PERANTAUAN INI BANYAK MENGISAHKAN KISAH-KISAH SUKA DAN DUKA..PERANTAUAN INI ADALAH SATU PERJALANAN DEMI MENCARI SATU KEHIDUPAN YANG ABADI..
Sunday, 25 October 2009
(KOREA) SEOUL INTERNATIONAL AEROSPACE AND DEFENCE 2009
(PERTUNJUKKAN UDARA DI TAPAK LUAR OLEH USAF)
(PROVOS AIR FORCE KOREA YANG COMEL-COMEL.DEPA NIE BUKAN PANDAI SERIUS..LAWAK SIAL DENGAN POSS DEPA)
(MBT K1 BY HYUNDAI ROTEM..MALAYSIA DIKATAKAN BERMINAT UNTUK MEMILIKINYA)
(HADAPAN BOOTH INDONESIAN AEROSPACE..PENGELUAR PESAWAT PENGANGKUT..IKUT MAKLUMAT TUDM TELAH MEMBELI 8 UNIT CN 325..erm...indon pon dah potong msia dlm defence)
(ENTERENCE..PAMERAN KALI INI DIAKAN DI SEOUL AIRPORT IAITU ROKAF BASE KE 18)
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
Hujung mggu nie agak sibuk dengan aktiviti luar walaupun exam baki berbaki minggu hadapan.Sabtu diisi dengan Mesyuarat Jawatankuasa Aman PAlestin dan jamuan En hanisan.Petang cuba berkejar ke Exhibition tapi malangnya kami(bersama paknap)tiba agak lewat memadangkan tempat pameran yang jauh terletak di luar seoul.kami x sempat masuk kerana hampir ditutup iaitu kira2 jam 5 ptg.
Ahad berbekalkan semangat waja pijun bertolak awal dari umah dalam jam 9 pagi bersama BLACKIE.jarak ke tempat pameran kira2 30Km dan kami berjaya sampai jam 10.15 pagi.Memandangkan masih baru dibuka jadi orang ramai masih belum ramai..
Pameran kali ini mempamerkan teknologi2 dari serata dunia.Buat kali pertamanya Korea telah mempamerkan teknologi2 terbarunya termasuk MBT K1 dan K2 serta Helicopter yang bakal memasuki pasaran tahun hadapan.Buat pengetahuan semua,Menteri Pertahanan malaysia telah datang ke sini mggu lepas dan berbincang untuk memperoleh aset ATM terbaru untuk RMK 10.Menurut sumber Malaysia berminat untuk mendapatkan MBT K@ buatan HYUNDAI dan KIFV buatan DOOSAN.
Pijun telah mengadakan sedikit perbincangan dgn GEneral MAnager DOOSAN DEFENSE.BEliau optimis untuk memasuki pasaran malaysia tahun hadapan.Sekarang ini usaha melobi sedang giat dijalankan.Dan beliau meramalkan industri pertahanan akan berkembang dan memerlukan ramai sumber manusia dari malaysia.Peluang cerah untuk sesiapa yang berminat untuk join industri pertahanan.
Banyak perkara yang baru dapat dipelajari dalam pameran ini.Teknologi korea yang canggih hasil dari penyelidikannya membuatkan Korea mampu menghasilakn sendiri hampir semua Aset2 pertahanan seperti Fighter,MBT,Kapal pengangkut,Helikopter dan senjata2 ringan.insyallah kalau ada masa pijun akan buat penyelidikan dan ulas tentang teknologi2 ini.
Selepas menghabiskan kira2 3jam di tapak pameran pijun terus bergerak ke Sport Day PPMK 2009 di DYTC.
Thursday, 22 October 2009
(CETUSAN) Kecewa dengan NUR AMINA..
bismillahirahmanirahim..
Pijun seboleh-bolehnya nak elakkan wat entry pasal artis2 nie sebab sedar bahawa industri hiburan mmg x berapa 'suci'tapi kali ini terpanggil utk wat entry pasal cerita yang menjadi idola kebanyakkan org.Pijun mmg meminati cerita Nur Kasih kerana ceritanya bercorak keislamannya..tapi apabila terbaca artikel ini pijun sangat2 kecewa..
http://ohartis.com/2009/08/panas-tiz-zaqyah-heroin-nur-kasih-bersosial/
erm....malas nak komen lagi..nanti2 la komen..
moga2 dapat memberi pengajaran dan peringatan yang semuanya lakonan semata2..
Wednesday, 21 October 2009
(KOREA) SPECIAL LECTURE BY CRAIG MUNDIE(CTO MICROSOFT)
BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM..
BLOG INI SEDIKIT TERGENDALA DISEBABKAN SEDIKIT SIBUK DENGAN MID-TERM EXAM.ALHAMDULILLAH TADI BARU LEPAS 1 SUBJECT FINANCIAL MANAGEMENT.ERM..AGAK 'KILLER' GAK SOALANNYA.NASIB BAIK SOALANNYA SEMUA OBJECTIF.BOLEH GAK TEMBAK..
SEMALAM(20.10) PIJUN DAN RUBHEN BERKESEMPATAN UNTUK MENGHADIRI SPECIAL LECTURE OLEH MR CRAIG MUNDIE CTO OF MICROSOFT.SERBA SIKIT MENGENAI BELIAU:
"Craig James Mundie (born 1 July 1949 in Cleveland, Ohio[1]) is chief research and strategy officer at Microsoft. He started in its consumer platforms division in 1992, managing the production of Windows CE for hand-held and automotive systems and early console games. In 1997, Mundie oversaw the acquisition of WebTV Networks. He has championed Microsoft Trustworthy Computing and digital rights management."(WIKI)
SESI CERAMAHNYA BERTAJUK "RETHINKING COMPUTING".SANGAT2 MENARIK.BELIAU TELAH MENUNJUKKAN HASIL2 TERBARU CIPTAAN MICROSOFT IAITU NUI(NATURAL USER INTERFENCE)
"Natural user interface, or NUI, is the common parlance used by designers and developers of computer interfaces to refer to a user interface that is effectively invisible, or becomes invisible with successive learned interactions, to its users. The word natural is used because most computer interfaces use artificial control devices whose operation has to be learned. A NUI relies on a user being able to carry out relatively natural motions, movements or gestures that they quickly discover control the computer application or manipulate the on-screen content. The most descriptive identifier of a NUI is the lack of a physical keyboard and/or mouse."
DISAMPING ITU BELIAU TELAH MENGADAKAN SESI SOAL JAWAB SELAMA 30 MINIT.PELBAGAI SOALAN DILONTARKAN BERKENAAN MASA DEPAN KOMPUTER.ANTARANYA ADAKAH COMPUTER AKAN MENYEBABKAN MANUSIA MENJADI TERASING ATAU PEMALAS.SOAL PRIVASI DAN SECURITY.SEMUA SOALAN DIKUPAS DENGAN BERGAYA OLEH BELIAU.
SATU PENGALAMAN YG PIJUN DAPAT KUPAS IALAH MAT SALEH NIE JENIS RILEX ORANGNYA.X MACAM ORANG KITA.PROTOKOL SANA SINI.PIJUN PERNAH TERLIBAT DGN SESI CERAMAH OLEH BEKAS PM.TUN MAHATHIR.MACAM2 PROTOKOL KENA WAT.TAK BOLEH TANYA SOALAN PELIK LAA..TAK BOLEH KELUAR MASUK DEWAN BEBAS...NAMA ORANG NAK DATANG KENA TAPIS LAA..MACAM2
TAK MACAM MAT SALEH NIE.SEMALAM KEHADIRAN SANGAT RAMAI SAMPAI ADA YANG BERSILA DI BAWAH PENTAS..HINGGA ADA YANG BERSILA BAWAH SEAT PRESIDENT KODE.HAHAH..SAMPAI PRESIDENT SENDIRI PESAN JANGAN ADA STUDENT AMBIK SEAT DIA MASA DIA NAK BERUCAP.SESI SOAL JAWAB PUN MENARIK.MEREKA BEBAS NAK BERTANYA.ADA JUGAK SOALAN2 YANG X MASUK AKAL DITANYA.TAPI MAT SALEH NIE LAYAN JAA..
HASILNYA SESI SELAMA SEJAM SETENGAH SANGAT MENARIK DAN X MEMBORINGKAN.DAN JUGA..JENG.JENG..PIJUN DAPAT USB 4GB SEBAGAI SAGUHATI KEHADIRAN.HAHAH..DI MASA HADAPAN PIJUN AKAN SENTIASA MENYERTAI PROGRAM2 YANG BERMANFAAT SEPERTI INI LAGI.,.INSYALLAH..
Saturday, 17 October 2009
(NASIHAH) ADAB2 MENUNTUT ILMU
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
Sambil menyiapkan report ME experiment pijun sempat mendengar satu siri ceramah dari Dato Hj Shamsuri Hj Ahmad.Beliau merupakan seorang penceramah tersohor di utara tanah air.Pijun pernah mengikuti satu siri ceramahnya semasa pulang ke malaysia pada Summer 2007 di Masjid Sultanah Bahiyah ,alor setaq.
Ust shamsuri membawakan kitab Bahru-mazi.Tajuknya ialah adab2 menuntut ilmu.Pernahkan kita terfikir walaupun kita belajar bersungguh-sungguh tetapi kita tak dapat result seperti yang diidamkan.Apakah silapnya?..
Sebenarnya kita kekurangan KEBERKATAN dalam menuntut ilmu akibat tidak mengikut adab2 yang telah digariskan.Pijun sedikit terkilan kerana ramai rakan2 pijun yang sanggup mengutuk guru2 yang mengajar.Memberi gelaran yang bukan-bukan.Pernah terfikirkah kita jikalau guru tersebut tidak menghalalkan apa yang diajarkannya.Bukankah kita tergolong dalam golongan yang rugi?.
