Sunday, 12 December 2010

Duit




Hari nie aku nak crita skit pasai aku dan duit..

"DUIT BUKANLAH SEGALA GALANYA TETAPI SEGALANYA PERLUKAN DUIT"

menjadi kebiasaan aku 2 bulan skali,pada hari ahad petang aku akan mengemaskini segala buku akaun aku.Aku ada 6 akaun bank sepanjang berada di sini.dari 6 itu 5 aktif dgn pelbagai urusan dan satu mati.

Aku suka membahagikan duit aku ke merata bank jika mendapat elaun atau bonus lain.So akaun semasa aku akan ada jumlah yang cukup2 utk aku guna sebulan itu.Dan alhamdulillah aku rasa cara ini agak berkesan utk mengawal perbelanjaan aku.

Walaupun aku bukanlah ada banyak side income,tapi aku mampu ada benda apa yang org lain ada.aku mampu melancong ke banyak tempat dan mampu sedikit sebanyak menyumbang kepada family aku.ALHAMDULILLAH.

semua ini adalah berkat pengurusan kewangan yang teliti.Mmg dari kecil lagi aku mmg cerewet tentang duit nie.save abis kalau ada duit.Diceritakan semasa kat asrama dulu,aku bawak rm10 ja sebulan.siap duit tue leh wat tambang balik hujung bulan lagi.Tapi sedih bukan nak katala,org leh leh senang2 makan kat kantin,sedangkan aku kena berkira2 panjang utk makan di kantin.Alhamdulillah rezeki aku sentiasa murah dgn rezeki yang tak disangka.

Berbalik soal duit tadi.Tadi aku baru selesai nak tutup beberapa bank aku.Aku nak kumpulkan semua duit yg aku ada utk bekalan utk balik msia nnti dan juga utk tambang umrah.Aku berkira kira kena ada 3 juta juga utk tujuan tue.Insyallah cukup kot.

Aku sentiasa terbayang bayang rupa aku akan ke Mekah nnti bersama Tokwan aku.YA ALLAH,mudahkanlah perjalanan ke depan aku nanti.

Friday, 10 December 2010

Seketika di Yolamsil..

Jam menunjukkan jam 12.10 tengah malam,jumaat 10.12.2010.

tengah malam di yolamsil(reading room)...hahaha,bukan petanda kerajinan aku,tapi sebenarnya aku baru bangun dan baru smpai ke yolamsil nie.

Yolamsil merupakan tempat aku selalu mencari ilham utk menelaah pelajaran.Cuma sem ini saja aku sangat kurang menziarahi tempat nie.Sbb dah x dak subjek2 yg berat.Boleh dikatakan pada sem2 lepas masa aku banyak dihabiskan di sini.Siang di 'office' malam dan hujung minggu di 'site'.Begitulah istilah yang aku beri pada tempat ini.

Erm...seminggu saja lagi aku bakal menamatkan secara x rasmi status aku sebagai pelajar undergraduate.Kebelakangan ini aku selalu serius memikirkan hala tuju masa depan aku.Kadang kadang rasa seriau gak nak melangkah masuk ke alam baru ini.Doa aku,semoga dipermudahkan perjalanan hidup aku kedepan ini.

Aku membuat keputusan,sebelum melangkah masuk ke alam baru,aku nak serahkan diriku kepada ALLAH di hadapan Baitullah.Semoga dengan munajat ini ALLAH akan membuka jalan seluas luasnya kepadaku.

INSYALLAH.

Jadual exam final sefinal aku..

Isnin 13.12-Bahasa Indonesia(heheh..bisa diatur mas)
Selasa 14.12-Sappyo (ngaji bahasa korea)
Rabu 15.12-Neurology (ngaji pasai wayar wayar dalam kepala otak)
Khamis 16.12-Fluid Dynamics (Nie yang kena pulun segak2)..


MERDEKA....tapi bukan utk segalanya..hahahha

DOakan aku.

Sunday, 28 November 2010

Perhimpunan Agung Umno 2010

Assalamualaikum wbt.

