Sunday, 25 October 2009

(KOREA) SEOUL INTERNATIONAL AEROSPACE AND DEFENCE 2009


(PERTUNJUKKAN UDARA DI TAPAK LUAR OLEH USAF)


(PROVOS AIR FORCE KOREA YANG COMEL-COMEL.DEPA NIE BUKAN PANDAI SERIUS..LAWAK SIAL DENGAN POSS DEPA)


(MBT K1 BY HYUNDAI ROTEM..MALAYSIA DIKATAKAN BERMINAT UNTUK MEMILIKINYA)


(HADAPAN BOOTH INDONESIAN AEROSPACE..PENGELUAR PESAWAT PENGANGKUT..IKUT MAKLUMAT TUDM TELAH MEMBELI 8 UNIT CN 325..erm...indon pon dah potong msia dlm defence)


(ENTERENCE..PAMERAN KALI INI DIAKAN DI SEOUL AIRPORT IAITU ROKAF BASE KE 18)

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

Hujung mggu nie agak sibuk dengan aktiviti luar walaupun exam baki berbaki minggu hadapan.Sabtu diisi dengan Mesyuarat Jawatankuasa Aman PAlestin dan jamuan En hanisan.Petang cuba berkejar ke Exhibition tapi malangnya kami(bersama paknap)tiba agak lewat memadangkan tempat pameran yang jauh terletak di luar seoul.kami x sempat masuk kerana hampir ditutup iaitu kira2 jam 5 ptg.

Ahad berbekalkan semangat waja pijun bertolak awal dari umah dalam jam 9 pagi bersama BLACKIE.jarak ke tempat pameran kira2 30Km dan kami berjaya sampai jam 10.15 pagi.Memandangkan masih baru dibuka jadi orang ramai masih belum ramai..

Pameran kali ini mempamerkan teknologi2 dari serata dunia.Buat kali pertamanya Korea telah mempamerkan teknologi2 terbarunya termasuk MBT K1 dan K2 serta Helicopter yang bakal memasuki pasaran tahun hadapan.Buat pengetahuan semua,Menteri Pertahanan malaysia telah datang ke sini mggu lepas dan berbincang untuk memperoleh aset ATM terbaru untuk RMK 10.Menurut sumber Malaysia berminat untuk mendapatkan MBT K@ buatan HYUNDAI dan KIFV buatan DOOSAN.

Pijun telah mengadakan sedikit perbincangan dgn GEneral MAnager DOOSAN DEFENSE.BEliau optimis untuk memasuki pasaran malaysia tahun hadapan.Sekarang ini usaha melobi sedang giat dijalankan.Dan beliau meramalkan industri pertahanan akan berkembang dan memerlukan ramai sumber manusia dari malaysia.Peluang cerah untuk sesiapa yang berminat untuk join industri pertahanan.

Banyak perkara yang baru dapat dipelajari dalam pameran ini.Teknologi korea yang canggih hasil dari penyelidikannya membuatkan Korea mampu menghasilakn sendiri hampir semua Aset2 pertahanan seperti Fighter,MBT,Kapal pengangkut,Helikopter dan senjata2 ringan.insyallah kalau ada masa pijun akan buat penyelidikan dan ulas tentang teknologi2 ini.

Selepas menghabiskan kira2 3jam di tapak pameran pijun terus bergerak ke Sport Day PPMK 2009 di DYTC.

Thursday, 22 October 2009

(CETUSAN) Kecewa dengan NUR AMINA..







bismillahirahmanirahim..

Pijun seboleh-bolehnya nak elakkan wat entry pasal artis2 nie sebab sedar bahawa industri hiburan mmg x berapa 'suci'tapi kali ini terpanggil utk wat entry pasal cerita yang menjadi idola kebanyakkan org.Pijun mmg meminati cerita Nur Kasih kerana ceritanya bercorak keislamannya..tapi apabila terbaca artikel ini pijun sangat2 kecewa..

http://ohartis.com/2009/08/panas-tiz-zaqyah-heroin-nur-kasih-bersosial/

erm....malas nak komen lagi..nanti2 la komen..

moga2 dapat memberi pengajaran dan peringatan yang semuanya lakonan semata2..