Antara adab2 dengan guru yang digariskan dalam islam ialah
1)Apabila berjumpa dengan guru berilah salam terlebih dahulu sebelumnya
2)Jangan cakap banyak di hadapan guru
3)Jangan lakukan perkara yang tidak diizinkan/disenangi oleh guru
4)jangan bertanya dgn niat untuk menjatuhkan guru
5)Jangan menyangkal kata2 guru dan membandingkan katanya dengan org lain.Jika terdapat perbezaan pendapat dgnnya hendaklah berbincang bukan di khayalak ramai
6)Jangan berbisik-bisik dihadapan guru.
7)Jangan buruk sangka dengan guru.
Diharap dengan sedikit adab2 ini dapatlah kita amalkan dan memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA..
Friday, 16 October 2009
(NASIHAH) UNTUK BAKAL-BAKAL PEMIMPIN
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…
Insyallah bermula dari esok hingga 24 hb ini akan menyaksikan bakal2 pemimpin komuniti pelajar Malaysia di Korea medaftarkan nama masing2 untuk pemilihan 4 orang AJK tertinggi PERSATUAN PELAJAR MALAYSIA KOREA(PPMK).Selamat mendaftarkan calon masing2 dan untuk yang bertanding pijun ada sedikit perkongsian yang molek dikongsi bersama..Nasihat ini dipetik dari kitab LA-TAHZAN(jangan bersedih).Moga memperoleh manfaat bersama:
JAWATAN ADALAH BEBAN DAN TANGGUNGJAWAB
SATU DRPD HAL YANG AMAT DIPEREBUTKAN MANUSIA SEMASA HIDUP DI DUNIA INI ADALAH KEDUDUKAN.IBNUL WARDI BERKATA:
“BEBAN BERAT KERANA KEDUDUKAN SUDAH MELEMAHKAN KESABARANKU WAHAI DERITAKU,SEMUANYA KERANA INTERAKSI DENGAN SEMUA KERENDAHAN’
MAKSUD RANGKAP PUISI INI IALAH BAHAWA KEDUDUKAN ITU SANGAT MAHAL HARGANYA,DAN BOLEH MENJEJASKAN KESIHATAN.TIDAK RAMAI ORANG YANG MAMPU MEMBAYAR KOS SEHARI-HARINYA,BERMULA DARI KERINGAT,DARAH,NAMA BAIK,WAKTU REHAT,KEHORMATAN,HINGGALAH HARGA DIRINYA.SABDA BAGINDA RASULUALLAH SWT “JANGANLAH ENGKAU MENUNTUT KEKUASAAN.’SABDANYA YANG LAIN MENYEBUT.”ALANGKAH BAHAGIANYA ORANG YANG MENYUSUI,DAN ALANGKAH SENGSARANYA ORANG YANG ‘MENYUSU”.
ALLAH SWT BERFIRMAN,ERTINYA:
“KUAT KUASAKU(DAN HUJAH-HUJAHKU MEMBELA DIRI),TELAH BINASA DAN HILANG LENYAP DARIKU.”
(SURAH AL-HAQQAH:29)
SEORANG PUJANGGA BERMADAH
BIARKANLAH DUNIA DATANG MENEMUIMU DENGAN SENDIRINYA,BUKANKAH AKHIR DUNIA ADALAH KEBINASAAN.
BAYANGKAN BAHWA DUNIA INI DATANG DENGAN TIAP2 SESUATUNYA.LANTAS KE MANA IA AKAN PERGI?SUDAH TENTU MENUJU KEFANAAN.
“DAN TETAP KEKAL WAJAH TUHANMU YANG MEMPUNYAI KEBENARAN DAN KEMULIAN.”
(AR-RAHMAN:27)
SEORANG YANG SOLEH TELAH BERKATA KEPADA ANAKNYA,”JANGANLAH KAMU MENJADI KETUA SEBAB KETUA TERPAKSA SERING MENAHAN RASA NYERI.”
MAKSUD DARI UCAPAN ORANG SOLEH ITU IALAH BAHAWA JANGAN TERLALU SENANG UTK MENONJOLKAN DIRI DAN INGIN MENJADI PEMIMPIN.SEBAB KRIRIKAN,UMPATAN PENGHINAAN DAN SERANGAN ITU SASARANNYA ADALAH ORG2 YANG BERADA DI BARISAN PALING HADAPAN.
Separuh manusia adalah musuh bagi org yang memegang kawalan kekuasaan jika dia adil.
'tepuk dada tanyalah iman......'
Thursday, 15 October 2009
(NASIHAH)Sinar Iman di Sebalik Ujian
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
Di mana saya nak cari kekuatan, kecuali dari yang Maha Kuat. Ustaz nampak saya kuat, tapi yang kuat adalah Dia. Saya meminjam kekuatan dengan bergantung kepada-Nya”, kata ayah seorang pesakit kepada saya.
Saya mengangguk.
“Tak ada sesiapa di kalangan kita yang mampu mengimani-Nya. Kita yang lemah dan serba tiada ini, mahu mendakwa telah berpegang dengan kebesaran Dia? Mustahil…”, sambungnya lagi.
“Itulah sebabnya Allah memanggil di dalam al-Quran, wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kamu kepada Allah (Al-Nisaa’ : 136)”, saya menambah.
“Ya… Allah suruh orang-orang yang rasa dirinya beriman untuk lihat balik, kamu beriman dengan apa… dengan siapa?”, sambung beliau.
Kami sama-sama terdiam. Allah jua yang tahu perasaan saya semasa merenung wajah anaknya yang sedang bertarung dengan ujian Allah itu. Terasa mengalir kuatnya yakin si ayah untuk mentafsirkan kesakitan anaknya sebagai suatu kebaikan.
“Apa guna kita esakan Dia? Kalau bukan untuk hancurkan kita. Hancurkan diri…”, beliau seperti bercakap dengan dirinya sendiri.
“Hancurkan ego, hancurkan rasa memiliki”, saya cuba mengemaskinikan ayatnya.
“Ya ustaz. Selagi ada dalam jiwa ini rasa memiliki, selagi itulah kita mengeluh dengan kehilangan dan kekurangan. Lupa pada apa yang diberikan-Nya. Walhal nanti kita ditempelak dengan nikmat yang diberi, bukan nikmat yang pergi. Fa bi ayyi aalaa’i rabbikuma tukadhdhibaan?“, katanya.
Air mata susah hendak ditahan. Terasa tepu dada saya menelan kata-kata yang datang dari keyakinan si bapa. Bukan ucapan pengetahuan, tetapi keyakinan. Pecah juga genang air di mata saya tetapi cuba saya sembunyikan dari pandangan si anak yang terlantar. Dia harus terus kuat untuk bertahan dan kami di sekelilingnya mesti menyokong dia agar terus kuat.
MENGUJI ILMU
Bertugas sebagai kaunselor pesakit di sebuah hospital seperti IJN, sepatutnya bukanlah sesuatu yang terlalu rumit.
Selain teknik mendekati pesakit, serba serbi pengetahuan yang telah diukur pada segulung ijazah, harus cukup untuk membolehkan saya bekerja. Bukannya pesakit meminta takhrij hadith, atau khilaf ulama’ dalam nasihat kita.
Tetapi saya sedar, semakin dalam saya tersedut masuk ke dunia pesakit dan ahli keluarganya, terasa kosong apa yang saya pelajari selama ini. Terasa bodoh dan dungu berdiri di depan pesakit dan keluarganya, biar pun mereka itu hanya buruh kasar, pemandu lori atau seorang yang tidak punya apa-apa status sosial.
Mengapa tidak?
Sesungguhnya pengalaman bersama pesakit, memahamkan saya bahawa kekuatan yang diperlukan untuk mendepani ujian, bukan datang dari himpunan pengetahuan dan fakta-fakta ilmiah. Semua itu tidak berharga jika ia tidak menyuluh jalan untuk seorang hamba yang sedang diuji, menyampaikan tangisannya kepada Dia.
“Tak salah ustaz. Saya tak marah isteri saya menangis. Tetapi pesan saya kepadanya supaya jangan hanya menangis. Menangislah sampai dapat meyakini Dia. Sebagaimana ketawa jangan sampaikan lupakan Dia. Jika dengan ujian seperti ini masih tidak mampu yakin pada-Nya, itulah yang patut ditangisi”, amat dalam kata-kata si ayah.
Saya seperti mahu tersepuk di tepi katil. Sayalah yang ‘bodoh’ dan jahil di hadapan situasi ini.Mengangguk lemah…
AGAMA DAN TUHAN
Kadang-kadang tanpa kita sedar, kita bermain-main dengan ilmu agama. Kita sibuk menelaah hukum. Kita terasa bijak dapat menyelesaikan khilaf ulama. Tetapi kita lupa, untuk apa semua itu? Untuk apa agama ini?
Ilmiah, ilmiah, nota kaki, nota kaki… ke mana semua lambakan itu dalam soal membina yakin kita? Keyakinan yang menjadi tali penghubung antara realiti sepahit ini dengan hakikat Dia yang Maha Tinggi?
Sesungguhnya saya merenung balik ke belakang. Melihat sejarah manusia, sejarah diri sendiri…
Kerana rosaknya agama Kristian, ramai orang Eropah yang berTuhan tanpa agama. Terus yakin pada Dia tetapi hilang arah kerana rosaknya agama untuk berhubung dengan-Nya.
Tetapi jauh di dalam masyarakat kita, agama Islam kita rosak, hingga ramai orang kita yang beragama tanpa Tuhan! Kerana terperangkap di dalam ritual dan proses agama, kita gagal sampai kepada-Nya.
Kita menyembah ‘agama’, bukan lagi Tuhan, bukannya Dia.
