Ahad..
Tadi makan kebab bersama athir dan acap..bakal sonbae aku di LG A/C.Banyak benda terutamanya pasai kerja yang kami bincangkan.Alhamdulillah dalam kehidupan aku nie aku banyak berjumpa dengan orang-orang yang betul dan membantu aku dalam kehidupan.Cerita mereka, kerja di LG memang memenatkan dan gajinya juga tidak berapa besar.Tapi di sebalik tue banyak bnda2 positif lain yang diperoleh.”Mana ada benda yang mudah dalam hidup nie” ujar acap.”Biar susah dulu bro…jangan susah kemudian”ujar athir plak..so aku bertekad insyallah aku akan ke sana.Ada hikmah disebalik setiap kesusahan yang kita hadapi.
Bercakap tentang susah..aku memang sudah terbiasa dengan hidup susah sejak dari kecil lagi.Mungkin sekarang nie boleh dikatakan agak ‘senang’ sikit.Tapi aku tetap x dpat melupakan saat2 kehidupan susah kami dahulu.Dibesarkan dalam keluarga yang sangat sederhana, aku menghadapi kesusahan hidup itu dan aku paham betapa jeritnya mak ngan abah aku membesarkan kami sekeluarga.Dengan hutang keliling pinggang,mak aku gigih berjaga setiap awal pagi untuk menjual kuih demi mencari sesuap nasi.Sekarang nie org tua aku boleh menarik nafas panjang kerana 2 org anaknya mampu belajar ke luar Negara dan insyallah aku akan pastikan adik adikku mendapat pendidikan sesempurna mungkin utk mencari yang yang Berjaya dalam kebolehan masing2.
Berbalik pasal kerja aku merancang untuk kuatkan azam walaupun sesukar mana sekalipun aku perlu menghabiskan setahun yang pertama.Selepas itu barulah aku akan plan lain.Sama ada nak sambung MBA atau terus berkhidmat dengan company tue.Semuanya tertakluk dari perkembangan dari semasa ke semasa.
“Ya ALLAH,Sesungguhnya aku hambamu hanya mampu merancang tentang apa jua tentang kehidupan kami,tapi keputusannya kami berserah kepadaMU..Berkatilah kehidupan kami dan berilah kami perjalanan hidup dapat terus kepada keredhaanmu,Ya ALAH”..
PERANTAUAN INI BANYAK MENGISAHKAN KISAH-KISAH SUKA DAN DUKA..PERANTAUAN INI ADALAH SATU PERJALANAN DEMI MENCARI SATU KEHIDUPAN YANG ABADI..
Tuesday, 28 December 2010
Wednesday, 15 December 2010
Blog "perjalanankupijun"
Aku mula terbabit dalam dunia pemblogan ini sejak tahun 2006.Sebabnya?..aku sunyi dan ingin mencurahkan kisah sunyi aku dalam blog nie.
Memula nak jadikan blog ini sebagai 'private',tapi mungkin ada baiknya jika dikongsi.Ambik yang baik burang yang buruk.
Tujuan aku membuka blog baru adalah sebagai langkah baru dalam penceritaan hidup aku.Tak nak sedih-sedih dah..
http://perjalanankupijun.blogspot.com/
Nie link dia..semoga ada manfaat bersama..
-pijun-

Monday, 13 December 2010
Perasaan bercampur aduk
Entah mengapa.malam nie perasaan aku agak bercampur aduk.Mengenangkan lagi 3 hari saja untuk menamatkan pengajian aku.Aku berdoa semoga segalanya berjalan dengan lancar.
Mendengar ramai member2 aku dah dah abis exam.'alangkah bertuahnya mereka' kataku.Tapi aku sedar,abis exam bukan bermakna abis segalanya.Keputusan aku untuk meneruskan khidmat sebagai Pengerusi KUK telah menyebabkan tergalas banyak tanggungjawab di bahuku.Ingin rasanya aku bersara dari semua ini dan menjadi orang biasa sahaja.Yang bisa menikmati hidup tanpa tanggungjawab.
HIDUP TANPA TANGGUNGJAWAB??..
Aku sedar bahawa hidup ini adalah perjuangan.dan perjuangan x akan selesai selagi mana mata ini belum tertutup rapat buat selamanya.Kadang-kadang 'bisikan' itu datang.."hentikan semua wahai pijun,nikmatinya kehidupan seperti org lain"
kadang2 biasa tapi ada kalanya bisikan itu kencang sekali.Aku memohon dari ALLAH supaya menyelamatkan aku dari terjerumus ke kesesatan.