Wednesday, 21 October 2009

(KOREA) SPECIAL LECTURE BY CRAIG MUNDIE(CTO MICROSOFT)







BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM..

BLOG INI SEDIKIT TERGENDALA DISEBABKAN SEDIKIT SIBUK DENGAN MID-TERM EXAM.ALHAMDULILLAH TADI BARU LEPAS 1 SUBJECT FINANCIAL MANAGEMENT.ERM..AGAK 'KILLER' GAK SOALANNYA.NASIB BAIK SOALANNYA SEMUA OBJECTIF.BOLEH GAK TEMBAK..

SEMALAM(20.10) PIJUN DAN RUBHEN BERKESEMPATAN UNTUK MENGHADIRI SPECIAL LECTURE OLEH MR CRAIG MUNDIE CTO OF MICROSOFT.SERBA SIKIT MENGENAI BELIAU:

"Craig James Mundie (born 1 July 1949 in Cleveland, Ohio[1]) is chief research and strategy officer at Microsoft. He started in its consumer platforms division in 1992, managing the production of Windows CE for hand-held and automotive systems and early console games. In 1997, Mundie oversaw the acquisition of WebTV Networks. He has championed Microsoft Trustworthy Computing and digital rights management."(WIKI)

SESI CERAMAHNYA BERTAJUK "RETHINKING COMPUTING".SANGAT2 MENARIK.BELIAU TELAH MENUNJUKKAN HASIL2 TERBARU CIPTAAN MICROSOFT IAITU NUI(NATURAL USER INTERFENCE)

"Natural user interface, or NUI, is the common parlance used by designers and developers of computer interfaces to refer to a user interface that is effectively invisible, or becomes invisible with successive learned interactions, to its users. The word natural is used because most computer interfaces use artificial control devices whose operation has to be learned. A NUI relies on a user being able to carry out relatively natural motions, movements or gestures that they quickly discover control the computer application or manipulate the on-screen content. The most descriptive identifier of a NUI is the lack of a physical keyboard and/or mouse."

DISAMPING ITU BELIAU TELAH MENGADAKAN SESI SOAL JAWAB SELAMA 30 MINIT.PELBAGAI SOALAN DILONTARKAN BERKENAAN MASA DEPAN KOMPUTER.ANTARANYA ADAKAH COMPUTER AKAN MENYEBABKAN MANUSIA MENJADI TERASING ATAU PEMALAS.SOAL PRIVASI DAN SECURITY.SEMUA SOALAN DIKUPAS DENGAN BERGAYA OLEH BELIAU.

SATU PENGALAMAN YG PIJUN DAPAT KUPAS IALAH MAT SALEH NIE JENIS RILEX ORANGNYA.X MACAM ORANG KITA.PROTOKOL SANA SINI.PIJUN PERNAH TERLIBAT DGN SESI CERAMAH OLEH BEKAS PM.TUN MAHATHIR.MACAM2 PROTOKOL KENA WAT.TAK BOLEH TANYA SOALAN PELIK LAA..TAK BOLEH KELUAR MASUK DEWAN BEBAS...NAMA ORANG NAK DATANG KENA TAPIS LAA..MACAM2

TAK MACAM MAT SALEH NIE.SEMALAM KEHADIRAN SANGAT RAMAI SAMPAI ADA YANG BERSILA DI BAWAH PENTAS..HINGGA ADA YANG BERSILA BAWAH SEAT PRESIDENT KODE.HAHAH..SAMPAI PRESIDENT SENDIRI PESAN JANGAN ADA STUDENT AMBIK SEAT DIA MASA DIA NAK BERUCAP.SESI SOAL JAWAB PUN MENARIK.MEREKA BEBAS NAK BERTANYA.ADA JUGAK SOALAN2 YANG X MASUK AKAL DITANYA.TAPI MAT SALEH NIE LAYAN JAA..