Kerana itu kita banyak berbalah, berkeluh kesah dan memberontak… kerana lupa kita hamba dan Dia segalanya. Kita kelihatannya seperti sangat beragama dek pengetahuan, tetapi apabila direnung pada kelakuan, keyakinan dan pegangan diri dalam kehidupan, kita seperti hidup tidak berTuhan.
Kita beragama, tetapi dalam beragamanya kita itu, kita miskin dari hakikat Dia. Tidak terserlah kehambaan diri, tidak terlihat kebesaran si Dia.
Saya beredar dari wad dengan air mata yang gagal berhenti…. bahawa dalam kesakitan itulah terbentangnya kesejahteraan iman.
Siapakah sebenarnya yang sakit? Mereka yang terlantar itu atau diriku yang berdiri di sini?
(www.saifulislam.com)
(CETUSAN) Seni kehidupan 1
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Hari ini agak meletihkan.Jadual bermula dari pukul 6 pagi dengan solat subuh.Disebabkan depan rumah kerja2 merobohkan bangunan sedang dijalankan dengan rancak bermula pukul 7 pagi maka pijun terus melarikan diri ke 'office' kami.Hari ini ada 3 kelas dan 1 Lab.Pukul 10 malam baru dapat pulang ke rumah utk berehat2.
Insyallah kali ini pijun akan upload wallpaper2 islam yang menarik diambil dari web senikehidupan.com(sekarang dah tiada.).moga2 dapat memperoleh mafaatnya.
Wednesday, 14 October 2009
(ISLAM) MAKSUD BACAAN DALAM SOLAT
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
Kebanyakkan orang bersolat secata tidak mengetahui apa yang dibacanya semasa solat.Kerana itu la solat dirasakan tidak ada 'nikmatnya'.Sahabat Rasuluallah S.W.t dahulunya amat menghayati solat yang dikerjakan.Pernah ada satu cerita di mana seorang sahabat(nama x ingat) dipanah.Beliau meminta sahabatnya yg lain agar mencabut anak panah itu semasa beliau solat kerana semasa solat beliau seolah 'hilang' dari alam dunia.tiada kesakita dunia dirasakan.Lihat..betapa 'lazatnya' solat para sahabat.Kelazatan itu datang dari penghayatan kerana mereka tahu apa yang mereka lakukan dan apa yg mereka doakan.
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku dan
Maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu
Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Tuesday, 13 October 2009
(KEMBARA).BANGKOK (winter 2008)
(dalam train..kerusi akan dilipat malannya utk dijadikan katil)
(Kong dan jerawatnya)
(inilah train yang akan membawa anda sampai ke PADANG BESAR)
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
Winter lepas pijun dan kong(nama manja br iszaidy) berkesempatan untuk meronda2 sekitar bangkok dalam perjalanan pulang ke Malaysia.sebenarnya kami sengaja memilih flight ke bangkok dan mengambil train pulang ke Msia.Disamping harga tiket flight yang murah(sekitar 420 000won)kami juga berkesempatan menambahkan cop di passport kami.(bercita-cita utk menghabiskan helaian passport sebelum expired).
Tapi sayangnya antara kami berdua tiada sapa pun yang membawa kamera.huhuhu.Malangnya gambar2 di bangkok tak dapat ditangkap..Cuma sempat ambik gambar sikit pakai nset .kami Menaiki pesawat EVA AIr(taiwan).Pesawat ini walaupun murah tetapi layanannya agak baik berbanding Turkish Air.Kami juga berkesempatan menaiki BOEING 777 semasa balik ke seoul(kebanyakkan pesawat ke seoul hanya A330,jarang2 ada pesawat besar ke sini).
Di bangkok kami menginap di sebuah rumah tumpangan(aa..bukan rumah tu aa)berhampiran Stesen keretapi Hua Lampong.harganya murah.30 Baht semalam.Berhampiran dengan motel itu ada 2 restoran halal milik org patani.rasanya sedap dan Murah.Alahamdulillah walaupun cuma 2 hari di sana kami mampu meronda banya tempat di Bangkok.Bangkok merupakan satu bandaraya yang maju.Boleh menandingi Kuala Lumpur.
Soal makanan jgn risau.terdapat banyak masjid di Bangkok.Islamnya juga ramai dan kuat.Di airport lagi anda boleh mndapatkan makanan halal.Pijun cadangkan supaya anda mencuba Pat Thai iatu sejenis keteow kering yang sedap.Boleh didapati dari penjaja jalanan di Kao SAn road.jangan lupa juga menikmati sup dagingya yang lazat.kami makan dekat rumah kedai di masjid husin kalau x silap.
Cuma anda semua perlu berhati-hati sikit.jangan mudah tertipu dgan tawaan org siam yang menawarkan pakej berjalan-jalan.Harganya pasti akan mengapak anda.Semasa berjalan buat muka konfiden.biar nampak cam org tempatan(muka org msia dekat2 sama dgn muka org siam..tambah2 Kong..semua org siam akan cakap siam ngn dia..hahaha).kami cuma tertipu sekali sahaja semasa naik bot di sungai Chao Praya.kena 700baht utk 2 jam..sungguh boring.
Keesokkanya harinya kami menaiki train Bangkok-butterworth pada jam 2.15 petang.train ini ada tiap2 hari pada jam 2.15 ptg.Harganya ke butterworth ialah 1250 baht.(sekitar rm130).Pijun nasihatkan supaya anda membawa buku atau barang2 yg boleh menghilangkan boring kerana perjalanan akan mengambil masa selama 20 jam.utk makan dia kata makanan yg train halal.tapi seeloknya beli bungkus di kedai patani tu sebelum menaiki train.
Train akan berhenti banyak tempat.Ntah la ..nama tempat tue.Pijun layan novel ja dlm train.Akan mula masuk sempadan Padang besar pada jam 11 pagi.Disitu semua penumpang perlu turun dan cop passport.Selepas itu kepala train siam akan berpatah balik dan gerabak anda akan ditarik oleh kepala KTM.
Pijun selamat sampai di alOR STAR jam 1 tghari.ambik teksi trus blik umah(saja nak wat suprise)..
Wat sahabat2 yg ddk dekat2 kawasan utara pijun cadangkan supaya anda dapat mengikuti trip camni,.mmg best dan berbaloi..
salam..
(NASIHAH) MIDTERM ..tips2 peperiksaan cara ISLAM
BISMILLAHIRAMANIRAHIM
Insyallah bermula minggu hadapan kebanyakkan University di Korea ini akan mengadakan peperiksaan pertengahan semester.(중간 고사) Or MID-TERM EXAM.Selamat menduduki peperiksaan kepada anda semua.Buatlah yang terbaik kerana ALLAH sukakan yang terbaik dari hambaNYA.
Ada sedikit pesanan yang berguna untuk menghadapi peperiksaan yang pijun jumpa di http://pmiusm.multiply.com/journal/item/37.Semoga memberi manfaat bersama.
Some Exam Tips that may come in handy
_______________________________________
Exam Preparation Tips
REVISING + EXAMS = HEADACHE?
It needn't be the case, just follow the directions to achieve great results every time, Insha'Allah.
1. Always, always, always begin with Bismillah.
2. Examine your niyaah (intention) and correct it if necessary.
3. Honour your teachers no matter how strange their teaching methods seem to you. Respect and reverence for teachers are amongst the distinguishing marks of being a Muslim student.
4. Begin making preparations well before the examinations begin. Plan out a REALISTIC timetable that will result in you having covered [or at least scanned] all the material well before your first exam. Use this final period to look at and attempt past exam papers and to compensate for any unforeseen delays.
5. Use your teachers. If you have a problem, ASK!! You will find the vast majority of teachers only to happy to help [and inadvertently give out many heavy hints as to what's on exam paper!]
6. Always revise with a sheet of paper at hand so that you can build up a list of topics which you want to discuss with your teachers. DON'T rely on your memory. If you do, you will only be reminded when you are in the exam hall trying to answer a question on your forgotten queries.
7. When revising make notes. It may seem as though you are just reproducing your notes, but perservere, believe it or not what you are doing is one of the most effective ways of revising.
8. Give yourself regular breaks, but make sure that they don't go on for longer than intended.
9. Make sure you are unlikely to be disturbed whilst studying. This means turning off the TV and asking others to answer the phone. Discipline pivotal to success.
10. Turn off the radio. Listening to haram music takes the barakah [blessings] out of your studies. If you absolutely must listen to something try some nasheeds [Islamic Songs]
11. Always iron out problems as soon as possible. If you don't then you may well encounter problems when trying to understand the work that comes later.
12. If you are getting frustrated and feel as though you are getting nowhere then try to take comfort that from the saying of the Prophet: "For him who embarks on a path of seeking knowledge, Allah will ease for him the way to Paradise." [Muslim].
13. If you are having problems calming your nerves on exam day, remind yourself of the ultimate purpose of life and indeed the ultimate examination; before Allah [SWT] on the Day of Judgement. This should help you to put your present worries into context.
14. Before you begin on the exam paper, take a couple of minutes out to supplicate to your Lord, asking Him to grant you success only on the condition that it's good for your deen and patience in the event that it's not. Then begin in the name of Allah.
15. As you come out of the exam hall, remember to thank Allah if the exam went well. If however it didn't go as well as you had hoped, put your trust in Him. Know that such things are sent to test us and are an opportunity for us to shed some of our sins and show our contentment with his divine decree.
[Extracted from: 'TRENDS' magazine]
So, let us put these words into practice, gain the momentum and get great results! As what we listen to everyday, 5 times a day, Hayya ala alFalah (Let us strive to victory).
