Quran bnyak ayat2 yang menyuruh manusia mengkaji kerana setiap ciptaan ALLAH ini terdapat bukti2 kebesarannya.Lihat saja disekeliling kita,pokok2 dan alam sekitar ada pelbagai benda yang perlu dilihat dan dikaji.

Tetapi budaya melayu ini x suka mengkaji.tidak seperti budayan bangsa2 yang maju seperti bangsa eropah dan suka Bangsa Korea dan Jepun.BUdaya mengkaji inilah yang menyebabkan mereka maju setapak dari kita.

Pijun sangat suka mengkaji terutamanya berkaitan dan alam Persekitaran.Bermastautin di bumi sonata ini manjadi salah satu sbb pijun sangat berminat dgan alam sekitar.Bagaimana perubahan musim.Kitaran hayat pokok pada setiap musim.Semakin merenung dalam alam ini semakin dekat dengan PenciptaNYA.Semua ini sangat memberi ketenangan kepada pijun.

Ok lah.nak menghabiskan report ini dulu.Insyallah lepas ini nak berjalan-jalan ke SEOUL FOREST.Tempat ini sangat cantik terutamanya kepada pencipta alam seperti pijun.


ceramah ustz kazim...dengarlah..sgt menarik



Ciptaan Allah - ust Kazim Elias


SALAM HUJUNG MINGGU...

Wednesday, 7 October 2009

(NASIHAH) BERKALAU-KALAU AMALAN SYAITAN




BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...

Ceita yang dipetik dari saifulislam.com.Cerita ini sangat memberi pengajaran kepada pijun.Sebagai manusia kita selalu diuji dengan ujian dan nikmat.Kadang2 kita berjaya menempuhnya..ALHAMDULILLAH..namun ada ketikanya kita kecundang.

Ingatlah..ketika kita kecundang inilah sekali lagi kita diuji sama ada kita redha atau tidak.Hayatilah cerita ini.



“Argh… tiga puluh Hadith dengan matan dan sanad, campur syarahnya lagi… rasa nak meletup kepala!” saya mengomel sendirian di dalam bilik.

Nota-nota subjek Hadith II sudah selesai saya baca. Ditambah pula dengan subjek Fiqh Hubungan Antarabangsa yang juga peperiksaan kedua semester ini berlangsung pada hari yang sama. Sepanjang malam saya sesak dada dan sesak kepala mahu menghadam semua itu. Tidak cukup dengan peperiksaan, hari ini juga merupakan giliran saya membentangkan assignment subjek Hak-hak Asasi Manusia. Saya diberikan tajuk Hak Beragama Menurut Perspektif Islam.

Tiga subjek untuk dinilai dalam dewan peperiksaan hari ini. Dua daripadanya menyumbang kepada 25 markah setiap satu. Pembentangan pula menyumbang kepada 10 markah.

Saya segera meninggalkan bilik untuk menuju ke kampus. Pintu bilik dikunci. Di dalam bilik saya ada beberapa buah buku yang dibeli dengan syarat yang luar biasa. Dek kerana sensitifnya isi kandungan buku itu di Jordan, saya dikehendaki bersumpah dengan nama Allah untuk tidak mendedahkan daripada mana dan siapa saya membelinya. Memikirkan semua itu, pintu bilik sentiasa saya kunci jika saya tiada di rumah.

“Ehh… kenapa ni? Mustahil!” saya tergamam.

Selesai memakai kasut, pintu keluar rumah saya terkunci. Puas pemulas pintu dipusing-pusing, saya gagal membukanya.

Mungkin ahli rumah saya terlupa kepada pesanan saya malam tadi bahawa pintu atas jangan dikunci memandangkan kami baru seminggu berpindah ke rumah tersebut. Saya tidak mempunyai kunci atas dan kelas saya bermula lewat sejam daripada ahli rumah yang lain.

Aduh!

Jantung saya berdegup kencang.

Jam sudah menunjukkan pukul 9:30 pagi. Tinggal setengah jam lagi sebelum peperiksaan Hadith II bermula.