HASILNYA SESI SELAMA SEJAM SETENGAH SANGAT MENARIK DAN X MEMBORINGKAN.DAN JUGA..JENG.JENG..PIJUN DAPAT USB 4GB SEBAGAI SAGUHATI KEHADIRAN.HAHAH..DI MASA HADAPAN PIJUN AKAN SENTIASA MENYERTAI PROGRAM2 YANG BERMANFAAT SEPERTI INI LAGI.,.INSYALLAH..

Saturday, 17 October 2009

(NASIHAH) ADAB2 MENUNTUT ILMU




BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

Sambil menyiapkan report ME experiment pijun sempat mendengar satu siri ceramah dari Dato Hj Shamsuri Hj Ahmad.Beliau merupakan seorang penceramah tersohor di utara tanah air.Pijun pernah mengikuti satu siri ceramahnya semasa pulang ke malaysia pada Summer 2007 di Masjid Sultanah Bahiyah ,alor setaq.

Ust shamsuri membawakan kitab Bahru-mazi.Tajuknya ialah adab2 menuntut ilmu.Pernahkan kita terfikir walaupun kita belajar bersungguh-sungguh tetapi kita tak dapat result seperti yang diidamkan.Apakah silapnya?..

Sebenarnya kita kekurangan KEBERKATAN dalam menuntut ilmu akibat tidak mengikut adab2 yang telah digariskan.Pijun sedikit terkilan kerana ramai rakan2 pijun yang sanggup mengutuk guru2 yang mengajar.Memberi gelaran yang bukan-bukan.Pernah terfikirkah kita jikalau guru tersebut tidak menghalalkan apa yang diajarkannya.Bukankah kita tergolong dalam golongan yang rugi?.

Antara adab2 dengan guru yang digariskan dalam islam ialah

1)Apabila berjumpa dengan guru berilah salam terlebih dahulu sebelumnya

2)Jangan cakap banyak di hadapan guru

3)Jangan lakukan perkara yang tidak diizinkan/disenangi oleh guru

4)jangan bertanya dgn niat untuk menjatuhkan guru

5)Jangan menyangkal kata2 guru dan membandingkan katanya dengan org lain.Jika terdapat perbezaan pendapat dgnnya hendaklah berbincang bukan di khayalak ramai

6)Jangan berbisik-bisik dihadapan guru.

7)Jangan buruk sangka dengan guru.


Diharap dengan sedikit adab2 ini dapatlah kita amalkan dan memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.

ANDA MAMPU MENGUBAHNYA..

Friday, 16 October 2009

(NASIHAH) UNTUK BAKAL-BAKAL PEMIMPIN




BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…

Insyallah bermula dari esok hingga 24 hb ini akan menyaksikan bakal2 pemimpin komuniti pelajar Malaysia di Korea medaftarkan nama masing2 untuk pemilihan 4 orang AJK tertinggi PERSATUAN PELAJAR MALAYSIA KOREA(PPMK).Selamat mendaftarkan calon masing2 dan untuk yang bertanding pijun ada sedikit perkongsian yang molek dikongsi bersama..Nasihat ini dipetik dari kitab LA-TAHZAN(jangan bersedih).Moga memperoleh manfaat bersama:

JAWATAN ADALAH BEBAN DAN TANGGUNGJAWAB

SATU DRPD HAL YANG AMAT DIPEREBUTKAN MANUSIA SEMASA HIDUP DI DUNIA INI ADALAH KEDUDUKAN.IBNUL WARDI BERKATA:

“BEBAN BERAT KERANA KEDUDUKAN SUDAH MELEMAHKAN KESABARANKU WAHAI DERITAKU,SEMUANYA KERANA INTERAKSI DENGAN SEMUA KERENDAHAN’

MAKSUD RANGKAP PUISI INI IALAH BAHAWA KEDUDUKAN ITU SANGAT MAHAL HARGANYA,DAN BOLEH MENJEJASKAN KESIHATAN.TIDAK RAMAI ORANG YANG MAMPU MEMBAYAR KOS SEHARI-HARINYA,BERMULA DARI KERINGAT,DARAH,NAMA BAIK,WAKTU REHAT,KEHORMATAN,HINGGALAH HARGA DIRINYA.SABDA BAGINDA RASULUALLAH SWT “JANGANLAH ENGKAU MENUNTUT KEKUASAAN.’SABDANYA YANG LAIN MENYEBUT.”ALANGKAH BAHAGIANYA ORANG YANG MENYUSUI,DAN ALANGKAH SENGSARANYA ORANG YANG ‘MENYUSU”.