Wallahuaalam
(NASIHAH) REDHA
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Keredhaan akan mendatangkan ketenangan,kedamaian,kekuatan hati dalam menghadapi keraguan,begitu juga dalam menghadapi masalah yang bertindih-tindih dan yang muncul bertubi-tubi.Hati yang redha akan yakin sepenuhnya kepada janji ALLAH dan rasulnya.Hati orang seperti ini seolah-olah dibisikkan suara:
Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka: Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. (al-ahzab:22)
sebaliknya tidak menerima akan membuatkan hati tidak tenang,ragu dan cemas,tidak gigih.Hati menjadi bergejolok dan terganggu.Orang2 yang mempunyai hati ini akan mengakui kebenaran jika datang kebenaran,dan akan berpaling jika mereka dituntut untuk memenuhi tugas mereka.Apabila mereka diberi kebaikan maka mereka akan merasa tenang,tetapi ketika diuji mereka akan berubah menjadi susah hati.mereka akan rugi dunia dan akhirat.
ANDA YANG MENENTUKAN
Sunday, 11 October 2009
(CETUSAN) MENGAPA SAYA MENULIS
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
"Waa pijun dah ada blog",begitulah reaksi kawan2 bila mengetahui pijun mempunyai blog.Tidak ramai yang mengetahui kewujudan blog ini.sengaja tidak dihebohkan kerana masih belum sempurna lagi.Perancanganya cukup 50 entry baru nak dilancarkan secara rasmi.
Mungkin ramaia yang tidak mengetahui yang pijun mula menulis ini semenjak tahun 2005 lagi.Blog pertama pijun banyak menceritakan tentang keluh kesah pijun semenjak mula sampai di korea.Kiranya entry2nya pun banyak yang bersifat peribadi dan tidak sesuai untuk bacaan umum.(tapi kalau sapa2 yang berminat nak tau PM la)
Tujuan sebenar pijun menulis ialah kerana banyak benda yang nak pijun kongsikan dengan kalian semua.4 tahun lebih Korea ini banyak memberikan pengalaman2 yang berguna kalau dapat dikongsikan bersama.Bak kata Utz Hasrizal(www.saifulislam.com).ERTI HIDUP PADA MEMBERI.Tiada apa yang mampu pijun berikan kepada masyakarat kecuali dengan cerita2 yang insyallah sedaya upaya pijun akan menulis sesuatu yang memberikan manfaat kepada pembaca.
Sebenarnya pijun mmg berminat membaca blog2.Xkiralah blog itu politik,agama,kehidupan dan sebagainya.Lebih bersifat 'silent reader' mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa blog2 yang selama ini mmg diikuti oleh pijun.Blog fromperantauheart ini akan berbentuk bacaan santai.Tetapi pijun akan menyelitkan sedikit pengajaran.Dan jikalau ada entry2 yang berbentuk kontroversi diharap pembaca tidak melenting.Semua itu adalah cetusan perasaan pijun yang ikhlas dari sanubari.jikalau ada apa2 yang x berkanan dengan apa2 kandungan blog ini diharap dapat terus berhubung dengan pijun.
Terima kasih kerana sudi membaca blog ini.Sebarang komen2 amatlah dialukan..
إِنِّىٓ أَخَافُ ٱللَّهَۚ وَٱللَّهُ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
(sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangat berat azab seksaNya)
(KOREA) KOREA UNIVERSITY
(BLACKIE BERPOSSING DI MAIN CAMPUS KODE)
(DI HADAPAN ADMIN BUILDING)
(SEKITAR KAMPUS.TERBAHAGI KEPADA 3 KAMPUS UTAMA..SCIENCE,HEALTH AND MAIN CAMPUS)
(GATE YANG PALING DEKAT UNTUK KE SCIENCE CAMPUS)
GLOBAL KU..FRONTIER SPIRIT)
BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM
INI ADALAH SEMESTER KE2 PIJUN DI KOREA UNIVERSITY SETELAH BERJAYA MENGHABISKAN 2 TAHUN DIPLOMA DI DONGYANG TECHINAL COLLEGE.KOREA UNIVERSITY ADALAH TOP 3 UNIVERSITY TERBAIK DI KOREA BERSAMA-SAMA SEOUL NATIONAL UNIVERSITY DAN YONSEI UNIVERSITY.ALHAMDULILLAH PENGAJIAN DI SINI SANGATLAH MENARIK DENGAN HAMPIR 80% KELASNYA DALAM ENGLISH(BERBEZA DENGAN UNIVERSITY LAIN DI KOREA KEBANYAKKAN KELAS MASIH DALAM KOREAN).KOREA UNIVERSITY JUGA DIKENALI SEBAGAI KODE ATAU KU.IN KOREAN 고려대학교
ENJOY GAMBAR-GAMBAR YANG PIJUN TANGKAP HARI INI.LAWA GAK U AKU NIE..HAHAHAH
Saturday, 10 October 2009
(KOREA) CHONG GYE CHON 청계천
(E-MART yang terletak berhampiran 청계천)
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Baru pulang dari berjongging di 청계천.Seoul dikagumi kerana telah memulihkan sebatang alur yang mengalir dari tengah bandar raya Seoul hingga ke Hanggang.Sungai(alur) ini yang dahulunya tercemar teruk lebih teruk dari sungai kelang telah mengalami proses trasformasi di bawah arahan Lee Myung Bak yang semasa itu menjawat jawatan Mayor of Seoul.Lee walaupun tak berapa disenangai oleh kebanyakkan rakyat korea kerana corak pentadbiran yang tak menarik kerana leh bersifat perniagaan tetapi dia akan dikenang kerana berjaya menberi nafas baru kepada sungai2 di seoul.Sekarang ini telah rancak diadakan proses transformasi di semua sungai2 di korea termasuklah projek Ranaissense hangang.
청계천 adalah kebanggan rakyat seoul.Sungai ini mampu mengamit sesiapa saja yang melihatnya.Salah satu punca ketenangan rakyat seoul termasuk pijun sendiri.Sungai ini mengalir dari City Hall terus ke Dongdaemun,Hanyang dan berakhir di Hanggang.
Alhamdulillah rumah sekarang ini dekat saja dgan sungai ini.So hampir setiap minggu boleh ke situ.Disamping itu boleh membeli belah barang keperluan rumah kerana terletak berdekatan dengan pasaraya E_MART.
salam hujung minggu..
(KEHIDUPAN) KAJILAH
(MEJA KERJA PIJUN...TENGAH MENYIAPKAN REPORT)
BISMILAHIRAHMANIRAHIM..
Pijun sekarang nie tengah menyiapkan report fizik sambil mendengar ceramah dari Ustaz kazim Elias.Ini mmg hobi pijun.Dengar ceramah sambil membuat kerja terutama yang tak memerlukan sangat pemikiran seperti menulis report.
Nak berkongsi sedikit apa isi yang ustaz Kazim perkatakan.Mengenai isu mengkaji.Dalam Al Quran bnyak ayat2 yang menyuruh manusia mengkaji kerana setiap ciptaan ALLAH ini terdapat bukti2 kebesarannya.Lihat saja disekeliling kita,pokok2 dan alam sekitar ada pelbagai benda yang perlu dilihat dan dikaji.
Tetapi budaya melayu ini x suka mengkaji.tidak seperti budayan bangsa2 yang maju seperti bangsa eropah dan suka Bangsa Korea dan Jepun.BUdaya mengkaji inilah yang menyebabkan mereka maju setapak dari kita.
Pijun sangat suka mengkaji terutamanya berkaitan dan alam Persekitaran.Bermastautin di bumi sonata ini manjadi salah satu sbb pijun sangat berminat dgan alam sekitar.Bagaimana perubahan musim.Kitaran hayat pokok pada setiap musim.Semakin merenung dalam alam ini semakin dekat dengan PenciptaNYA.Semua ini sangat memberi ketenangan kepada pijun.
Ok lah.nak menghabiskan report ini dulu.Insyallah lepas ini nak berjalan-jalan ke SEOUL FOREST.Tempat ini sangat cantik terutamanya kepada pencipta alam seperti pijun.
ceramah ustz kazim...dengarlah..sgt menarik
Ciptaan Allah - ust Kazim Elias
SALAM HUJUNG MINGGU...
Wednesday, 7 October 2009
(NASIHAH) BERKALAU-KALAU AMALAN SYAITAN
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
Ceita yang dipetik dari saifulislam.com.Cerita ini sangat memberi pengajaran kepada pijun.Sebagai manusia kita selalu diuji dengan ujian dan nikmat.Kadang2 kita berjaya menempuhnya..ALHAMDULILLAH..namun ada ketikanya kita kecundang.
Ingatlah..ketika kita kecundang inilah sekali lagi kita diuji sama ada kita redha atau tidak.Hayatilah cerita ini.
“Argh… tiga puluh Hadith dengan matan dan sanad, campur syarahnya lagi… rasa nak meletup kepala!” saya mengomel sendirian di dalam bilik.
Nota-nota subjek Hadith II sudah selesai saya baca. Ditambah pula dengan subjek Fiqh Hubungan Antarabangsa yang juga peperiksaan kedua semester ini berlangsung pada hari yang sama. Sepanjang malam saya sesak dada dan sesak kepala mahu menghadam semua itu. Tidak cukup dengan peperiksaan, hari ini juga merupakan giliran saya membentangkan assignment subjek Hak-hak Asasi Manusia. Saya diberikan tajuk Hak Beragama Menurut Perspektif Islam.
Tiga subjek untuk dinilai dalam dewan peperiksaan hari ini. Dua daripadanya menyumbang kepada 25 markah setiap satu. Pembentangan pula menyumbang kepada 10 markah.
Saya segera meninggalkan bilik untuk menuju ke kampus. Pintu bilik dikunci. Di dalam bilik saya ada beberapa buah buku yang dibeli dengan syarat yang luar biasa. Dek kerana sensitifnya isi kandungan buku itu di Jordan, saya dikehendaki bersumpah dengan nama Allah untuk tidak mendedahkan daripada mana dan siapa saya membelinya. Memikirkan semua itu, pintu bilik sentiasa saya kunci jika saya tiada di rumah.