KUNCI OH KUNCI

Kata salah seorang daripada ahli rumah saya, pintu bilik saya juga boleh diguna untuk membuka pintu keluar rumah kami. Saya segera keluarkan kunci berkenaan dan cuba membukanya. Malang sekali, kunci itu yang hampir sama dengan kunci pintu depan, hanya boleh diguna untuk dibuka dari luar. Bukan dari dalam.

Saya terus memulas kunci itu.

Bukan lagi untuk membuka pintu, tetapi untuk menghilangkan rasa panik.

Tap!!!

Kunci itu patah.

“Allaaaahu Akbarrrrr!!!!” saya menjerit di dalam rumah.

Mahu ke kelas sudah tidak mungkin. Mahu masuk ke bilik, kunci sudah patah.

Saya terperangkap di ruang tamu rumah yang sejuk.

Di fikiran, sudah terbayang muka Dr. Ahmad Hasan al-Jawwad yang maha garang itu. Subjek Hadith II kami ambil dengan penuh tekanan psikologi disebabkan oleh garangnya beliau. Tambahan pula dengan muka Dr. Ahmad al-’Audhi yang juga serba menggerunkan. Saya sangat panik.

Dua subjek sedang terawang-awang di udara.

Pembentangan subjek Hak-hak Asasi Manusia juga dalam genggaman tangan saya yang kesejukan.

Untuk keluar ikut tingkap dan terjun dari tingkat dua rumah kedai… mustahil pula rasanya.

Dalam rasa panik yang amat sangat, tanpa sedar air mata saya mula keluar. Saya tahu apa implikasi kejadian pagi ini. Sesuatu yang tidak pernah diduga. Saya segera berbaring di atas tilam di ruang tamu, menyelimutkan badan dan terus mendiamkan diri, termenung dan termenung… menanti petang.

Saya berdoa juga mudah-mudahannya ada ahli rumah saya yang balik sekejap ke rumah di tengah hari. Sekurang-kurangnya pembentangan subjek Hak-hak Asasi Manusia itu dapat saya lakukan.

Malang sekali… saya terus keseorangan, kesepian dalam rasa takut dan resah yang amat sangat.

Selepas solat zohor di ruang tamu yang semakin sejuk itu, saya tertidur kerana keletihan dan kesejukan.

MENJELANG PETANG

“Assalamualaikum. Eh, tak pergi kelas?” ahli rumah saya baru pulang.

Soalan yang ditanyanya bagai lembing menikam jantung.

“Pinjam kunci!” saya bingkas bangun dan menggunakan kunci pintu depan itu untuk membuka bilik saya.

Masuk ke bilik saya terus menghempaskan diri ke katil. Kaset Muhammad Emin Ay saya pasang dan fikiran sengaja dibawa terbang ke alam Othmaniyyah saya dengan iringan Ilahiler klasik Turki itu.

Di sebelah malam, ramai rakan datang berkumpul di rumah saya kerana mereka meraikan peperiksaan yang baru selesai siang tadi. Saya yang masih buntu dengan nasib hari esok, terus cuba mengulangkaji pelajaran, khususnya Hadith II yang kebetulannya ada satu lagi peperiksaan esok pagi. Subjek itu ditawarkan dalam dua sesi, dan saya merancang untuk mengambilnya bersama kelas sesi II yang akan menduduki peperiksaannya esok.

Tetapi suara gelak ketawa di luar bingit sekali.

Dalam marah bercampur letih, saya mengamuk.

“Hoi!!!! Aku tahu la kome dah habis periksa. Diam le ooiii!” saya bertempik dari celah daun pintu yang kemudiannya dihempas sekuat hati.

Rumah jadi sepi.

Video ditutup.

Semua orang bangkit meninggalkan rumah dan pergi ke rumah jiran yang lain untuk melepak.

Saya terasa bersalah, tetapi fikiran saya amat berserabut.

SINAR PAGI… YANG MEMBAKAR

“Kenapa dengan anta?” tanya seorang rakan dari Indonesia.

Beliau hairan melihat saya terpacak di pintu pejabat Dr. Ahmad Hasan al-Jawwad.

“Ana terlepas exam semalam. Ni nak minta izin dari doktor untuk masuk peperiksaan hari ini” saya memberitahu.