ALLAH SWT BERFIRMAN,ERTINYA:
“KUAT KUASAKU(DAN HUJAH-HUJAHKU MEMBELA DIRI),TELAH BINASA DAN HILANG LENYAP DARIKU.”
(SURAH AL-HAQQAH:29)


SEORANG PUJANGGA BERMADAH

BIARKANLAH DUNIA DATANG MENEMUIMU DENGAN SENDIRINYA,BUKANKAH AKHIR DUNIA ADALAH KEBINASAAN.
BAYANGKAN BAHWA DUNIA INI DATANG DENGAN TIAP2 SESUATUNYA.LANTAS KE MANA IA AKAN PERGI?SUDAH TENTU MENUJU KEFANAAN.

“DAN TETAP KEKAL WAJAH TUHANMU YANG MEMPUNYAI KEBENARAN DAN KEMULIAN.”
(AR-RAHMAN:27)


SEORANG YANG SOLEH TELAH BERKATA KEPADA ANAKNYA,”JANGANLAH KAMU MENJADI KETUA SEBAB KETUA TERPAKSA SERING MENAHAN RASA NYERI.”

MAKSUD DARI UCAPAN ORANG SOLEH ITU IALAH BAHAWA JANGAN TERLALU SENANG UTK MENONJOLKAN DIRI DAN INGIN MENJADI PEMIMPIN.SEBAB KRIRIKAN,UMPATAN PENGHINAAN DAN SERANGAN ITU SASARANNYA ADALAH ORG2 YANG BERADA DI BARISAN PALING HADAPAN.

Separuh manusia adalah musuh bagi org yang memegang kawalan kekuasaan jika dia adil.

'tepuk dada tanyalah iman......'

Thursday, 15 October 2009

(NASIHAH)Sinar Iman di Sebalik Ujian



BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..

Di mana saya nak cari kekuatan, kecuali dari yang Maha Kuat. Ustaz nampak saya kuat, tapi yang kuat adalah Dia. Saya meminjam kekuatan dengan bergantung kepada-Nya”, kata ayah seorang pesakit kepada saya.
Saya mengangguk.
“Tak ada sesiapa di kalangan kita yang mampu mengimani-Nya. Kita yang lemah dan serba tiada ini, mahu mendakwa telah berpegang dengan kebesaran Dia? Mustahil…”, sambungnya lagi.
“Itulah sebabnya Allah memanggil di dalam al-Quran, wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kamu kepada Allah (Al-Nisaa’ : 136)”, saya menambah.
“Ya… Allah suruh orang-orang yang rasa dirinya beriman untuk lihat balik, kamu beriman dengan apa… dengan siapa?”, sambung beliau.
Kami sama-sama terdiam. Allah jua yang tahu perasaan saya semasa merenung wajah anaknya yang sedang bertarung dengan ujian Allah itu. Terasa mengalir kuatnya yakin si ayah untuk mentafsirkan kesakitan anaknya sebagai suatu kebaikan.
“Apa guna kita esakan Dia? Kalau bukan untuk hancurkan kita. Hancurkan diri…”, beliau seperti bercakap dengan dirinya sendiri.
“Hancurkan ego, hancurkan rasa memiliki”, saya cuba mengemaskinikan ayatnya.
“Ya ustaz. Selagi ada dalam jiwa ini rasa memiliki, selagi itulah kita mengeluh dengan kehilangan dan kekurangan. Lupa pada apa yang diberikan-Nya. Walhal nanti kita ditempelak dengan nikmat yang diberi, bukan nikmat yang pergi. Fa bi ayyi aalaa’i rabbikuma tukadhdhibaan?“, katanya.
Air mata susah hendak ditahan. Terasa tepu dada saya menelan kata-kata yang datang dari keyakinan si bapa. Bukan ucapan pengetahuan, tetapi keyakinan. Pecah juga genang air di mata saya tetapi cuba saya sembunyikan dari pandangan si anak yang terlantar. Dia harus terus kuat untuk bertahan dan kami di sekelilingnya mesti menyokong dia agar terus kuat.