“Ehh… kenapa ni? Mustahil!” saya tergamam.
Selesai memakai kasut, pintu keluar rumah saya terkunci. Puas pemulas pintu dipusing-pusing, saya gagal membukanya.
Mungkin ahli rumah saya terlupa kepada pesanan saya malam tadi bahawa pintu atas jangan dikunci memandangkan kami baru seminggu berpindah ke rumah tersebut. Saya tidak mempunyai kunci atas dan kelas saya bermula lewat sejam daripada ahli rumah yang lain.
Aduh!
Jantung saya berdegup kencang.
Jam sudah menunjukkan pukul 9:30 pagi. Tinggal setengah jam lagi sebelum peperiksaan Hadith II bermula.
KUNCI OH KUNCI
Kata salah seorang daripada ahli rumah saya, pintu bilik saya juga boleh diguna untuk membuka pintu keluar rumah kami. Saya segera keluarkan kunci berkenaan dan cuba membukanya. Malang sekali, kunci itu yang hampir sama dengan kunci pintu depan, hanya boleh diguna untuk dibuka dari luar. Bukan dari dalam.
Saya terus memulas kunci itu.
Bukan lagi untuk membuka pintu, tetapi untuk menghilangkan rasa panik.
Tap!!!
Kunci itu patah.
“Allaaaahu Akbarrrrr!!!!” saya menjerit di dalam rumah.
Mahu ke kelas sudah tidak mungkin. Mahu masuk ke bilik, kunci sudah patah.
Saya terperangkap di ruang tamu rumah yang sejuk.
Di fikiran, sudah terbayang muka Dr. Ahmad Hasan al-Jawwad yang maha garang itu. Subjek Hadith II kami ambil dengan penuh tekanan psikologi disebabkan oleh garangnya beliau. Tambahan pula dengan muka Dr. Ahmad al-’Audhi yang juga serba menggerunkan. Saya sangat panik.
Dua subjek sedang terawang-awang di udara.
Pembentangan subjek Hak-hak Asasi Manusia juga dalam genggaman tangan saya yang kesejukan.
Untuk keluar ikut tingkap dan terjun dari tingkat dua rumah kedai… mustahil pula rasanya.
Dalam rasa panik yang amat sangat, tanpa sedar air mata saya mula keluar. Saya tahu apa implikasi kejadian pagi ini. Sesuatu yang tidak pernah diduga. Saya segera berbaring di atas tilam di ruang tamu, menyelimutkan badan dan terus mendiamkan diri, termenung dan termenung… menanti petang.
Saya berdoa juga mudah-mudahannya ada ahli rumah saya yang balik sekejap ke rumah di tengah hari. Sekurang-kurangnya pembentangan subjek Hak-hak Asasi Manusia itu dapat saya lakukan.
Malang sekali… saya terus keseorangan, kesepian dalam rasa takut dan resah yang amat sangat.
Selepas solat zohor di ruang tamu yang semakin sejuk itu, saya tertidur kerana keletihan dan kesejukan.
MENJELANG PETANG
“Assalamualaikum. Eh, tak pergi kelas?” ahli rumah saya baru pulang.
Soalan yang ditanyanya bagai lembing menikam jantung.
“Pinjam kunci!” saya bingkas bangun dan menggunakan kunci pintu depan itu untuk membuka bilik saya.
Masuk ke bilik saya terus menghempaskan diri ke katil. Kaset Muhammad Emin Ay saya pasang dan fikiran sengaja dibawa terbang ke alam Othmaniyyah saya dengan iringan Ilahiler klasik Turki itu.
Di sebelah malam, ramai rakan datang berkumpul di rumah saya kerana mereka meraikan peperiksaan yang baru selesai siang tadi. Saya yang masih buntu dengan nasib hari esok, terus cuba mengulangkaji pelajaran, khususnya Hadith II yang kebetulannya ada satu lagi peperiksaan esok pagi. Subjek itu ditawarkan dalam dua sesi, dan saya merancang untuk mengambilnya bersama kelas sesi II yang akan menduduki peperiksaannya esok.
Tetapi suara gelak ketawa di luar bingit sekali.
Dalam marah bercampur letih, saya mengamuk.
“Hoi!!!! Aku tahu la kome dah habis periksa. Diam le ooiii!” saya bertempik dari celah daun pintu yang kemudiannya dihempas sekuat hati.
Rumah jadi sepi.
Video ditutup.
Semua orang bangkit meninggalkan rumah dan pergi ke rumah jiran yang lain untuk melepak.
Saya terasa bersalah, tetapi fikiran saya amat berserabut.
SINAR PAGI… YANG MEMBAKAR
“Kenapa dengan anta?” tanya seorang rakan dari Indonesia.
Beliau hairan melihat saya terpacak di pintu pejabat Dr. Ahmad Hasan al-Jawwad.
“Ana terlepas exam semalam. Ni nak minta izin dari doktor untuk masuk peperiksaan hari ini” saya memberitahu.
“Ohh, perlu ke nak minta izin? Tak payah! Ayuh ikut saya ke bilik kuliah. Saya juga belum periksa semalam. Kita senasib!” katanya kepada saya.
Dalam fikiran dan perasaan yang masih keliru dan membingungkan, saya mengekori beliau dan terus masuk ke bilik kuliah, tempat peperiksaan bakal diadakan. Entah mengapa, saya terlupa kepada pantang larang terbesar itu. Masuk ke peperiksaan sesi lain, tanpa pemberitahuan dan persetujuan pensyarah.
Setelah mengambil tempat duduk, saya menunggu dengan gelisah. Dr. Ahmad Hasan sudah masuk. Wajahnya seperti biasa. Garang dan menyeramkan. Satu demi satu set kertas jawapan diedarkan.
Tiba-tiba kami dikejutkan dengan tempik beliau.
“Set kertas jawapan tidak cukup! Siapa pelajar lain yang masuk ke kelas ini???” Dr. Ahmad Hasan menengking kami di dalam kelas.
GEMPA BUMI!
Saya lihat beberapa orang pelajar tunduk mendiamkan diri. Mereka dari sesi yang sama dengan saya dan entah apa alasan mereka tidak hadir ke peperiksaan semalam. Saya yang semakin serba salah, hampir terputus nyawa apabila diugut oleh Dr. Ahmad Hasan al-Jawwad.
“Kalau kamu tidak mengaku, saya akan periksa satu persatu. Jika saya jumpa, nahas kamu!” gertak beliau.
Saya tidak mampu untuk berbohong lagi. Dengan kepala lutut yang menggeletar, saya berdiri dan mengangkat tangan.
“Ana doktor!” saya memberikan isyarat kepada Dr. Ahmad Hasan.
Belum sempat saya membuat penjelasan, kertas jawapan di meja saya dicarik-cariknya. Kertas yang koyak rabak itu dicampak ke muka saya.
“Barraaaahhhh! Berambus kamu!” katanya kepada saya.
Dengan perasaan malu dan takut yang memuncak, saya berjalan lesu meninggalkan bilik peperiksaan. Saya sudah tahu apakah nasib saya selepas ini.
Menjelang tengah hari, segalanya sudah jelas. Subjek Hadith II mesti saya gugurkan kerana kejadian semalam. Subjek Fiqh Hubungan Antarabangsa juga terpaksa saya gugurkan memandangkan subjek itu hanya ditawarkan satu sesi dan rayuan saya untuk peperiksaan khusus ditolak. Subjek Hak-hak Asasi Manusia, saya berasa lega kerana diberi peluang untuk membentangkannya pada sesi kelas yang berikutnya.
Dua subjek terpaksa digugurkan.
Dengan keguguran dua subjek tersebut, satu semester tambahan pada sesi pengajian tahun berikutnya terpaksa dibuat. Dalam tempoh yang saya sudah sepatutnya tidak lagi berada di Jordan itulah, saya dikenakan HUKUMAN GANTUNG SELAGI HIDUP.
Malang bertimpa-timpa.
Kalaulah saya ambil lebih subjek pada musim-musim panas yang lalu.
Kalaullah saya keluar awal bersama ahli rumah yang lain ke kelas dan mengulangkaji di kantin sebelum peperiksaan.
Banyak sungguh kalau yang keluar, tatkala saya dibelenggu dengan insiden penggantungan biasiswa ketika kebanyakan kawan sudah pun menamatkan pengajian meninggalkan saya yang tersangkut dengan 1001 KALAU.
Akhirnya saya pasrah. Dalam segala keperitan yang berlarutan ekoran kejadian pintu rumah terkunci itu, saya disedarkan dengan pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
hadithkalaukalau
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]
Apakah hikmah di sebalik kejadian yang berlaku itu?
Saya mengambil masa hampir 10 tahun untuk memahaminya. Berfikiran positif, tidak pernah berakhir dengan kecewa. Alhamdulillah dan Alhamdulillah, atas segalanya.
ABU SAIF@ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
Tuesday, 6 October 2009
(cerpen) AISYA..
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..
CERPEN INI SANGAT MENARIK UNTUK DIBACA.PANJANG...SILA AMBIK MASA MEMBACANYA...
Angin petang itu menyapa lembut wajah Aisya. Dipejam mata sebentar.dihentikan langkah. Menghayati angin petang ciptaan Allah.. dilihat sekeliling.dedaunan mule berguguran..terukir senyuman manis dari bibir seorang gadis bernama Aisya..tudung labuh berwarna kuning lembut dibetulkan sedikit..wajah putih bersih yang disapa angin mula mengerutkan dahi..
Cahaya panas tibe2 melihatkan diri.. langkah seorang mujahidah mula diatur..buku2 kesayangan didakap erat..