Bermula dari 14 hingga 24.Oktober yang lalu aku telah pulang ke Msia utk menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2010 di PWTC K.L

14.10 Khamis
11 pagi flight dari Incheon smpai KL dalam pukul 5 ptg.Terus ke LCCT ambik connecting flight ke Aloq Staq.Ok gak la flight Airasia nie.first time naik.x la seteruk apa yang org kata.smpai aloq staq dlm 9 malam.Org tua aku tunggu kat airport.pastu kami terus pi dinner kat Anak Bukit.Mula2 pakai punyanya ensem abis,dengan kemeja dgn vest luaq.smpai A/S terus bukak semua smpai pakai pagoda jaa..hahahah..panas la bro...mana tahan.

15.10 Jumaat.
Pagi kami ke Tok Jalai.Pasar tani.aku drive 'kreta baru' abah aku.Proton Saga Baru.Ok.Not Bad.Automatic.beli apa yg patut kami terus ke Bkt Raya.Alhamdulillah tokwan tok aku sihat.Kami bakaq ikan n pastu ke masjid.Smyang jumaat.Balik ziarah toklang aku,Kak Sheila dpat anak sulung dia.x lama di sana.petang dlm kul 5 camtu terus balik TT gajah.Petang aku ziarah anak bkt.Ziarah Kubuq Wan aku.Moga dia ditempatkan dikalangan org soleh.

16.10 Sabtu.
Keluar makan gulai ikan termenung,shopping utk baju melayu,petang bawak bdak2 pi Tasik Darulaman.Jmpa Hakim.

17.10 Ahad.
10 pagi flight aku ke Subang.Naik Firefly.Flight dia kecik(ATR) tapi ok selesa dr Airsia.Cuma mungkin bising skit.Smpai KL.Pcik aku ambik.Round CHow Kit pastu terus ke Hotel.Pgram First aku aku ialah taklimat dengan Dato'rauf,S/U Kerja UMNO.aku ddk sebilik dgn Budak Wales.Token.Mmg best la layan kepala dia.hahah(aku tukaq bilik,first ddk ngan bdak US tapi blah camtu jaa sbb dia skema skit.

18.10 Isnin.
Forum Antarabangsa.Dapat seat paling depan ooo..bangga abis.Tapi kena berlakon cukup2 laa..sbb kamera asyik2 dok tala kat aku.

Malam,Interview dgan Astro Awani.Hahhaha..puji anwar.kontroversi abis..

19.10 Selasa.
Hari ke 2 Forum.Hari nie video aku klua youtube.Gelabah abis.Nasib baik Token ngan Akmal ada.Menteteramkan aku.Kalau x..mahunya aku blah terus ke Korea.hahah

20.10 Selasa.

November 2010 menutup tirai




Assalamualaikum wbt.

November 2010 hampir melabuhkan tirainya.Bermakna secara rasminya aku ada setengah bulan untuk mengakhiri status aku sbgai pelajar.Insyallah.Segala galanya berjalan dengan baik.Baik dari segi pelajaran mahupun kehidupan.Tapi bezanya kali ini aku kembali banyak merenung tentang perjalanan hidupku masa masa depan.Baik dari segi kerjaya,keluarga,kelab dan lain2.

Program2 sepanjang november.

1.Program Bersama Boss Shariff
2.Annual Dinner PPMK
3.AGM KUK
4.Meeting Winter Camp
5.TOEIC test.

Bulan nie pon gempaq dengan bedilan Korea Utara terhadap selatan.Namun kesannya kurang di tanah besar.Majoriti rakyat sini pon semacam x kosah dengan provokasi ini.

Tentang KUK Alhamdulillah ada perubahan kempimpinan.Banyak muka2 baru bibawa masuk menggantikan muka lama yang meletakkan jawatan.Diharap selepas ini KUK akan terus mantap biarpun aku berada nun jauh di selatan.

Tentang study,insyallah semua beres utk aku grad.Skrang nie perlu prepare skit2 utk final fluid dgn pengajian kepala otak.

Kehidupan?..erm...masih banyak yang perlu direncanakan..apa yang menjadi harapan besar aku adalah kelapangan yang ALLAH kurniakan utk aku dapat mengerjakan umrah pada bulan 3 tahun dpan.