“Ohh, perlu ke nak minta izin? Tak payah! Ayuh ikut saya ke bilik kuliah. Saya juga belum periksa semalam. Kita senasib!” katanya kepada saya.

Dalam fikiran dan perasaan yang masih keliru dan membingungkan, saya mengekori beliau dan terus masuk ke bilik kuliah, tempat peperiksaan bakal diadakan. Entah mengapa, saya terlupa kepada pantang larang terbesar itu. Masuk ke peperiksaan sesi lain, tanpa pemberitahuan dan persetujuan pensyarah.

Setelah mengambil tempat duduk, saya menunggu dengan gelisah. Dr. Ahmad Hasan sudah masuk. Wajahnya seperti biasa. Garang dan menyeramkan. Satu demi satu set kertas jawapan diedarkan.

Tiba-tiba kami dikejutkan dengan tempik beliau.

“Set kertas jawapan tidak cukup! Siapa pelajar lain yang masuk ke kelas ini???” Dr. Ahmad Hasan menengking kami di dalam kelas.

GEMPA BUMI!

Saya lihat beberapa orang pelajar tunduk mendiamkan diri. Mereka dari sesi yang sama dengan saya dan entah apa alasan mereka tidak hadir ke peperiksaan semalam. Saya yang semakin serba salah, hampir terputus nyawa apabila diugut oleh Dr. Ahmad Hasan al-Jawwad.

“Kalau kamu tidak mengaku, saya akan periksa satu persatu. Jika saya jumpa, nahas kamu!” gertak beliau.

Saya tidak mampu untuk berbohong lagi. Dengan kepala lutut yang menggeletar, saya berdiri dan mengangkat tangan.

“Ana doktor!” saya memberikan isyarat kepada Dr. Ahmad Hasan.

Belum sempat saya membuat penjelasan, kertas jawapan di meja saya dicarik-cariknya. Kertas yang koyak rabak itu dicampak ke muka saya.

“Barraaaahhhh! Berambus kamu!” katanya kepada saya.

Dengan perasaan malu dan takut yang memuncak, saya berjalan lesu meninggalkan bilik peperiksaan. Saya sudah tahu apakah nasib saya selepas ini.

Menjelang tengah hari, segalanya sudah jelas. Subjek Hadith II mesti saya gugurkan kerana kejadian semalam. Subjek Fiqh Hubungan Antarabangsa juga terpaksa saya gugurkan memandangkan subjek itu hanya ditawarkan satu sesi dan rayuan saya untuk peperiksaan khusus ditolak. Subjek Hak-hak Asasi Manusia, saya berasa lega kerana diberi peluang untuk membentangkannya pada sesi kelas yang berikutnya.

Dua subjek terpaksa digugurkan.

Dengan keguguran dua subjek tersebut, satu semester tambahan pada sesi pengajian tahun berikutnya terpaksa dibuat. Dalam tempoh yang saya sudah sepatutnya tidak lagi berada di Jordan itulah, saya dikenakan HUKUMAN GANTUNG SELAGI HIDUP.

Malang bertimpa-timpa.

Kalaulah saya ambil lebih subjek pada musim-musim panas yang lalu.

Kalaullah saya keluar awal bersama ahli rumah yang lain ke kelas dan mengulangkaji di kantin sebelum peperiksaan.

Banyak sungguh kalau yang keluar, tatkala saya dibelenggu dengan insiden penggantungan biasiswa ketika kebanyakan kawan sudah pun menamatkan pengajian meninggalkan saya yang tersangkut dengan 1001 KALAU.

Akhirnya saya pasrah. Dalam segala keperitan yang berlarutan ekoran kejadian pintu rumah terkunci itu, saya disedarkan dengan pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

hadithkalaukalau

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]

Apakah hikmah di sebalik kejadian yang berlaku itu?

Saya mengambil masa hampir 10 tahun untuk memahaminya. Berfikiran positif, tidak pernah berakhir dengan kecewa. Alhamdulillah dan Alhamdulillah, atas segalanya.

ABU SAIF@ www.saifulislam.com
68000 AMPANG