Perjalanan dari fakulti ekonomi ke mahallah ruqayyah universiti islam antarabangsa dirasakan terlalu jauh..namun dengan sabar die melangkah untuk sampai ke bilik kesayangan..
Wajah nya sentiasa ditundukkan sepanjang perjalanan.kadang2 tak perasan pun siapa yang lalu disebelahnya..
“Aisya,baru habis kelas?” sapa seoarang sahabat tibe2..
“eh izati.haah,baru habis kelas.nak pegi mane ni?” Senyuman sentiasa terukur dibibir gadis anak kelahiran Selangor ini..
“nak pegi mahallah hafsa.nak jumpe kawan” jawab izati sedikit menjerit kerana langkah terus diatur walaupun sedang berbual dengan Aisya.mungkin mahu cepat.
“owh.ok” Aisya senyum lagi.
“ok Aisya.bye” ringkas.tanpe bersalaman.
Aisya juge meneruskan langkah..begitulah sikap sahabat2 satu fakulti,sume nye yang ‘hepi go lucky’.tapi..Aisya seronok bersahabat dengan mereka..walaupun tidak sefikrah..walaupun berbeza dengan mereka.tapi.. ukhwah mengatasi fikrah. Satu prinsip yang Aisya pegang..
Tibe-tibe,langkah Aisya terhenti.sehelai daun gugur dihadapannya..dipandang bersahaja daun tersebut..otak mule berfikir..adakah satu hari nanti aku juge akan jadi seperti daun ini.yang pada awalnya tumbuh segar kehijauan dan akhirnya gugur dengan kekuningan..
Ya Allah peliharalah imanku..tidak sanggup aku jatuh tesungkur..dakaplah diriku dengan kasih sayangMu..sempat Aisya berdoa sebentar..
Terluah dari bibir nya.awan yang tebal mule mencorakkan berbagai bentuk.
Nilah ciptaan Allah..manusia tak mampu..kehebatan Allah yang tak dapat ditandingi..dia tersenyum untuk sekian kalinya..
Alhamdulillah..sampai juge di pintu pagar mahallah.walaupun jauh tapi Aisya bersyukur. Kerana perjalanan yang jauh la die berpeluang hayati ciptaan Allah..lepas ni kene mendaki anak tangge pule untuk ke level 4..kepenatan mula dirasai..nasi tomyam kegemaran ditangn nya dipandang sebentar,takut2 tertumpah..kalau boleh tiap2 hari Aisya nak makan tomyam.makanan kegemarannya..teringat tomyam mak di rumah..rase rindu pada mak semakin dalam.hampir 2 bulan tak balik ke rumah..bukan sengaja tapi tanggungjawab disini belum selesai..jadual yang penuh menyukarkan Aisya untuk pulang..rindu juge pada abah yang selalu berpesan agar belajar rajin2. rindu pada adik yang selalu dengan senda gurau nya..rindu pada suare comel anak2 saudara..rindu pada semua..
Sampai di pintu bilik 4.7.Alhamdulillah.owh sume dah ade dlm bilik.aku yang paling lambat rupenye.terus masuk ke compartment B.di capai suiz kipas.diatur semua barang2 nya..dibuka hijab yang melindungi auratnye..tubuh yang sedikit berisi itu terkulai layu diatas katil bercadar hijau.warna kegemarannya..subhanaAllah.selesa nya..dipejamkan mata sebentar..hati nye terasa lapang..tasbih yang berada diatas katil dicapai. Zikir indah dialun
Duduk dimeja study menghadap tomyam yang dibeli di café fakulti sains kemanusiaan.
Mule menikmati rezki dari Allah..
Jam tangan pemberian kak ina,kakak kesayangan dipandang sekilas.jarum panjang tepat di nombor 12.dan jarum pendek di nombor 5.baru perasan die belum menunaikan solat asar..
Selesai menikmati rezki Allah,dengan pantas mengambil wuduk..rase diri suci untuk menghadap Ilahi..
rukuknya penuh ketenangan. Sujud nya penuh keinsafan.. saat doa dibace..setitis demi setitis mutiara jernih milik gadis itu gugur berjuraian..mengenangkan dosa yang dilakukan..
Tidak henti2 mengucapkan syukur pada Ilahi kerana ditempatkan bersama sahabat2 yang beriman.bersyukur diberi pluang menerima hidayah milik Allah..bibir nya mengukir senyuman lagi…inilah jalan yang kupilih..moge aku thabat dijalan ini..Ameen..
* * *
Malam semakin melabuhkan diri.selesai solat isyak dan membace ayat2 suci kalam Allah..Aisya mule mengulangkaji pelajaran.. dimulakan dengan doa.mohon diberkati ilmu nya..
Selesai membuat latihan statistic. Dicapai handset pemberian abah di ramadhan yang lepas.. dibace semula semua meseg yang diterimanya hari ini..
Satu meseg yang membuatkan hatinya resah.. meseg dari seorang sahabat..dibaca berulang kali meseg yang dirase terlalu berat untuknya..
Bukan kali pertama dapat meseg seperti itu.tapi kali ini, die terlalu ambik berat,kerana pengirimya..seorang yang agak asing dari hidupnya..
Teringat peristiwa dimasjid uia yang tesergam indah siang tadi..
Tibe2 saja mendapat panggilan dari kak Ain. Raisah unit baitul muslim..hati mule berdebar2..
“Aisya..kalau akak tanye or sampaikan,tenang je yer..”lembut suara kak Ain..Aisya tersenyum lembut.ditundukkan kepala memandang permaidani indah yang terhampar disetiap sudut ruang solat masjid.. ditenangkan hati..
“unit baitul muslim uia dapat panggilan dari unit baitul muslim ukm” pandangan dialihkan memandang tepat mata kak Ain..
Dengan teliti Aisya mendengar setiap butir bicara kak Ain..
“ok Aisya,akak rase dah cukup jelas semuanya.ape yang akak sampaikan ni bukan satu paksaan.ambil mase.mohon petunjuk Allah. Fakir baik2.moge diberi pilihan yang tepat.. keputusan di tangan Aisya.kami terima dengan redha.dan akhi tu pun cakap,akan terima semua keputusan Aisya..” Aisya menundukkan semula kepalanya..YaAllah..siapekah lelaki yang ikhlas hatinya itu..rase diri terlalu jahil untukdigandingkan dengan seorang muslimin yang berhati suci itu..
Aisya tersedar dari lamunan..Ya Allah..apekah jawapan yang sepatutnya ku beri..dibaca semula meseg yang diterima..
“salam untuk ukhti yang ana hormati..dengan rase rendah diri..ingin ana bina baitul muslim bersama enti..menjadi sayap kiri perjuangan ana..ingin enti menjadi penenang hati ana..melahirkan zuriat penyambung perjuangan Rasulullah..”
Mata mula berkaca..beristighfar sebentar..
Siape ‘dia’??? dari mane die kenal ana..??
Ape yang perlu kujawab??
Aisya mengeluh kecil..perlu ke minta pendapat mak abah? Takut pule rasenye..
Takpelah. Biarlah dulu..die pasti tunggu dengan sabar..hati kecil Aisya berkata2..walaupun tidak tahu nama pengirim..tapi Aisya tahu ia dari orang yang sama..
Mata semakin berat. Tubuh dirasekan terlalu letih dengan urusan dunia..doa dibaca.mengucap syahadah.dengan mudah Aisya terlena..
* * *
“ok adik2.faham dah ape yang akak terangkan? Kalau tak faham.tanye.jangan ragu2.kite kat sini berkongsi ilmu..” kak wani pandang satu persatu adik2 usrah dihadapannya..tibe giliran Aisya.
“Aisya..enti ade ape2 nak tanye? Di luar tajuk kite pun tak mengape.” Aisya memandang tepat ke wajah kak wani…
“kak..kite sibuk berdakwah sane sini..ajak orang amar ma’ruf nahi mungkar.tapi..macam ne dengan family sendiri..yang solat nye tak terjage.muamalah nye tak terbatas..” Aisya menarik nafas perlahan..disambung ayatnye..
“katekanlah..kite anak bongsu.abang kakak pulak semua dah berumah tangge..dah ade kluarge sendiri..camne kite nak tegur mereka sedangkan kite dipandang kecil saje..kite rase seperti tak mampu..tapi,kenape ditakdirkan dalam keluarge yang macam ni..” Aisya menundukkan kepala..mata mule berkaca..
Kak wani tatap wajah putih bersih tu lembut..mule tersenyum..
“Aisya..kite hidup di muka bumi ini dengan takdir Allah.segalanya telah tercatat dalam luh mahfuz.. tak dapat di nafikan..kerane ianya reality hidup..
Tapi..bukan semua orang bertuah dilahirkan dalam keluarge yang memang hidup dengan cara islam sebenar..tapi jangan pula kita rase tak bertuah bila dilahirkan dalam keluarge yang biase2 ni..stiap org ade kelebihan dan kelemahan sendiri..”kak wani berhenti sebentar.
“bukan rase tak bertuah.malah,saya rase bahgia sangat punye keluarge yang hidup penuh dengan kasih sayang..tapi tak bermakne hidup ini tanpe keredhaan Allah..” Aisya mengeluh kecil..
“akak faham situasi ni Aisya..Allah berfirman..Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka yang berushe untuk mengubahnya..
Jadi..kite lah yang bertanggungjawab keatas keluarge kite..kenape?kenape dalam ramai2 ahli kluarge.kite yang Allah pilih untuk menerima hidayahNya..sebab Allah tau kite mampu hadapinya..Aisya..Allah takkan letakkan sesuatu perkara keatas seseorang tanpe mengetahui kemampuan seseorang tu..tapi Aisya…kalau rase tanggungjawab ni berat..mohonlah pade Allah doa banyak2.moge Allah buka pintu hati keluarge kite.kerana mereka orang yang kite sayang..care terbaik..Aisya tunjuk lah contoh yang baik.solat.bace quran.jage aurat.itu juge dakwah.bukan lisan semate2 tapi juge perbuatan..boleh trime Aisya?”