DAOAKAN AKU....

Thursday, 11 November 2010

Autumn terakhir di KODE






Assalamualaikum..

Bulan November..last entry bulan julai x salah...so maknanya daa 3 bulan aku x menjenguk blog sendiri..sibuk?.x la sangat..semua orang sibuk kan?.so sibuk bukan alasan utk aku tidak menjenguk blog nie.

Berbalik pada tajuk.autumn nie merupakan autumn terakhir aku sebagai pelajar Insyallah.Sekarang aku dah di tengah tengah semester terakhir aku.Sebulan lagi insyallah berakhirlah status aku sebagai pelajar degree.

Masa depan?..erm..so far aku dah buat keputusan utk ke LG Electronic di Changwon City 5 jam dari sini.memandangkan setakat ini tiada offer lain diterima aku akan ke sana.

Study?..ok..ALhamdulillah..sem nie aku ambik 15 kredit.Sem nie merupakan sem yang paling rilex sepanjang aku di Kode.Semalam dah jumpa 졸업 과장 utk berbincang pasal grad.dan Alhamdulillah aku lepas utk grad pada bulan 2 tahun depan.cuma perlu hantar result TOEIC(english exam) sahaja.

Kelab?..21.11 nie akan diadakan AGM bagi KUK.dan aku masih menimbangkan sama ada nak meneruskan perkhidmatan atau tidak.

so far setakat itu saja kot update..insyallah lain kesempatan aku akan apdate lain.

Sunday, 11 July 2010

(CETUSAN)Dah lama...

Assalamualaikum wbt..

Erm..dah bersawang dah blog nie.Waktu sekolah yang heavy pack membuatkan aku hampir tiada masa nak mengenjuk blog aku nie..

Alhamdulillah setinggi kesyukuran pada ALLAH SWT atas rahmatnya dapat terus aku bernafas menghirup nikmatNYA di muka bumi ini.Summer ini adalah summer terakhir aku sebagai pelajar..beberapa perkara telah berlaku sepanjang ketidakcoretan aku dekat blog nie

1.Dapat Offer kja kat LG Electronic.
2.Lulus dengan oknya Fizik(kiiler aku) dan menandakan aku akan grad on time(Insyallah)
3.CGPA sem ini baik skit br sem lpas..

insyallah aku akan menari masa untuk mencoretkan cerita2 aku di blog nie..

doakan aku

Thursday, 8 April 2010

(AGAMA) Hukum mengeraskan bacaan quran padahal yang lain sedang shalat

Hukum mengeraskan bacaan quran padahal yang lain sedang shalat
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah pernah ditanyakan,
"Bagaimana hukum bagi orang yang mengeraskan bacaan Al Qur'an sedangkan
yang lain sedang mengerjakan shalat sunnah di masjid atau mengerjakan
shalat tahiyatul masjid? Bacaan keras tersebut dapat mengganggu
saudaranya yang lain. Apakah dilarang mengeraskan bacaan Al Qur'an
ketika itu?"
Syaikhul Islam rahimahullah menjawab:
Tidak boleh bagi seorang-pun untuk mengeraskan bacaan baik ketika shalat
atau keadaan lainnya, sedangkan saudaranya yang lain sedang shalat di
masjid, lalu dia menyakiti saudaranya dengan mengeraskan bacaan tadi.
Bahkan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pernah menemui beberapa orang
yang sedang shalat di bulan Ramadhan dan mereka mengeraskan bacaannya.
Lalu Nabi shallallahu berkata pada mereka,
"Wahai sekalian manusia. Kalian semua sedang bermunajat (berbisik-bisik)
dengan Rabbnya. Oleh karena itu, janganlah di antara kalian mengeraskan
suara kalian ketika membaca Al Qur'an sehingga menyakiti saudaranya yang
lain."
Beliau rahimahullah mengatakan, "Dari sini tidak boleh bagi seorang pun
mengeraskan bacaan Al Qur'an-nya sehingga menyakiti saudaranya yang lain
seperti menyakiti saudara-saudaranya yang sedang shalat." (Lihat Majmu'
Al Fatawa, 23/64)
Muhammad Abduh Tuasikal