MENGUJI ILMU
Bertugas sebagai kaunselor pesakit di sebuah hospital seperti IJN, sepatutnya bukanlah sesuatu yang terlalu rumit.
Selain teknik mendekati pesakit, serba serbi pengetahuan yang telah diukur pada segulung ijazah, harus cukup untuk membolehkan saya bekerja. Bukannya pesakit meminta takhrij hadith, atau khilaf ulama’ dalam nasihat kita.
Tetapi saya sedar, semakin dalam saya tersedut masuk ke dunia pesakit dan ahli keluarganya, terasa kosong apa yang saya pelajari selama ini. Terasa bodoh dan dungu berdiri di depan pesakit dan keluarganya, biar pun mereka itu hanya buruh kasar, pemandu lori atau seorang yang tidak punya apa-apa status sosial.
Mengapa tidak?
Sesungguhnya pengalaman bersama pesakit, memahamkan saya bahawa kekuatan yang diperlukan untuk mendepani ujian, bukan datang dari himpunan pengetahuan dan fakta-fakta ilmiah. Semua itu tidak berharga jika ia tidak menyuluh jalan untuk seorang hamba yang sedang diuji, menyampaikan tangisannya kepada Dia.
“Tak salah ustaz. Saya tak marah isteri saya menangis. Tetapi pesan saya kepadanya supaya jangan hanya menangis. Menangislah sampai dapat meyakini Dia. Sebagaimana ketawa jangan sampaikan lupakan Dia. Jika dengan ujian seperti ini masih tidak mampu yakin pada-Nya, itulah yang patut ditangisi”, amat dalam kata-kata si ayah.
Saya seperti mahu tersepuk di tepi katil. Sayalah yang ‘bodoh’ dan jahil di hadapan situasi ini.Mengangguk lemah…

AGAMA DAN TUHAN
Kadang-kadang tanpa kita sedar, kita bermain-main dengan ilmu agama. Kita sibuk menelaah hukum. Kita terasa bijak dapat menyelesaikan khilaf ulama. Tetapi kita lupa, untuk apa semua itu? Untuk apa agama ini?
Ilmiah, ilmiah, nota kaki, nota kaki… ke mana semua lambakan itu dalam soal membina yakin kita? Keyakinan yang menjadi tali penghubung antara realiti sepahit ini dengan hakikat Dia yang Maha Tinggi?
Sesungguhnya saya merenung balik ke belakang. Melihat sejarah manusia, sejarah diri sendiri…
Kerana rosaknya agama Kristian, ramai orang Eropah yang berTuhan tanpa agama. Terus yakin pada Dia tetapi hilang arah kerana rosaknya agama untuk berhubung dengan-Nya.
Tetapi jauh di dalam masyarakat kita, agama Islam kita rosak, hingga ramai orang kita yang beragama tanpa Tuhan! Kerana terperangkap di dalam ritual dan proses agama, kita gagal sampai kepada-Nya.
Kita menyembah ‘agama’, bukan lagi Tuhan, bukannya Dia.
Kerana itu kita banyak berbalah, berkeluh kesah dan memberontak… kerana lupa kita hamba dan Dia segalanya. Kita kelihatannya seperti sangat beragama dek pengetahuan, tetapi apabila direnung pada kelakuan, keyakinan dan pegangan diri dalam kehidupan, kita seperti hidup tidak berTuhan.
Kita beragama, tetapi dalam beragamanya kita itu, kita miskin dari hakikat Dia. Tidak terserlah kehambaan diri, tidak terlihat kebesaran si Dia.
Saya beredar dari wad dengan air mata yang gagal berhenti…. bahawa dalam kesakitan itulah terbentangnya kesejahteraan iman.
Siapakah sebenarnya yang sakit? Mereka yang terlantar itu atau diriku yang berdiri di sini?

(www.saifulislam.com)

(Cetusan) seni kehidupan 2