Aisya pandang wajah kak wani.tangan nya digenggam erat oleh lina yang duduk disebelahnya.menenangkan hati Aisya..
“terima kasih kak.Aisya faham dah” lembut tutur bicaranya..
Senyuman terukir..adik beradik usrah yang lain juge tersenyum senang..
* * *
“Alhamdulillah hari ni dapat bas” Aisya melafazkan hamdalah perlahan..yelah.selalunye die tertinggal bas.kadang2 die yang terlalu awal.bas belum sampai,die dah berjalan dulu untuk ke kelas..bas tak ikut sangat jadual..
Aisya pilih tempat yang belakang disebelah kiri.duduk ditepi tingkap..
Nota ditangan dibace sedikit.sebagai bekalan sebelum memulakan kelas..
Bas tibe difakulti undang2..ramai pelajar yang berjalan menuju ke fakulti masing2.ade yang laju.ade yang lambat..Aisya tersenyum..kadang2 begitulah dirinya.bile dah lewat.bejalan bukan main laju lagi.tapi bile terawal.lambat mengalahkan kure2..dijeling jam di tangan.masih awal.kelas pukul 9.sekarang baru 8.30 pagi..tibe di fakulti ekonomi..langkah diatur meninggalkan bas yang juge meninggalkan dirinya..langkah nya sungguh perlahan.berfikir kemana ingin dituju.masih ade 30 minit lagi..
‘takpelah.baik duduk didalam kelas sahaja.’
Pintu dikuak perlahan.kosong.Aisya memilih tempat dibahagian tengah.dia selesa di situ berbanding duduk dihadapan atau belakang..
Dibace sedikit nota2 nya..
Tibe2 pintu dikuak oleh seseorang..
Aisya memandang tepat kearah pintu.”masyaAllah.akhi Aizudin”.
Aisya terus menundukkan kepala.Aizudin juge terkejut melihat Aisya yang berada didalam kelas..dihentikan langkah.tidak jadi untuk masuk..ditutup semula pintu..
Aisya perasan Aizudin tidak masuk. “syukur Alhamdulillah” Aisya melepaskan lelahnya sebentar tadi..
Aizudin berdiri diluar kelas menghadap mahallah lelaki..dipandang kebawah.ramai pelajar yang berkeliaran.mungkin untuk kekelas masing2.tak kurang juge yang berbual2 sambil bergurau… mata dihalakan kearah bukit bukau yang kelihatan disekeliling uia.. “subhanaAllah,indahnya” disebut perlahan..
Suasana pagi memang menyegarkan disekitar universiti islam antarabangsa.dengan kawasan bukit bukau.sangat nyaman dan indah. Dibetulkan kupiyah yang dipakainya.rambut disisir menggunakan jari..kemas.
Teringat Aisya yang berada didalam kelas..muslimat yang bekerja dibawahnya sebagai ketua badan dakwah kelab ekonomi. Walaupun satu kelas.tak penah sekali pun bersuare dengan Aisya..gadis yang dikagumi dalam diam…
“Aisya..” disebut perlahan name gadis itu..
“astaghfirullah..ape yang aku fikir ni” Aizudin beristighfar berkali2..
Alhamdulillah.rakan2 kelas dah ramai yang datang..barulah Aizudin berani melangkah kedalam kelas..tidak dipandang langsung pelajar perempuan didalam kelas tu..
Siape tak kenal Ahmad Aizudin. President economics and management sciences society.
Yang sentiase disebut ramai..tetapi tak sorang perempuan pun berani dekati..
* * *
Aisya berjalan menuju ke masjid..itulah tempatnya beriktikaf setelah habis kelas. biasenye dalam pukul 4.ptg baru Aisya melangkah untuk pulang..Aisya naik ke level 3 ruang solat perempuan..ramai pelajar yang berehat disitu..Aisya ambil tempat paling hujung…baru sahaja die duduk dan meletakkan semua barang2 nya.. bunyi meseg kedengaran di handset kesayangannya..
“Ana tunggu jawapan enti..” Aisya mengerutkan dahi..die semakin resah..tapi die yakin,meseg ini dari orang yang same yang kak Ain beritahu..
Dibiarkan meseg tanpa berbalas..dikeluarkan alQuran dari begnya..dibace surah al haqqah…
Hatinya pilu..mengenangkan hari qiamat yang akan tibe..tapi,amal ibadahnya masih kurang..bagaimana keadaan nya di ‘
Ditutup mushaf kesayangan..dicium beberapa kali..bibir nya mula mengalun zikir2 indah..mata liar memandang sekeliling ruang solat tersebut..die perhatikan sorang demi seorang foreigner yang berada di situ..
Aisya jelas tentang mazhab.tapi..die sangat pelik melihat cara mereka solat.tersenyum sekejap..
Tetapi,dgn sekelip mata senyuman yang diukir hilang..teringat peristiwa sebulan yang lepas..
Betape die merasakan pelajar foreigner tiada adab langsung..
Sewaktu Aisya menunaikan solat.tibe2 3 orang foreigner melanggar diri yang sedang solat.hampir saje tubuh Aisya yang jauh lebih kecil dari foreigner terjatuh..mujur die teguhkan badan..
Ketika hendak sujud pula.tibe2 saje seorang foreigner memijak tempat sujud Aisya.Aisya sangat terkejut.waktu itu juga air mata seorangAisya mengalir.seperti dirinya terlalu hina..sehingga tempatnya sujud menemui yang Esa juga dipijak orang..bukannya tak nampak Aisya yang sedang solat..sengaje tidak mahu mengelak..sejak tu..die mule sedar.akhlak orang timur jauh lebih baik dari mereka..
Astaghfirullah..Aisya beristighfar..tak baik die bersangka buruk..jangan kerana seorang,kite memandang buruk pada yang lain..Aisya mengeluh kecil..tapi,Aisya tersenyum semule bile mengenangkan,die rapat dengan 2orang pelajar dari mesir..sangat baik,ramah dan beradab..Hessah dan Amina..
* * *
“Aisya”…disebut perlahan name gadis itu. hatinya kalut..resah..risau dirinya ditolak mentah2..sebelum membuat keputusan untuk melamar Aisya.die dah sehabisnya mohon petunjuk Allah.mohon kekuatan untuk meluahkan niat suci..inginkan ketenangan..pencarian sebutir sakeenah..
Syahid menundukkan wajahnya..pertemuan pertama dalam satu program anjuran maaruf club uia dan ukm,membuka hatinya untuk meletakkan satu niat suci seorang lelaki..yang selama ini tertutup rapat.mungkin inilah sakeenah yang dicari..yang dicintai selama ini tanpa tahu rupe dan siapa orangnya..
Syahid pandang semule kearah pokok2 yang berada disekitar masjid ukm berhampiran DEKTAR ukm..pokok yang bergoyang akibat tiupan angin..dedaunan beralunan..begitulah juga hatinya yang bergetar kerana sebuah nama seorang Aisya..
“Ya Allah”..disebut asma’ Tuhan Yang Esa..
Syahid bangun dari duduknya..melangkah perlahan kearah lagenda biru kesayangan..moga dimudahkan segala urusan..
Dengan berhati2 die memandu kearah kolej Keris Mas..kolej yang telah hampir 3tahun didiami..
Dilupakan sebentar tentang Aisya.. jike dapat jawapan positif dari muslimat tu..syahid tekad untuk meklumkan pada keluarga..minta urusan disegerakan..die tersenyum sendiri..macam tak sabar pulak..
“pohon hijau itu..tidak
Begitulah hidup seorang insan bernama hamba Allah..manusia ni jika tidak dibajai,maka layu lah ie.tetap kaku..manusia juge sprt pokok..perlu dibaja dengan baja ketaqwaan..perlu disiram dengan mutiara keimanan..agar segar dan subur dengan kecintaan kepada Allah…perlu dijaga dengan perhatian dan kasih sayang..
Lagu cahaya mata nyanyian inteam pula kedengaran dari laptop kesayangan..Aisya tersenyum..tiap kali mendengar lagu tentang cahaya mata..hatinya teringin untuk punya cahaya mata..
Teringat baby kak Ain yang baru berusia 2bulan..indahnya saat bergelar ibu..terbayang wajah kasih suci mak kat kampung..
Aisya menulis sesuatu pada lembaran diari nya.. “seorang wanita yang solat
Senyuman terukur..
“kalau macam ni kene nikah lah”
Aisya ketawa perlahan..nakal..
3minggu masa berlalu..rasanya mase yang agak sesuai untuk dirinya memberi jawapan pada yang menanti..
Sudah habis dia fikir,sudah puas mohon petunjuk Ilahi..ingin ditenangkan hati..dengan sebuah jawapan yang mungkin akan menenangkan sekeping hati yang sedang menunggu..mungkin sudah tiba masanya..
Aisya tersenyum buat sekian kalinya..moga ini keputusan yang tepat..Aisya terlupe untuk bertanya siapa name muslimin tu..bagaimana rupenya pun dia tak tahu..moge die akan terima dengan hati terbuka walau siapa pun orangnya..
Ditutup diari pemberian kak fizah.kakak yang sulung.punya 3 orang cahaya mata yang comel2..ika,kimi dan haki..
* * *
“Syahid..ana harap enta tenang..redha dengan jawapan muslimat tu..inilah keputusan die..”
Syahid menundukkan kepala..kata2 abang ridhuan bagai menyampaikan sesuatu..hati nya mula gundah..adakah lamarnnya ditolak..Abang ridhuan tersenyum..sengaja ingin memainkan perasaan Syahid..muslimin yang dirasakan cukup hebat.bersemangat juang yang tinggi demi Islam tercinta..pelajar ijazah sarjana muda Al Quran dan Sunnah itu hanya mendiamkan diri..