Aku menyedari,apa yang aku perlukan sekarang ini adalah..PENEMAN.yang sudi yang sentiasa bersamaku dikala aku senang atau susah.kerana 'kesunyian' selalu membuatkan manusia sentiasa hilang punca..
(mood kesunyian dikala kedinginan)..
Sunday, 12 December 2010
Duit
Hari nie aku nak crita skit pasai aku dan duit..
"DUIT BUKANLAH SEGALA GALANYA TETAPI SEGALANYA PERLUKAN DUIT"
menjadi kebiasaan aku 2 bulan skali,pada hari ahad petang aku akan mengemaskini segala buku akaun aku.Aku ada 6 akaun bank sepanjang berada di sini.dari 6 itu 5 aktif dgn pelbagai urusan dan satu mati.
Aku suka membahagikan duit aku ke merata bank jika mendapat elaun atau bonus lain.So akaun semasa aku akan ada jumlah yang cukup2 utk aku guna sebulan itu.Dan alhamdulillah aku rasa cara ini agak berkesan utk mengawal perbelanjaan aku.
Walaupun aku bukanlah ada banyak side income,tapi aku mampu ada benda apa yang org lain ada.aku mampu melancong ke banyak tempat dan mampu sedikit sebanyak menyumbang kepada family aku.ALHAMDULILLAH.
semua ini adalah berkat pengurusan kewangan yang teliti.Mmg dari kecil lagi aku mmg cerewet tentang duit nie.save abis kalau ada duit.Diceritakan semasa kat asrama dulu,aku bawak rm10 ja sebulan.siap duit tue leh wat tambang balik hujung bulan lagi.Tapi sedih bukan nak katala,org leh leh senang2 makan kat kantin,sedangkan aku kena berkira2 panjang utk makan di kantin.Alhamdulillah rezeki aku sentiasa murah dgn rezeki yang tak disangka.
Berbalik soal duit tadi.Tadi aku baru selesai nak tutup beberapa bank aku.Aku nak kumpulkan semua duit yg aku ada utk bekalan utk balik msia nnti dan juga utk tambang umrah.Aku berkira kira kena ada 3 juta juga utk tujuan tue.Insyallah cukup kot.
Aku sentiasa terbayang bayang rupa aku akan ke Mekah nnti bersama Tokwan aku.YA ALLAH,mudahkanlah perjalanan ke depan aku nanti.
Friday, 10 December 2010
Seketika di Yolamsil..
Jam menunjukkan jam 12.10 tengah malam,jumaat 10.12.2010.
tengah malam di yolamsil(reading room)...hahaha,bukan petanda kerajinan aku,tapi sebenarnya aku baru bangun dan baru smpai ke yolamsil nie.
Yolamsil merupakan tempat aku selalu mencari ilham utk menelaah pelajaran.Cuma sem ini saja aku sangat kurang menziarahi tempat nie.Sbb dah x dak subjek2 yg berat.Boleh dikatakan pada sem2 lepas masa aku banyak dihabiskan di sini.Siang di 'office' malam dan hujung minggu di 'site'.Begitulah istilah yang aku beri pada tempat ini.
Erm...seminggu saja lagi aku bakal menamatkan secara x rasmi status aku sebagai pelajar undergraduate.Kebelakangan ini aku selalu serius memikirkan hala tuju masa depan aku.Kadang kadang rasa seriau gak nak melangkah masuk ke alam baru ini.Doa aku,semoga dipermudahkan perjalanan hidup aku kedepan ini.
Aku membuat keputusan,sebelum melangkah masuk ke alam baru,aku nak serahkan diriku kepada ALLAH di hadapan Baitullah.Semoga dengan munajat ini ALLAH akan membuka jalan seluas luasnya kepadaku.
INSYALLAH.
Jadual exam final sefinal aku..
Isnin 13.12-Bahasa Indonesia(heheh..bisa diatur mas)
Selasa 14.12-Sappyo (ngaji bahasa korea)
Rabu 15.12-Neurology (ngaji pasai wayar wayar dalam kepala otak)
Khamis 16.12-Fluid Dynamics (Nie yang kena pulun segak2)..
MERDEKA....tapi bukan utk segalanya..hahahha
DOakan aku.

Subscribe to:
Posts (Atom)