“alhamdulilllah,lamaran enta diterima dengan seikhlasnya”.. Syahid memandang wajah abang ridhuan..seperti tidak percaya mendengar kata2 abang ridhuan..hamdalah dilafazkan perlahan..mata nya seperti berkaca..ingin dimaklumkan pada umi dan abi tersayang.. akhirnya Syahid mengukir sebuah senyuman.. senyuman yang cukup bermakna..tanpa taaruf.. tidak disangka lamarnnya diterima..
Didakap erat tubuh abang ridhuan yang berada dihadapannya..Alhamdulillah..
* * *
Aizudin termenung sendiri..berita yang diterima sebentar tadi sangat melukakan hatinya..adakah die terlewat melamar Aisya..atau..adakah Aisya tidak menyukai dirinya..berbagai persoalan timbul..patut la selama ini,meseg nye tidak pernah dibalas..
Dipandang bulan yang penuh..cahaya indah malam itu,semakin memilukan hati seorang lelaki bernama Aizudin..terngiang ngiang suara ustaz hakim..selepas habis meeting maaruf club pagi tadi..
“ana sebagai Rais unit baitul muslim ingin menyampaikan sesuatu..erm..bukan menyampaikan tapi mewakili seorang muslimat kita dari saff5. menjemput semua ahli maaruf club,untuk hadir ke majlis pernikahan nya pada hujung minggu ni..”
Semua yang berada di seminar room fakulti ilmu wahyu tersebut tersenyum senang mendengar jemputan walimah.. “Alhamdulillah”..terdengar suara2 mengucap hamdalah..
“ abang hakim,siape muslimat kita tu?” Tanya Soleh..abang Hakim tersenyum.dipandang sekilas muslimat saff5 yang duduk dibarisan belakang..
Kelihatan seorang muslimat yang hanya menundukkan kepala..mungkin segan dirinya dibualkan..
“untuk makluman semua, insyaAllah, ni majlis walimah ukhti Aisya Humaira Muhamad Safuan..” kata2 abang Hakim mengejutkan beberapa orang muslimin..termasuklah Aizudin..semua muslimat menuju kearah Aisya mengucapkan tahniah..Aisya jadi semakin malu.
Aizudin pandang semula cahaya bulan yang penuh..beristighfar.cube menerima takdir..nilah takdir Allah..mungkin Aisya bukan ditakdirkan untuk dirinya..hatinya sedikit tenang..tergerak hati untuk menghantar ucapan tahniah untuk Aisya.. dengan longlai Aizudin masuk ke bilik 3.8 blok C mahallah Zubair..
Dicapai handset di atas meja study.mule menyusun ayat yang baik.meseg mule ditaip...hatinye makin tenang..redha dengan ketentuan Ilahi..dia mule mangukir senyuman yang hilang sejak tadi..
“Aisya..moge bahgie..” lembut suaranya..
Kaki melangkah untuk mengambil wuduk..ingin sujud pada Ilahi..agar hatinya sentiase tenang..ingin dilabuhkan sepenuh cinta nya pada Allah..agar Allah temukan dia dengn pemilik yang terbaik..insyaAllah..
* * *
Selesai menunaikan solat tahajjud..Aisya mengalunkan ayat2 suci alquran..hatinya sungguh tenang setenang air dikali..jiwanya lapang..bersyukur segala urusan dimudahkan Allah..Alhamdulillah keluarge menerima dengan hati terbuke untuk die menikah awal.. lamaran akh syahid yang hadir kerumah disambut dengan tangan terbuke..
Aisya tersenyum senang..dipanjatkan doa dan kesyukuran pada Ilahi..moge ini jalan terbaik yang die pilih..moge,kebahgiaan milik nye dan pemilik terbaik..
“tinggg” bunyi meseg..
Aisya bangun membuke telekung.dilipat kemas..dicapai handset diatas meja..
1 meseg receive..
Aisya membaca dengan perlahan meseg yang diterima..dahi mula dikerutkan..otak berputar laju,,berfikir sesuatu…tibe2,air mata jernih miliknya mengalir perlahan..terkesima dengan meseg yang baru diterimanya sebentar tadi..
Semuanya tidak diduga..
“salam ukhti..tahniah atas pernikahan yang bakal tiba..ana tak sangka orang yang ana lamar telah disunting terlebih dahulu.mungkin ana terlambat,pernah juge terfikir mengapa tidak satu pun meseg ana berbalas.sekarang ana dah jelas tentang semuanya..tak mengape lah..ini takdir Allah..mungkin,enti tidak ditakdirkan untuk ana..ape pun,semoge enti bahgia..ikhlaskan dlm hati,semuanya krn Allah.moge baitul muslim terbina…-Ahmad Aizuddin Ahmad Imran”
mengiringi enta..doakan kebahgiaab kita semua..waAllahua’lam.-Aisya Humaira Muhamad Safuan”
Punat send ditekan..mata dipejamkan sebentar..sebutir mutiara jernih gugur lagi untuk sekian kalinya..
“moga bahgia Aizuddin..”
Aisya panjatkan doa untuk kebahgiaan mereka semua..inilah lukisan kehidupan yang Allah telah lukiskan. Jika itu kehendak Allah,maka,redha lah.pasti ada kemanisan disebaliknya..
Aisya kembali tenang..
* * *
“Aku terima nikahnya Aisya Humaira binti Muhamad Safuan dengan mas kahwin lapan puluh ringgit tunai”
Dengan sekali lafaz, sahlah Aisya sebagai isteri kepada Syahid Solehuddin Muhamad Hafiz..
Senyuman mengisi ruang rumah Haji Safuan.
Ramai sahabat2 seperjuangn yang hadir meraikan pasangan baru..Air mata kesyukuran mengalir lembut dipipi Aisya..dipandang sekilas suami tercinta.Syahid menatap wajah isteri yang baru dinikahi sebentar tadi.. Aisya mencium jari2 kasar milik Syahid.setelah sebentuk cincin tersarung kemas dijarinya.. dahi Aisya dijamah lembut oleh suami..
Dihujung sudut rumah,Aizuddin memandang Aisya dengan sebuah senyuman. Hatinya tenang kini..nilah kehendak Ilahi..dipandang seluruh kegembiraan yang mengisi rumah Aisya.. hamdalah dilafazkan perlahan..Aizuddin mengeluh kecil. Ape pun hatinya puas.. melihat Aisya tersenyum bahgia..
* * *
Untuk pertama kalinya Aisya solat berimamkan seorang lelaki bernama suami..selasai doa dibaca,dicium tangan Syahid lembut..
“terima kkasih abang.kerana sudi ambil Aisya sebagai isteri..” lembut tutur bicara Aisya.
“terima kasih juge sayang,sebab sudi terima abang..menjadi teman dalam perjuangan abang..”
Tidak terkate langsung apabila membace nama yang tertera..tidak disangka langsung ini yang terjadi..
Selame ni Aisya fikir,pengirim meseg adalh org yang same dengan muslimin UKM.rupenya..tanggapan die sangat meleset..hati nya jadi pilu..bukan kerana die tersalah pilih.tidak.tapi kerana tidak tahu pengirimnya Aizudin.tidak pernah terlintas langsung dalam fikiran nya sebuah nama Ahmad Aizudin..
Airmata jernih nya mengalir lagi.satu penyesalan dihati..tidak pernah dibalas meseg Aizudin.tidak pernah teringin ingin tahu siapa pengirimnya..sekali gus Aisya rase die telah melukakan sekeping hati suci..
“maaf akhi..” perlahan..
Dikuatkan hati.ingin dibalas meseg Aizudin..keputusan telah dibuat.perancangan telah diatur.segalanya tidak boleh diundur..Aisya
Jari jarinya mula menaip sesuatu..
Syahid senyum penuh makna..digenggam erat jemari milik Aisya..bersyukur dikurniakan seorang isteri seperti Aisya..tidak henti2 die mengucapkan hamdalah..inilah kebahgiaan dan ketenangan yang dicari..berakhirlah pencarian sebitir sakeenah.. Alhamdulillah..
* * *
Aizuddin duduk ditepi tingkap menghadap bukit2 yang mengelilingi UIA..tenang melihat keindahan ciptaan Allah.. bibirnya berzikir perlahan..kicauan burung kedengaran indah dipagi itu yang turut berzikit kepada Allah..
Aizuddin tersenyum melihat sekumpulan burung yang terbang tinggi.mungkin untuk memulakan hari2 indah milik Allah.
“Aisya” terluah juga nama gadis itu..
Moga kebahgiaan jadi milik kalian..
Setiap ciptaan Allah ini dijadikan berpasang pasangan..pasti ade pemiliknya.. pasangan sebagai teman hidup dalam perjuangan..mencari ketenangan dan kebahgiaan..
Terinagt meseg terakhir Aisya..
“akhi..labuhkan cintamu sepenuhnya kepada Allah, Allah pasti akan temukanmu dengan insan terbaik..”
Aizuddin tersenyum lagi.terima kasih Aisya..
Aisya..indah namamu seindah akhlakmu..
Suci hatimu sesuci niatmu..
Ikhlas jiwamu seikhlas perjuangan mu..
Ya Allah..syukran..kerana beri peluang untuk hambaMu ini mengenal seorang Aisya..
Dedaunan mule berguguran dek tiupan bayu pagi yang menyapa wajah Aizuddin..dipejamkan mata..menghayati udara segar kurniaan Allah..disyukuri nikmat Allah yang tak henti2 dikurniakan..
Aku mencintaimu wahai kekasihku..Allah Ya Tuhanku..
Segunung doa untuk seorang insan bernama Aisya Humaira Muhamad Safuan...
salam anak perantau